Qalam Perjalanan

JUMAAT 20 JULAI 2018 (2)
Restoran Pokdi Kelate - Gunung Kinabalu - Kundasang
- Rocky Mountain Lodge - Restoran Rocky Mountain


Kota Kinabalu

Laluan Kinabalu

2.52 petang, masuk simpang kiri ke Tuaran. 2.54 petang, sesak kerana projek binaan flyover sedang berjalan. Lalu bergerak perlahan-lahan. Kemudian  naik flyover terus ke laluan Inanam. 2.58 petang, melewati City Mall. Seterusnya melintasi Avangio Hotel dan plaza YLY.


Late Lunch

Restoran Pokdi 

 Sulaiman Central

Selera Kelate

Makan Semeja

3.10 petang, melintasi KFC. Kemudian u turn masuk simpang kanan Jalan Sulaiman Central. 3.18 petang, parkir depan Wira Furnitue Enterprise. Lalu masuk restoran Pokdi Kelate di bangunan Sulaiman Sentral. Duduk di meja no. 13. 3.49 petang, selesai lunch, "gendang gendut tali kecapi". Sekadar mengecas semula tenaga untuk perjalanan yang masih lagi jauh.


Keperluan Homestay

One Superstore

Baru terasa kenyang. 3.53 petang, masuk One Superstore  di sebelah restoran. Membeli sedikit bekalan untuk bermalam di lereng gunung. 4.10 petang, bertolak. Lalu masuk simpang kanan ke Tuaran. 4.10 petang, melintasi kompleks Perumahan Kastam di Jalan Telok Sepangar. 4.15 petang, masuk simpang kiri. Masih lagi di laluan Tuaran.

4.19 petang, melintasi Merdeka Mall. Kemudian masuk bulatan exit 1. 4.21 petang, melintasi Pasaraya Giant. 4.32 petang, sekali lagi masuk bulatan exit 2, Jalan Tamparuli. Tiba-tiba feeling excited. Dari jauh kelihatan Gunung Kinabalu, dengan appearance myths. Tiba-tiba  terasa pula aura mistrinya.


4.36 petang, naik jembatan Tamparuli. Kemudian masuk bulatan exit 2 jalan ke Ranau. Dakian berliku-liku di sepanjang lereng bukit. Kadangkala sesak apabila lori berada di hadapan. Sukar untuk memotong. Lebih-lebih lagi likuan bahaya di lereng-lereng bukit. 4.48 petang, jalan semakin kecil. Menjadikan perjalanan kurang lancar.


Nature's Beauty

Aura Kinabalu

Iringi Perjalanan

Courtesy Of Nature

4.59 petang, melintasi SK Kelawat. Terasa Gunung Kinabalu bagaikan mengiringi perjalanan. Kadang-kadang di hadapan.  Kadangkala di belakang. Begitu mesra, courtesy of nature. Bagaikan gadis sunti yang mengalu-alukan kedatangan dengan senyuman.

5.03 petang, jalan menjadi sesak. Deretan kereta bergerak perlahan-lahan kerana lori di hadapan. 5.07 petang, jalan menurun dengan likuan bahaya. Gunung Kinabalu beralih ke kiri. Kemudian ke belakang. 5.23 petang, masih lagi bergerak perlahan-lahan. Ekor mengekor bagaikan convoy of cars.


SSA1996 A

Bezza Dusl VVt-1

Kundasang Route

5.27 petang, awan mula berubah warna, kuning keperang-perangan. Menjadikan Gunung Kinabalu  sama-samar dalam bayangan senja. Berbalam-balam. Beberapa kereta mula memasang lampu. 5.30 petang, memasuki selekoh tajam. Seterusnya melintasi pekan kecil.


Feeling Relaxed

Laluan Kembara

Perjalanan tidak lancar setiap kali lori di hadapan. Lebih-lebih lagi kalau lori minyak yang membawa bebanan seberat 3 tan. Bagaimanapun pemandu-pemandu kereta terpaksa bersabar. Akur pada unexpected happening. Apabila ada ruang lori minyak memberi kesempatan untuk memotong.

5.41 petang, Gunung Kinabalu bergitu hampir sekali. Tersergam, setinggi 4096 meter. Hebat. Bagaikan penunggu buana. Auranya bagaikan menguasai perjalanan. Tidak hairanlah Kaum Kadazan Dusun mempercayai bahawa roh nenek moyang mereka sedang bersemadi di lereng-lereng dan di puncak Gunung Kinabalu.


Lokasi Kundasang

Pekan Kundasang

Demikian aura Kinabalu turut menyusuri Jalan Tamparuli - Ranau. 5.52 petang, melintasi Mount Borneo Restaurant. Dari jendela kelihatan samar-samar bukit-bukau berlapis-lapis mengikut ton warna. Kelompok-kelompok rumah bagaikan tersorok di lembah-lembah dan di lereng-lereng bukit. 5.57 petang, masuk pekan Kundasang. Perjalanan sejauh 120 km dari Kota Kinabalu.

Anggaran ketginggiannya 1,900 meter dari aras laut. Dengan iklim sederhana, menjadikan Kundasang ideal untuk tanaman sayuran-sayuran. Termasuk lobak merah, kembang kol, brokoli, kubis, loceng lada, bawang bunga, dan juga cendawan. Pasaran sayur yang dibuka tujuh hari seminggu sentiasa dikunjungi.


Lembah Kundasang

Warna Kundasang

Majoriti penduduk Kundasang terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai, Bajau, Melayu dan Cina. Bagaimanapun terdapat juga sebilangan kecil pendatang dari Indonesia. Terdiri daripada Bugis, Tator, Timor dan Jawa. Mereka menjadi sebahagian kecil penyumbang ekonomi, terutama di dalam sektor pertanian.

Kundasang hanya sebuah pekan kecil. dalam daerah Ranau. Terletak di lembah Kundasang. Namun menyediakan pasarana yang agak mencukupi. Terdapat kemudahan penginapan, seperti hotel, motel, chalet dan homestay. Juga beberapa restoran dan mini market. Cukup memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelancong.

5.59 petang, jalan menurun. Kemudian mendaki semula. Terpaksa berhati-hati kerana tebing tinggi mencuram ke lembah. Terutama di selekoh bahaya.  Bagaimanapun thumb up untuk Faiz kerana hebat memandu. Cekap menukar gear mendaki. Sekali-sekala kereta bagaikan menderam menghimpun kekuatan untuk mendaki.


 Rocky Mountain Lodge

Room A9

Suhu 23º C

6.07 petang, melalui jembatan kayu. Agak sempit. Kemudian berliku-liku di ketinggian 1700 meter. 6.10 petang, akhirnya sampai di homestay, Rocky Mountain Lodge, di Jalan Cinta Mata Mesilou. Ketinggiannya 1,737 meter, udaranya  agak sejuk dengan suhu 23º C. Namun indah dalam warna-warna senja yang masih tersisa. 19 petang, selepas check in, terus masuk bilik A9.


Panaroma Romantik

Jalan Cinta

Mata Masilou

Rocky Mountain 

Beranda A9

Pemandangan dari beranda begitu panoramic dan romantik. Angin dari gunung turut memuput lembut dan mesra. Membawa aura dan aroma gunung. Terasa dingin dan selesa. Dari jauh, sayup-sayup rumah-rumah penduduk Kundasang.  Berkelompok-kelompok di lembah dan di celah-celah rimbunan kaki bukit. Agak samar-samar dalam bayangan sisa-sisa senja, silhouetted in twilight.


Secret Cube

Warna Senja

Lembah Kundasang

Beranda B9

Lakaran Hexagon

Mountain Lodge

Silhouetted Twilight

Sisa-Sisa Senja

6.35 petang, terpaksa ambil wuduk walaupun air sedingin ais. 6.40 petang, terdengar sayup-sayup laungan azan. Dipuput angin dari gunung, melalui lembah-lembah bukit. Terasa sayu dan syahdu. Jauh di kaki langit sisa-sisa senja semakin pudar. Lembah pergunungan menjadi semakin hening dan sepi.  Lalu terasa tenang dan damai.  A touch of serenity.


Dinner Time

Mountain Restorant 

Alas Perut

Selera Kinabalu

7.54 malam, azan isyak  sayup-sayup memecah kesepian. 8.02 malam, melangkah ke restoran Rocky Mountain. Order mee goring basah dan 2 nasi goreng biasa. Fish and chip untuk Fatin. 8.31 malam, dinner sekadar alas perut. Bagaimanapun kurang menyelerakan. A  bite of tasteless.

8.58 malam, terus melangkah pulang. Lalu masuk bilik A9. Namun terasa agak rimas dan tak selesa. Jadi terpaksa mandi walaupun sejuk. Bagaimanapun air panas dari pam Beebest sungguh melegakan. Bagaikan fresh therapy dari  2HO. Benar-benar menyegarkan.


Aura Mistri

Apungan Aroma

Seterusnya menonton tv. Namun makin lama mata semakin layu.  Tidak sedar, tiba-tiba rasa terapung-apung dalam aura mistri gunung. Bagaikan diulit mimpi, bersama angin malam melayang hingga ke puncak Kinabalu. Lalu lena dalam apungan aroma gunung.



JUMAAT 20 JULAI 2018 (1)
Hotel Ev World - Mahabah Café - Stesen ERL Cyberjaya
& Putrajaya - Stesen KLIA 2 - KLIA 2 - Air Asia AK 5104 - Airport Kota Kinabalu - Gunung Kinabalu


5.48 pagi, terbangun.  Bilik 106 agak sejuk. Lebih-lebih lagi aircond Acson on sepanjang malam. 6.01 pagi, solat subuh. Lalu memanjatkan doa semoga sentiasa dalam perlindungan-Nya. Amin. Sesungguhnya inilah ironic expectation. Tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan. 


Hotel Ev World

Adieu Ev World

Bilik masih lagi sejuk. Jadi terpaksa mandi air panas dari pam Beebest 119E. 7.44 pagi, bersiap-siap. Kemudian berkemas-kemas. Yang terakhir sekali, merujuk item checklist. Agar tidak ada yang tertinggal. Maklumlah, hanya photographic memory boleh mengingati down to the last detail.


Sarapan Pagi

Local Taste

Mahabah Cafe

7.56 pagi, keluar dari bilik 106. Kemudian exit ikut tangga. Bypass lobi hotel. Pagi ini check out hotel. 8.15 pagi, bertolak. Adieu hotel Ev World. 8.21 pagi, parkir depan bangunan Tele Flo. 8.24 pagi, masuk Mahabah Café, dengan marketing boost: “Best Universal Local Taste”.

Duduk di meja 01. Lalu pekena nasi lemak. Bersama dengan Faiz. Acik nasi berlauk, manakal Umi patuh dengan  dietnya. 8.39 pagi, selesai dengan gurindam  "gendang gendut tali kecapi". Kemudian bertolak. 8.46 pagi, melintasi billboard@Cyberjaya Sepang. Seterusnya masuk Putrajaya.

Sedamai Jiwa

Pagi ini cuaca begitu harmoni,  tenang dan damai. A sense of serenity.  8.51 pagi, exit 613B, lalu masuk bulatan Setia Ecoglades. Kemudian masuk laluan Kajang - Dengkel. Seterusnya Pucung - Shah Alam. 8.56 pagi, masuk pula simpang kiri. Terus ke Putrajaya Central. Hab bas dan stesen kereta api Express Rail Link di Presint 7. 8.58 pagi, sampai di destinasi. Lalu masuk parkir berbumbung aras B.

Terpaksa berpusing-pusing mencari parkir. 9.02 pagi, naik aras F3. 9.05 pagi, akhirnya parkir di lot N3 C. 9.14 pagi, mengikut laluan penjalan kaki dan bagasi. Seterusnya melalui deretan kedai makan: Flubber Fresh, Hot dan Roll, Nasi Lemak Kopi O, City Convenience Store, Luscious Store dan Dunkin’ Fonuts.

Smile Of Joy

Kaunter Tiket

Stesen Cyberjaya

9.16 pagi, membeli tiket sehala. 9.24 pagi, turun lif ke aras G. Kemudian menunggu di platform 3, stesen ERL Cyberjaya & Putrajaya. Saat-saat ketibaan tren  transit KLIA turut dipaparkan di electronic board. Bagaimanapun pagi ini agak kurang penumpang. So feeling comfortable and relaxed. 9.39 pagi, tren laju pula melintas. Menderu tempias angin bagaikan ribut kecil. 



Transit KLIA

Platform 3 

Stesen ERL Cyberjaya

Mentari masih memancar. Melakar bayang-bayang di lantai. Terasa sedikit bahang kepanasannya. Eletronic board pula sentiasaan memberi amaran. Penumpang-penumpang diarah menunggu di belakang garisan kuning. 9.50 pagi, tren laju melintas lagi. Sekali lagi rebut kecil menderu.


Lintasan Tren

Pengembara

Balai Ketibaan

Menongkah Udara

9.51 pagi, baru tren transit KLIA sampai. Dua minit kemudian bertolak dari stesen Putrajaya dan Cyberjaya. 9.54 pagi, stesen Salak Tinggi. Kemudian stesen KLIA. 11.07 pagi, akhirnya tiba di Stesen KLIA 2. Lalu keluar ke platform B. Terus naik lif ke aras 2. Selepas dua kali naik eskalator baru sampai ke aras 3, Balai Perlepasan.

Peta KLIA2

Laluan Perlepasan

Balai Perlepasan

10.21 pagi, Acik ke kios self check untuk dapatkan boarding pas. Ketika ini pelanggan agak ramai. Ada yang tolak troli. Ada yang tarik beg. Pelbagai ragam. Masing-masing mencari laluan destinasi. 10.29 pagi, turun eskalator. Kemudian naik eskalator lagi di buggy point. 10.32 pagi, naik pula travelator.

Turun dan  naik eskalator, kamudian travelator  menjadi fenomena biasa. 10.33  pagi, melalui kedai Baker & Cottage dan Little Café. 10.36 pagi, sekali lagi turun naik eskalator dan travelator. 10.40 pagi, baru masuk balai berlepas. Kemudian menunggu, anxiety of nothingness.

10.49 pagi, berbaris masuk aerobridge hingga ke pintu pesawat Air Asia AK 5104. Seterusnya masuk kabin. Ruang kabin kelihatan padat dengan aislenya yang agak sempit. Terpaksa one by one melalui lorong tengah untuk mencari tempat duduk. Famili Aram duduk di seat D E F. Malangnya Faiz tak duduk bersama.


Dalam Pesawat

Feeling Relaxed

Seat DEF

Pesawat pagi ini dipandu oleh kapten Abu Bakar. 11.20 pagi, mula bergerak perlahan-lahan, hinggalah ke landasan take off. 11.21 pagi, menderam. Agak bising. Kemudian, tiba-tiba memecut dengan lajunya. Lalu terus naik. Makin laju makin menongkah udara. Akhirnya meluncur ke lebuh raya angkasa yang lebih luas dan terbuka.    



Air Asia AK 5104

Pesawat kemudian berpatah balik. Lalu merentasi Banjaran Titiwangsa. 11.44 pagi, kelihatan pinggir pantai. Seterusnya merentasi laut biru. Terasa pesawat bagaikan tidak bergerak. Hanya bunyi pesawat menguasai pendengaran.


Pulau Terapung

Ombak Awan

12.26 tengah hari, kelihatan kelompok awan perang berbalam-balam di kejauhan. Bagaikan pulau terapung-apung. Lalu perlahan-lahan melintasi pesawat. Menakjubkan, unique phemomenon. Jauh di kaki langit kelihatan divine horizon, garis biru memanjang. Tompok-tompokan awan kecil pula bagaikan ombak-ombak  melintasi laluan pesawat.


Dari Jendela

12.53 tengah hari, sekali lagi menyaksikan phenomena daratan terapung-apung di langit melalui tingkap pesawat. Suasana dalam pesawat masih lagi tenang. Beberapa penumpang sudah pun hanyut dalam alam maya. 1.12 tengah hari, sedikit bergegar. Namun kembali tenang.


Touchdown
Lapangan Tebang
Kota Kinabalu

1.32 tengah hari, sayup-sayup kelihatan pulau. Kemudian kelihatan daratan berbalam-balam. Tompok-tompokan awan bagaikan melindungi daratan. Makin lama makin jelas “Negeri Di bawah Bayu”. 1.42 tengah hari, pesawat membuat touch down. Lalu memecut sepanjang landasan. Akhirnya selamat mendarat di airport Kota Kinabalu.

1.46 tengah hari, pesawat berhenti.  Penumpang-penumpang bingkas bangun. 1.55 tengah hari, keluar dari pintu pesawat. Terus menyusuri aerobridge. 2.02 petang, pemeriksaan pasport. Lalu masing-masing diberi pas lawatan selama 90 hari.


Balai Ketibaan

Airport Kinabalu

2.05 petang, turun lif ke aras 1. Kemudian melintasi kedai Candies & Choclates. 2.10 petang, menuntut beg dari carusel. Seterusnya menyusuri lorong hijau. Lalu terus keluar dari balai ketibaan. 2.19 petang, melintasi zebra crossing. Terus ke kereta sewa SSA1996 A Bezza Dusl VVt-1. 2.32 petang, menerima kunci kereta daripada wakil Syarikat Daeng Travels Tours SDN. BHD.


Pengembaraan

Unexpected Challenges.

Bezza SSA 1996 A

OTW Kundasang

Selesai negotiation, baru bertolak. Dipandu oleh Faiz mengikut arah waze.  Acik duduk di sebelah sebagai co-driver. 2.36 petang, isi minyak Shell. Cukup untuk perjalanan ke Kundasang. Sempat juga keluarkan duit dari mesin ATM CIMB. 2.47 petang, meneruskan perjalanan. A journey of unexpected challenges.


Powered by Blogger.