Qalam Perjalanan

JUMAAT 20 JULAI 2018 (1)
Hotel Ev World - Mahabah Café - Stesen ERL Cyberjaya
& Putrajaya - Stesen KLIA 2 - KLIA 2 - Air Asia AK 5104 - Airport Kota Kinabalu - Gunung Kinabalu


5.48 pagi, terbangun.  Bilik 106 agak sejuk. Lebih-lebih lagi aircond Acson on sepanjang malam. 6.01 pagi, solat subuh. Lalu memanjatkan doa semoga sentiasa dalam perlindungan-Nya. Amin. Sesungguhnya inilah ironic expectation. Tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan. 


Hotel Ev World

Adieu Ev World

Bilik masih lagi sejuk. Jadi terpaksa mandi air panas dari pam Beebest 119E. 7.44 pagi, bersiap-siap. Kemudian berkemas-kemas. Yang terakhir sekali, merujuk item checklist. Agar tidak ada yang tertinggal. Maklumlah, hanya photographic memory boleh mengingati down to the last detail.


Sarapan Pagi

Local Taste

Mahabah Cafe

7.56 pagi, keluar dari bilik 106. Kemudian exit ikut tangga. Bypass lobi hotel. Pagi ini check out hotel. 8.15 pagi, bertolak. Adieu hotel Ev World. 8.21 pagi, parkir depan bangunan Tele Flo. 8.24 pagi, masuk Mahabah Café, dengan marketing boost: “Best Universal Local Taste”.

Duduk di meja 01. Lalu pekena nasi lemak. Bersama dengan Faiz. Acik nasi berlauk, manakal Umi patuh dengan  dietnya. 8.39 pagi, selesai dengan gurindam  "gendang gendut tali kecapi". Kemudian bertolak. 8.46 pagi, melintasi billboard@Cyberjaya Sepang. Seterusnya masuk Putrajaya.

Sedamai Jiwa

Pagi ini cuaca begitu harmoni,  tenang dan damai. A sense of serenity.  8.51 pagi, exit 613B, lalu masuk bulatan Setia Ecoglades. Kemudian masuk laluan Kajang - Dengkel. Seterusnya Pucung - Shah Alam. 8.56 pagi, masuk pula simpang kiri. Terus ke Putrajaya Central. Hab bas dan stesen kereta api Express Rail Link di Presint 7. 8.58 pagi, sampai di destinasi. Lalu masuk parkir berbumbung aras B.

Terpaksa berpusing-pusing mencari parkir. 9.02 pagi, naik aras F3. 9.05 pagi, akhirnya parkir di lot N3 C. 9.14 pagi, mengikut laluan penjalan kaki dan bagasi. Seterusnya melalui deretan kedai makan: Flubber Fresh, Hot dan Roll, Nasi Lemak Kopi O, City Convenience Store, Luscious Store dan Dunkin’ Fonuts.

Smile Of Joy

Kaunter Tiket

Stesen Cyberjaya

9.16 pagi, membeli tiket sehala. 9.24 pagi, turun lif ke aras G. Kemudian menunggu di platform 3, stesen ERL Cyberjaya & Putrajaya. Saat-saat ketibaan tren  transit KLIA turut dipaparkan di electronic board. Bagaimanapun pagi ini agak kurang penumpang. So feeling comfortable and relaxed. 9.39 pagi, tren laju pula melintas. Menderu tempias angin bagaikan ribut kecil. 



Transit KLIA

Platform 3 

Stesen ERL Cyberjaya

Mentari masih memancar. Melakar bayang-bayang di lantai. Terasa sedikit bahang kepanasannya. Eletronic board pula sentiasaan memberi amaran. Penumpang-penumpang diarah menunggu di belakang garisan kuning. 9.50 pagi, tren laju melintas lagi. Sekali lagi rebut kecil menderu.


Lintasan Tren

Pengembara

Balai Ketibaan

Menongkah Udara

9.51 pagi, baru tren transit KLIA sampai. Dua minit kemudian bertolak dari stesen Putrajaya dan Cyberjaya. 9.54 pagi, stesen Salak Tinggi. Kemudian stesen KLIA. 11.07 pagi, akhirnya tiba di Stesen KLIA 2. Lalu keluar ke platform B. Terus naik lif ke aras 2. Selepas dua kali naik eskalator baru sampai ke aras 3, Balai Perlepasan.

Peta KLIA2

Laluan Perlepasan

Balai Perlepasan

10.21 pagi, Acik ke kios self check untuk dapatkan boarding pas. Ketika ini pelanggan agak ramai. Ada yang tolak troli. Ada yang tarik beg. Pelbagai ragam. Masing-masing mencari laluan destinasi. 10.29 pagi, turun eskalator. Kemudian naik eskalator lagi di buggy point. 10.32 pagi, naik pula travelator.

Turun dan  naik eskalator, kamudian travelator  menjadi fenomena biasa. 10.33  pagi, melalui kedai Baker & Cottage dan Little Café. 10.36 pagi, sekali lagi turun naik eskalator dan travelator. 10.40 pagi, baru masuk balai berlepas. Kemudian menunggu, anxiety of nothingness.

10.49 pagi, berbaris masuk aerobridge hingga ke pintu pesawat Air Asia AK 5104. Seterusnya masuk kabin. Ruang kabin kelihatan padat dengan aislenya yang agak sempit. Terpaksa one by one melalui lorong tengah untuk mencari tempat duduk. Famili Aram duduk di seat D E F. Malangnya Faiz tak duduk bersama.


Dalam Pesawat

Feeling Relaxed

Seat DEF

Pesawat pagi ini dipandu oleh kapten Abu Bakar. 11.20 pagi, mula bergerak perlahan-lahan, hinggalah ke landasan take off. 11.21 pagi, menderam. Agak bising. Kemudian, tiba-tiba memecut dengan lajunya. Lalu terus naik. Makin laju makin menongkah udara. Akhirnya meluncur ke lebuh raya angkasa yang lebih luas dan terbuka.    



Air Asia AK 5104

Pesawat kemudian berpatah balik. Lalu merentasi Banjaran Titiwangsa. 11.44 pagi, kelihatan pinggir pantai. Seterusnya merentasi laut biru. Terasa pesawat bagaikan tidak bergerak. Hanya bunyi pesawat menguasai pendengaran.


Pulau Terapung

Ombak Awan

12.26 tengah hari, kelihatan kelompok awan perang berbalam-balam di kejauhan. Bagaikan pulau terapung-apung. Lalu perlahan-lahan melintasi pesawat. Menakjubkan, unique phemomenonJauh di kaki langit kelihatan divine horizon, garis biru memanjang. Tompok-tompokan awan kecil pula bagaikan ombak-ombak  melintasi laluan pesawat.


Dari Jendela

12.53 tengah hari, sekali lagi menyaksikan phenomena daratan terapung-apung di langit melalui tingkap pesawat. Suasana dalam pesawat masih lagi tenang. Beberapa penumpang sudah pun hanyut dalam alam maya. 1.12 tengah hari, sedikit bergegar. Namun kembali tenang.


Touchdown
Lapangan Tebang
Kota Kinabalu

1.32 tengah hari, sayup-sayup kelihatan pulau. Kemudian kelihatan daratan berbalam-balam. Tompok-tompokan awan bagaikan melindungi daratan. Makin lama makin jelas “Negeri Di bawah Bayu”. 1.42 tengah hari, pesawat membuat touch down. Lalu memecut sepanjang landasan. Akhirnya selamat mendarat di airport Kota Kinabalu.

1.46 tengah hari, pesawat berhenti.  Penumpang-penumpang bingkas bangun. 1.55 tengah hari, keluar dari pintu pesawat. Terus menyusuri aerobridge. 2.02 petang, pemeriksaan pasport. Lalu masing-masing diberi pas lawatan selama 90 hari.


Balai Ketibaan

Airport Kinabalu

2.05 petang, turun lif ke aras 1. Kemudian melintasi kedai Candies & Choclates. 2.10 petang, menuntut beg dari carusel. Seterusnya menyusuri lorong hijau. Lalu terus keluar dari balai ketibaan. 2.19 petang, melintasi zebra crossing. Terus ke kereta sewa SSA1996 A Bezza Dusl VVt-12.32 petang, menerima kunci kereta daripada wakil Syarikat Daeng Travels Tours SDN. BHD.


Pengembaraan

Unexpected Challenges.

Bezza SSA 1996 A

OTW Kundasang

Selesai negotiation, baru bertolak. Dipandu oleh Faiz mengikut arah waze.  Acik duduk di sebelah sebagai co-driver. 2.36 petang, isi minyak Shell. Cukup untuk perjalanan ke Kundasang. Sempat juga keluarkan duit dari mesin ATM CIMB. 2.47 petang, meneruskan perjalanan. A journey of unexpected challenges.


KHAMIS 19 JULAI 2018
Seri Teratai – R&R Gambang – Setia City Mall - UITM
Puncak Alam - Hotel Ev World - Dpulze Shopping Centre


Peta Seri Teratai

Keharmonian

8.52 pagi, bertolak dengan Honda City i-Vtec TBH669. Meninggalkan  teratak Seri Teratai, home sweet home. Lalu menyusuri beberapa buah kampung tradisi: Kg. Peradong, Kg. Batu Hampar, Kg. Pulau Manis dan Kg. Kubang Palas.  9.00 pagi, masuk daerah Hulu Terengganu.

9.02 pagi, masuk susur kiri ke LPT 2. Seterusnya masuk pula daerah Kuala Terengganu. 9.06 pagi, touch ‘n go di Tol Telemong dan top up kad touch ‘n go. Beberapa minit kemudian masuk lingkaran. Terus ke laluan Kuantan-Kuala Lumpur.

Pagi ini agak tenang dan lengang. Matahari terus memancar. Menjanjikan perjalanan yang lebih harmoni. 9.15 pagi, melintasi kawasan rehat Ajil. Seterusnya melalui bukit-bukau. Rimbunan hijau di lereng-lereng bukit. dan lembah-lembah begitu mendamaikan.

9.23 pagi signboard menunjukkan 166 km lagi ke Kuantan. 9.26 pagi, bukit-bukau di kejauhan kelihatan kabur dalam bayangan cahaya pagi. Bagaimanapun sinar mentari masih berterusan memburu kabus. Kelihatan terapung-apung di celah-celah rimbunan hijau.

9.31 pagi, masuk kawasan angin lintang. 9.36 pagi, Kuantan berbaki 144 km. 9.38 pagi, melintasi exit Bukit Besi. 9.42 pagi, sekali lagi masuk kawasan angin lintang dan kawasan kabus. 9.51 pagi, melintasi kawasan rehat Paka. Seterusnya masuk daerah Kemaman.

Kelihatan bukit-bukau berlapis-lapis dengan 3 ton warna. Indah dalam kesamaran. 10.00 pagi, melintasi exit 847  Kemasik. 10.06 pagi, melintasi exit 845 Kijal. 10.09 pagi, KL tinggal lagi 300 km. 10.11 pagi, melintasi hentian Kijal. Lima minit kemudian melintasi exit 839 Bandar Baru Cenih,


R&R Gambang

Panorama R&R

Sekali lagi masuk kawasan kabus. 10.28 pagi, masuk kawasan angin  lintang. 10.31 pagi, masuk zon operasi kemera. Kereta kelihatan bergerak perlahan-lahan. 10.46 pagi, KL masih lagi 227 km. 10.50 pagi, sekali lagi zon operasi kamera.


Ahzo Foodstall

Boost Energy

11.01 pagi, masuk susur kiri ke R&R Gambang. Parkir depan food court. 11.22 pagi, order  nasi ayam dan nasi lemak di gerai no. 10,  Ahzo Food Stall. Soru di meja depan kedai Northish Nasi Kandar, just to boost body energy.

11.46 pagi, bertolak. Kemudian isi minyak di stesen Petronas. 11.53 pagi, meneruskan perjalanan. Cuaca pagi ini berubah menjadi mendung. Keredupan memberi  keselesaan perjalanan. 12.09 tengah hari, sign board menunujukkan 161 km lagi ke KL.


Laluan Panoramik

12.24 tengah hari, melintasi kawasan rehat Temerloh. Kemudian melalui jembatan Temerluh. 700 meter, terpanjang di LPT 2. 12.48 tengah hari, melintasi Kg. Sertik. 12.50 tengah hari, touch ‘n go di Tol Karak. Maka berakhirnya LPT 1. Seterusnya melalui jalan berliku-liku di lereng-lereng bukit. 1.20 tengah hari, melintasi MRSM Bentong.

Masuk terowong Genting Sempah. Seterusnya jalan berliku-liku menuruni bukit dengan selekoh bahaya.  1.29 tengah hari, mula sesak. KL tinggalkan lagi 26 km. 1.35 tengah hari, touch ‘n go di Tol Gombak. 1.43 tengah hari, touch ‘n go di Tol Batu. Seterusnya touch ‘n go lagi di Tol Jalan Duta.


Setia City Mall

Window Shopping


Membeli Selera



2.04 petang, touch ‘n go pula di Tol Setia Alam. Seterusnya melintasi label Ecordence. 2.09 petang, masuk simpang kiri ke Setia City Mall, di Persiaran Setia Dagang. 2.10 petang, touch ‘n go untuk masuk parkir City Mall. Lalu terus ke aras P4. Kemudian parkir di 17E, lot 161.

Seterusnya masuk mall. 2.31 petang turun lif ke aras UG. Sempat masuk Butik Zara. 2.39 petang, masuk Uni Qlo. 3.16 petang, naik eskalator. Lalu masuk kedai kasut OC yang berasaskan foam technology. Beli kasut potongan 66%, saiz 41. Kononnya harga kilang yang 100% original.


Surau City Mall

Jamak Takdim

3.41 petang, turun semula ke UG. Lalu terus ke surau untuk solat jamak takdim. 4.07 petang, naik lif ke P4, kawasan parkir. 4.12 petang, bertolak keluar mall melalui mesin touch ‘n go. 4.19 petang, melintasi presint 17. Kemudian melalui jalan kampong. Jalan pintas berpandukan waze, map and traffic navigation app.

Jalan agak kecil dan sempit. 4.20 petang, masuk simpang kiri Jalan Kenanga. Kemudian Jalan Cempaka. Seterusnya masuk simpang kanan, Jalan Paip. 4.27 petang, melintasi Kg. Budiman. Masuk simpang kiri ke Bukit Cerakah.

Jalan lurus, tetapi naik bukit turun bukit. 4.33 petang, masuk simpang kanan. Lalu masuk daerah Kuala Selangor. 4.36 petang, melintasi Pusat Koreksional. 4.38 petang, akhirnya masuk simpang kanan ke UITM Puncak Alam. 4.41 petang, melintasi pondok pengawal. Lalu masuk bulatan pertama.

4.43 petang, masuk Bulatan Keris. Seterusnya membuat u turn di bulatan ke 3. Kemudian parkir di sebelah kereya Produa Acik. 4.57 petang bertolak meninggalkan UITM. 4.59 petang, masuk simpang kanan ke laluan Sg Buluh.

5.03 petang, melalui Puncak Bestari. 5.06 petang, masuk Jalan Alam Suria. Seterusnya masuk kiri Jalan Alam Suria 16/14. Parkir di depan rumah sewa Acik. 5.26 petang, bertolak. 5.30 petang, masuk bulatan Alam Suria. 5.53 petang, masuk simpang kiri ke Puncak Bestari.

Matahari gergerak ke belakang. Namun bahangnya masih terasa. 5.45 petang, melintasi Saujana Utama. 6.04 petang, touch ‘n go di Tol Shah Alam. 6.10 petang, melintasi Geno Hotel. Seterusnya touch ‘n go di Tol Putrajaya. 6.28 petang, masuk bulatan Ecoglade.


Hotel Ev World
TTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
6.23 petang, melintasi Gem In Mall. 6.39 petang, CND1. 6.40 petang sampai destinasi. Parkir depan hotel Ev World, Cyberjaya. Acik dan Umi terus ke lobi untuk check in. 7.01 malam, jalan-jalan cari makan. 7.05 malam, masuk Dpulze Shopping Centre. 7.08 malam, naik lif ke aras UG.


Dpulze Mall

Window Shopping

Aroma Selera

Menu Rice Chicken

Sabar Menunggu

7.10 malam, masuk Chicken Rice Shop. Lalu terus booking seat 3A. Untuk dinner malam ini, order triple feast, RM56.50 per set. Dimaklumkan service agak lambat kerana ramai pelanggan. 7.20 malam, baru sampai hidangan. 7.56 malam, licin to the last bite.


Chicken Rice

Triple Feast

Kadang-kadang kelaparan memebuatkan apa yang disuap menjadi nikmat, “gendang gendut tali kecapi”. 8.03 malam, dua kali  naik eskalator hingga aras UG. 8.07 malam, Acik dan Umi masuk farmasi Watson. 8.10 malam, turu lif ke aras P1. Keluar dan terus menyeberangi jalan.



Peta Hotel Ev World


Hotel Eve World


Kemudian menyusuri jalan pulang. 8.19 malam, sampai di hotel Ev World. Seterusnya menghirit beg. Melalui tangga side door. Sengaja by pass lobi hotel untuk mengelak formality door. Kemudian terus ke bilik 107.

Malam semakin larut, dan kelam semakin menyelimut. Hanya bisikan malam mendendangkan kesepian. Menghanyutkan perasaan. Akhirnya terlina dalam kembara mimpi yang baru hendak bermula.
SABAH font-size: 13.0pt;
Powered by Blogger.