Qalam Perjalanan

HARI PERTAMA 21 DISEMBER 2017 (2)
UITM Puncak Alam - Musolla Al-Musaffirin
- Hotel LeoPacific


Hotel LeoPacific

3.09 petang, melalui Kg Bukit Dukung. 3.11 petang, touch ‘n go di Tol Batu 11, Ceras. Seterusnya laluan KL - Ceras, bersebelahan dengan laluan MRT. 3.22 petang, masuk lingkaran bulatan. 3.24 petang, melepasi Tol Pantai Dalam B.


Aqeef "Hesem"

3.34 petang, simpang kiri. Lalu masuk Lebuhraya Guthrie. Kamudian masuk simpang kanan ke Sg. Buluh. 3.48 petang, masuk susur kiri ke Puncak Alam. 3.51 petang, masuk Persiaran Mukhtar Dahari. Kemudian melintasi label Cahaya SPK, sebahagian daripada properties showcase.

3.55 petang, melintasi Universiti Teknologi Mara, kampus Puncak Perdana. 4.00 petang, melalui Seksen U16. Masuk  simpang kiri Bukit Cerakah. 4.07 petang, masuk simpang ke UITM. Seterusnya melepasi pondok pengawal. Kemudian masuk bulatan keris.


Aqeef "Hesem" 

FSK2,3,4 PAlam

4.12 petang, sampai di bangunan FSK2,3,4. Tempat Acik mendamba pengajiannya untuk PHD, 4.18 petang, bertolak. Melepasi  pondok kawalan. 4.35 petang, masuk simpang kanan, ke Lebuhraya Guthrie. Seterusnya masuk Jalan Persiaran Puncak Alam.


Musolla Al-Musaffirin

4.29 petang, masuk simpang kiri. 4.32 petang, isi minyak caltex  techron. Di bandar Coalfields. 4.47 petang, solat jamak takdim di musolla Al-Musaffirin, berjarak beberapa langkah dengan KFC. 4.58 petang, sempat makan kentang putar KFC dalam kereta. Ayra kelihataan begitu berselera. Terpaksa tambah lagi.


Umi Ayu

Dalam Perjalanan

5.06 petang, bertolak. Masuk laluan 54 Ijuk Kuala Selangor. 5.16 petang, melintsi kawasan rehat Kundang.  Touch ‘n go di Tol Kuang Timur. Seterusnya masuk simpang 2560B exit Sg. Buluh. 5.19 petang, melepasi  Tol Rawang Selatan. Kemudiannya melintasi label Gamuda Garden.


Mendung Berarak

Hujan Turun

Cuaca petang ini mendung. Menjadikan suasana agak gelap. 5.28 petang, kereta-kereta dari arah bertentangan mula memasang lampu. Agak menyulitkan lagi, apabila hujan mula turun. Menjadikan perjalanan kurang lancar. 5.34 petang, melepasi Tol Jalan  Duta.  5.37 petang, jalan mula  sesak. Ketika ini hujan masih lagi turun.

5.39 petang, masuk simpang kiri Taman Duta. Cuba masuk jalan lain, yang agak kecil dan berliku-liku. Malangnya jalan ini pun sesak juga. 5.45 petang, melintasi Humid Tropic Centre, di Jalan Ledang. Yang terbentuk daripada perjanjian antara UNESCO dan Kerajaan Malaysia. Kerjasama dalam pengurusan air.


Lobi LeoPacific

5.53 petang, tersangkut dalam kesesakan. 5.56 petang, mendapat info dari electronic board tentang kesesakan trafik.  6.03 petang, masih tak bergerak. 6.10 petang, mula bergerak perlahan-lahan. Namun berhenti semula. Kemudian bergerak lagi. Benar-benar membosankan.


Aqeef & Ayra

Pautan Nenek 

Masih Menunggu

ARAM's Family

Laman LeoPacific

6.18 petang, akhirnya sampai di hotel LeoPacific City Centre (formerly known as Quality hotel) di Jalan Raja Laut. Yang mana Terletak di kawasan Segitiga Emas KL iaitu pusat komersil ibu kota. Hanya 5 minit perjalanan ke Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Setiap hari Sabtu jalan TAR akan ditutup untuk pasar malam.


"Anak Duyung"

Terapung-Apung

Karenah "Duyung"

6.28 petang, naik lif. Terus masuk Bilik 813. 6.46 petang, turun tingkat 3, ke kolam renang. Aqeef, Ayra dan Ayla begitu teruja. Tak sabar-sabar untuk memenuhi keinginan. Sampai di kolam terus terjun. Aqeef yang paling seronok.  Ketiga-tiga “anak duyung” terapung-apung dengan pelampung. Menikmati keseronokan di ambang senja.


Wajah Ceria

Pool Of Excitement

Loving Family

Sharing The Moment

7.03 malam, atuk terpaksa naik. Hanya tinggal Ibu melayani kerena “anak-anak duyung”. 7.26 malam, barulah ketiga-tiga “anak duyung” naik. Masing-masing menggigil kerana kesejukan. Bibir Aqeef sampai hitam dek kesejukan. Namun wajah masih kelihatan tidak puas.

RSMY Best Cheese Naan

Medan Mara

Selepas berehat, 7.56 malam, turun semula. Dari lobi hotel, menyeberangi  Jalan Raja Laut, mengikut lintasan zebra. Terus masuk bangunan Medan Mara. 8.27 malam, melalui podium runcit. Kemudian keluar melalui hotel Premiers. Terus melintasi Jalan Tuanku Abdul Rahman. 8.20 malam, sampai di  restoran RSMY Best Cheese Naan, di Lot 11&13, Jalan Medan Tuanku.



Taste of Differences

Memenuhi Selera

Roti Naan

Roti Pipih Beragi

Order nasi briani dan roti naan. Agak berselera Ayra makan. Malah ada kelainan rasa, mungkin differences make it special. 8.57 malam, baru selesai dinner. 9.03 malam, masuk medan Food Fest. Agak ramai juga pelanggan. 9.06 malam, sempat membeli gelang untuk Ayla dan Ayra.


Pasaraya Parkson

Medan Food Fest

Cendera Mata Cucu

Keramaian Festa

9.18 malam, masuk Parkson, tetapi hampir tutup. Seterusnya masuk bangunan Medan Mara melalui hotel Premiers. Melintasi zebra crossing. 9.23 malam,  sampai hotel LeoPacific. Terus naik lif ke tingkat lapan. Kemudian masuk bilik 813. Keletihan bagaikan memaksa untuk tidur lebih awal.


Peace Of Victory

The Last Thirst

Sempat Bermain

Terlajak Aktif

Namun ketiga-tiga "duyung" sempat lagi bermain dalam bilik. Terlajak Aktif. Kadang-kadang keseronokan menghilangkan rasa letih dan  mengantuk. Demikian, tabiat bermain tidak memilih masa dan tidak memilih tempat. Inilah fitrah semula jadi kanak-kanak.

HARI PERTAMA 21 DISEMBER 2017 (1)
Teratak Sri Teratai - C'Wok Cafe Patin Tempoyak
- Prima Saujana Kajang


Peta Sri Teratai

Ayra Ameera

Ayla Arissa

7.33 pagi, tiga orang cucu sudah pun bangun. Kelihatan begitu excited. Lalu semuanya bersiap-siap untuk permulaan yang baik. A good start is half of the journey. 8.31 pagi,  Hilux D-4D WRB678 keluar dari pekarangan. Meninggalkan teratak Sri Teratai. Teratak syurgaku, “baiti jannati”. Home sweet home.


Mendung

Awan Berarak

Pagi ini cuaca agak mendung. Namun menjanjikan perjalanan yang agak selesa. Kebetulan hujan turun renyai-renyai. Bagaikan turut mengiringi perjalanan. A journey of wisdom,  kembara untuk intellectual discovery. Meluaskan pandangan dan menambahkan pengetahuan.


A Good Start

Half Of The Journey

Perjalanan ini bermula dengan niat. Setiap langkah menuju satu arah, dan setiap perhentian menuju satu pengertian. Biarlah apa yang didengar membawa iktibar, dan apa yang dilihat membawa berkat. Lalu menjadikan kembara ini sebagai a blessing journey.


Dengan Niat

A  Blessing Journey

8.34 pagi, masuk simpang T9, Kuala Telemong. Seterusnya melalui beberapa kampung tradisi: Kg. Batu hampar, Kg. Pulau Manis dan Kg. Kubang Palas. Di mana kebanyakan rumah begitu hampir dengan jalan raya. 8.41 pagi, akhirnya masuk susur ke lebuh raya. Di sinilah bermulanya lebuh raya Pantai Timur sejauh 350 km. Yang manelan kos sebanyak RM4.26 billion.


Satu Arah

Satu Pengertian

8.45 pagi, touch ‘n go di Plaza Tol Kuala Telemong. Aqeef mula mengomel. Ayla dan Ayra hanya diam. Masih mencari alasan untuk membuat karenah. 8.55 pagi, melintasi kawasan rehat Ajil. 9.12 pagi, mentari mula memancar. Hujung rimbunan hijau kelihatan berkilauan. Segar dalam sinaran mentari.


Membawa Iktibar

Membawa berkat

9.28 pagi, melalui kawasan rimbunan malar hijau. Terdiri daripada hutan hujan tropika. Padat dengan pohon-pohon dirian tulin. Yang sama-sama bersaing dan celah-mencelah untuk menjangkau mentari. Namun kelihatan begitu harmoni. Tenang dan damai.


Aqeef "hesem"

Catatan Memori

9.36 pagi. melintasi hentian Paka. 10.08 pagi,  mentari terus menyinari. Cahayanya masuk melalui jendela kereta. Terasa sedikit panas, walaupun arus aircon menyelubungi. 10.23 pagi, KL berbaki lagi 247 km. Masih jauh lagi perjalanan.


Coffee Corner

Selera Ringan

Gendang Gendut

10.49 pagi, hanya melintasi hentian Gambang. 10.54 pagi, singgah  di stesen minyak petronas. Duduk  di coffee corner untuk menghilangkan dahaga. 11.18 pagi, bertolak, meneruskan perjalanan. Mentari turut mengiringi sepanjang perjalanan.


C'Wok Cafe Tempoyak

11.33 pagi, melintasi  hentian sebelah Marang. 15 minit kemudian  melintasi R&R Temerluh. Kemudian masuk simpang kiri exit Temerluh. 11.53 pagi, singgah di premis C'wok Cafe Fatin Tempoyak, di Kg. Raja Songsang. Ikan patin nama saintifiknya “pangasius sutchi”, menjadi  special menu hari ini.


 Special Menu

Gulai Patin Tempoyak

Aroma tempoyak benar-benar mencetus selera. Rasa terliur. Memang diakui ikan patin tempoyak menjadi ikon kuliner Temerluh. Yang mana menjadi destinasi selera yang popular bagi penggemar tempoyak. Juga sebagai destinasi persinggahan sebelum meneruskan perjalanan. Sambil bersantai sambil menikmati keenakan gulai tempoyak.


Ikon Kuliner Temerluh

Menjadi Viral

Temerluh memang terkenal dengan gulai patin tempoyak. Resipi asli yang menjadi warisan turun-temurun. Satu-satunya makanan tradisi yang “continuously stands the test of time”. Yang mana menjadi sajian di mana-mana restoran dan warung. Demikian, ianya semakin diviralkan di alam maya. Sudah pasti, keenakannya menyentuh selera pelanggan maya.


Secret Recipe

Terdapat beberapa restoran dan warung menjadi pilihan penggemar patin tempoyak. Antaranya: Go Bang Maju Patin,  Kedai Makan Pak Usof, Patin Bangau, Kunci Raja Patin dan Claypot Patin Tempoyak. Masing-masing memiliki secret recipe untuk kekal  “mengikat selera” pelanggan setia.


Bandar Ikan Patin

12.20 tengah hari, baru selesai. Keenakannya sampai menjilat jari. Masih lagi berbau di tangan. Benar-benar terasa kekenyangan yang luar biasa. Akhirnya terpaksa mencari keselesaan di “rest room”. Inilah penangan gulai patin tempoyak. Tidak hairanlah Temerluh begitu sinonim sekali dengan “patin tempoyak”. Malah diberi jolokan “Bandar Ikan Patin”.

12.54 tengah hari, bertolak. Seterusnya touch ‘n go di plaza tol Temerluh. 1.24 tengah hari, sampai di tol Karak. Di sini berakhirnya LPT, dan bermulanya lebuh raya Karak-KL. 1.35 tengah hari, melepasi tol Betong. 1.48 tengah hari masuk terowong Genting Sempah, a tunnel of hope.


Aqeef  "Hesem"

Ayla "Triplet"

1.53 tengah hari, cuaca kembali mendung. Awan gelap kelihatan berarak perlahan-lahan 1.58 tengah hari, touch ‘n go di tol Gombak. Terletak di kilometer 19, berhampiran dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 2.22 petang, melepasi tol Batu 9. 2.31 petang, berhenti sebentar di stesen shell di Prima Saujana Kajang.


Honda WCA4636S

6 Speed Auto

2.40 petang, berhenti di  rumah "Penyek", kawan Baba.  No 13, Prima Saujana Kajang, Seksen 2.  Tukar kereta dengan Hondai  WC4636S Santafe 6 speed auto.  Agak selesa dengan extra seat. 2.59 petang, bertolak, meninggalkan Saujana Kajang. 

Powered by Blogger.