KASHMIR 3 - 9 APRIL 2019 | 9 April 2019: KLIA - KLIA 2 - Sultan Mahmud Airport
HARI KEENAM : 9 APRIL 2019
(1)
KLIA - Food Garden - KLIA 2 - Quizinn By
Rasa
- Sultan Mahmud Airport
(Mata Menjadi Sayu Dan Jiwa
Menjadi Rindu)
1.05 dinihari, pesawat berada di ketinggian
10,673 m dengan kelajuan 553 b/j. 1.39 dinihari, bergoyang-goyang. Agak mencemaskan. 3.07 dinihari,
masih berada di ketinggian 10,673 m, tetapi kelajuan berkurangan 505 b/j. 3.23
dinihari, mengalami ear barotrauma. Sakit telinga kerana perubahan ketinggian. 3.49 dinihari/6.19 pagi (waktu Malysia), menghampiri
destinasi.
(Kembali kepada waktu Malaysia)
6.23 pagi, akhirnya pesawat membuat touchdown di KLIA. 6.25 pagi, keluar dari pesawat. Syukur alhamdullilah, dapat menyedut kembali udara
Malaysia. Sesegar hijauan, green green grass of home. Seterusnya melalui aerobridge. Lalu masuk bangunan satelit. 6.34 pagi, naik travelator. Disusuli satu lagi travelator. Kemudian menyusuri laluan ke stesen Aerotrain.
Tuntuan Bagasi |
Carousel J |
6.41 pagi, menunggu aerotrain di pintu
5. 6.42 pagi, baru naik aerotrain. 6 minit kemudian sampai di Bangunan Terminal Utama.
Seterusnya turun eskalator. 6.53 pagi, melalui automated self check untuk pengesahan pasport.
Kemudian terus ke baggage reclaim di carousel J.
Sekali lagi Kembara Sutera berkumpul.
Perpisahan |
Akhir Perjalanan |
Namun terasa sayu. Bagaikan terdengar lagu “should auld lang syne”, “we’ll take a cup o’
kindness yet, for auld lang syne”. Mungkin di sinilah berakhirnya perjalanan
kita. Sudah ditakdirkan kita hanya bertemu untuk berpisah. Pun kita hanya bergurau
senda di jalanan, hanya untuk bersedih akhirnya. Inilah suratan kembara.
"Auld Lang Syne" |
Demikian, kemesraan akhirnya tersimpan di
sudut memori. Meninggalkan kenangan indah di musim bunga. Lalu mencatat rindu di
kelopak-kelopak bunga tulip yang akhirnya berguguran. Langkah demi langkah, hanya menjejaki
mimpi-mimpi indah dalam sisa-sisa senja yang semakin hilang warnanya. Goodbye
dear friends.
Food Garden |
Lalu masing-masing mencari haluan. "Home sweet home". 7.02 pagi, melintasi pemeriksaan kastam. 7.06 pagi, group K'Ganu turun lif ke aras 2, terus ke Food Garden. Order
makanan dan minuman. Akhirnya tertunai juga rindu, apabila terhidang nasi lemak Che Nad dan Che Bawang. Bagaikan memenuhi idaman selera yang lama tertangguh.
8.56 pagi, membeli tiket KLIA transit untuk ke stesen
KLIA 2. 9.01 pagi, sampai di stesen KLIA 2. Hanya 5 minit perjalanan. Bagaimanapun
masih lagi mencari selera di KLIA 2. Seterusnya turun lif ke aras 2. 9.09 pagi, singgah di Quizinn By Rasa di aras 2M. Di sini banyak pilihan selera, variety of choices. Lalu makan sambil bersantai.
Selepas itu terpaksa menunggu lapan jam lagi. Memang membosankan, bored to
the core. Selepas berlegar-legar, mencari sudut untuk duduk. Habis berbual-bual, berlegar semula. Kadang-kadang bergilir-gilir menunggu beg, dan bergilir-gilir pula berlegar.
Kadang-kadang membiarkan perasaan hanyut seadanya. Let it flow.
Balai Perlepasan |
12.35 tengah hari, naik travelator ke aras
3. Kemudian singgah di kedai 4 Finger Crispy
Chicken. Order 15% off ala carte item with combo purchase.
12.52 tengah hari, coster pager berbunyi. Bermakna, “ready to take
away”. 1.02 petang, baru masuk balai perlepasan.
Kemudian naik eskalator ke dewan perlepasan antarabangsa. Berehat di depan restoran Mamak. Suasana agak tenang tetapi terganggu apabila “bujibur rahman” dari Padang Sumatera mengisi ruang untuk transit. Kelihatan keletihan selepas melakukan Umrah.
2.07 petang, turun lif. Terus check in di kaunter
S14 untuk baggage drop domestic. Bagaimanapun terpaksa beratur. 2.34
petang, baru selesai. Selepas itu, pemeriksaan boarding pas dan hand
luggage. 2.40 petang, turun eskalator. Kemudian naik pula travelator ke
laluan K10.
2.46 petang, sekali lagi naik travelator.
2.46 petang, turun pula eskalator. Turun lagi. Turun dan naik menjadi kebiasaan di bangunan airport. 2.50 petang, singgah di Baker’s Cottage. Beli Chicken sandwich. 2.58
petang, naik travelator lagi. 3.02 petang, baru berkumpul di hadapan GK10.
3.55 petang, beratur untuk sekali lagi pemeriksaan
boarding pas. 4.02 petang, menunggu pula di departure lounge. 4.35
petang, baru bergerak mengikut zon 2. Kemudian masuk aerobridge
hingga ke pintu pesawat. Duduk di seat 22A. Hampir dengan window shed.
5.03 petang, bergerak perlahan-lahan. Sambil
itu disaji dengan demontrasi keselamatan. 5.06 petang, bagaikan menderam. Kemudian bergerak perlahan-lahan. Menuju ke landasan take off. Lalu bergegar,
tiba-tiba memecut. Makin laju makin menongkah udara. Seterusnya menyusuri lebuh
raya angkasa.
Awan Berarak |
Mentari Terapung |
Landskap bumi terbentang. Suajana mata
memandang. Makin tinggi makin sayup-sayup hamparan bumi. 5.31 petang, kelihatan
awan bagaikan terapung-apung melintasi pesawat. Mentari terus memancarkan cahayanya. Lalu masuk dalam kabin.
Puncak awan kelihatan bersinar-sinar apabila disentuh mentari.
Tasik Kenyir |
Sentuhan Senja |
Kelihatan sungai berliku-liku merentasi bumi.
5.55 petang, merentasi puncak banjaran Gunung Titiwangsa.
Tiba-tiba bergegar. Bergoyang-goyang apabila merempuh awan. Selepas melewati banjaran gunung, sayup-sayup kelihatan Tasik kenyir. Berkilau-kilauan air tasik disentuh sinaran mentari senja. Indah sekali.
5.55 petang, sakit telinga kerana tekanan
udara. Pesawat mengurangkan ketinggian. Semakin rendah semakin kelihatan hamparan bumi. Indah
dalam cahaya senja. 6.00 petang, akhirnya pesawat mendarat di Sultan Mahmud Airport. Sedikit bergegar apabila menbuat touchdown.
Seterusnya menyusuri laluan.
Alhamdulillah, selamat menjejak kembali bumi
“negeri cantik budaya menarik”. Green green grass of home. Kelihatan
lebih hijau lagi. Tiba-tiba feeling homely, ketika Angin Monsoon Timur Laut memuput dari Laut China Selatan. Bagaikan mengalu-alukan
kepulangan perantau. Lalu “mata menjadi sayu dan
jiwa menjadi rindu”.
Seri Teratai |