HARI KEENAM 12 DISEMBER 2016 (2)
Bukit Safa – Bukit Marwah - Hotel Al Maqam
- Masjidil Haram
Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi SAW. Ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab sebelum beliau mencium batu itu.
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andai aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukannya.”
|
Diriwayatkan, Ketika peletakan Hajar Aswad, suku Quraisy berselisih. Hampir berlaku pertumpahan darah. Tetapi dapat diselesaikan dengan kesepakatan untuk meminta Rasulullah SAW yang meletakkannya.
Kesesakan Di Pintu |
Melalui Dataran |
Laluan Hotel Maqam |
Bagaimanapun
Rasulullah SAW dengan bijaksananya meletakkan
batu itu di atas sebidang kain. Setiap ketua qabilah memegang sisi-sisi kain.
Kemudian diangkat bersama-sama. Akhirnya Rasulullah SAW
sendiri yang meletakkan batu itu di tempatnya.
Malangnya,
terdapat beberapa jemaah tidak menghormati ka'bah. Ada yang berselfi, ada yang menjawab handphone
dan ada yang berborak-borak. Kadang-kadang terdengar muzik daripada handphone.
Terasa sedih dan kecewa atas tingkah laku yang tidak mengikut peraturan. Tidak
menghormati kesucian ka’bah.
Dataran Masjid |
Pinggir Dataran |
10.24
pagi, selesai Tawaf. Terus solat sunat Tawaf, di belakang Maqam Ibrahim.
Kemudian minum air zamzam. Berjumpa semula di atas tangga King Abdul Aziz. 10.36 pagi, kemudiannya bergerak ke Bukit Safa untuk ibadah Sai.
Laluan Bukit Safa |
Doa Bukit Marwah |
7 kali
berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Berlari-lari anak ketika sampai di lampu
hijau. Laluan khas juga disediakan untuk pengguna wheelchair. Bagaimanapun
di laluan Sai juga berlaku tolak menolak. terutamanya di Bukit Safa dan Bukit Marwah.
Selesai sahaja Sai terus bertahlul.
Dirawayatkan,
semasa zaman nabi terdapat dua berhala besar Asaf dan Na'ilah. Dua
berhala terletak di tengah laluan antara Safa
dan Marwah. Orang-orang Ansar yang mengerjakan ibadat Sai melaporkan keraguan mereka. Lalu
turun wahyu Allah
SWT.
Surah Al Baqarah, Ayat 158
Sesungguhnya
Safa dan Marwa
adalah sebahagian dari syiar Allah. Maka barangsiapa yang beribadat Haji ke Baitullah atau berumrah, maka tidak ada dosa baginya
mengerjakan Sai antara keduanya.
|
Pada
Tahun 628 Rasulullah SAW bermimpi menunaikan
Umrah. Lalu Baginda dengan 1,500 pengikutnya berangkat menuju Mekah. Tetapi dihalangi oleh kaum musyrikin Quraisy. Tersekat di Hudaibiyah. Akhirnya Rasulullah SAW berunding dengan Suhail ibn Amr yang mewakili kaum
Quraisy.
Rasulullah terpaksa
menundakan Umrahnya. Maka wujudnya "Perjanjian
Hudaibiyah". Salah satu tonggak penting dalam sejarah Islam. Untuk pertama kalinya kaum Quraisy Mekah mengakui kedaulatan kaum Muslimin di Madinah.
Dalam perjalanan pulang ke Madinah, turun wahyu
Allah SWT.
Surah Al Fath, Ayat 27
Sesungguhnya
Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan
sebenarnya bahawa sesungguhnya kamu pasti memasuki Masjidil
Haram.
|
12.07
tengah hari, hampir solat zohor. Terpaksa mencari toilet. Hampir tersesat. Namun dapat
petunjuk. Alhamdulillah. 12.15 tengah hari, solat Zohor. 1.04 tengah hari, keluar daripada crowded
area melalui pintu 89. Lalu pulang ke hotel. 1.15
tengah hari, terus lunch di tingkat M. Berselera, kerana sentuhan rasa sambal belacan dengan ulam
jarjir.
Abjad Hypermarket |
Ruang Crispy |
Just A Trolley |
1.42
tengah hari, naik ke tingkat 10. Masuk bilik 1006 untuk
berehat. 2.41 petang, turun semula. Masuk Kompleks
Abjad Al Bait . 2.43 petang, membeli sedikit
makanan di Abjad Hypermarket. 3.06 petang,
turun semula untuk ke masjid. 3.19 petang, solat Asar. 3.26 petang, keluar dari
masjid. Melalui dataran terus ke laluan hotel Maqam.
Abjad Al Bait |
5.40
petang, solat Maghrib. 5.50 petang, masuk semula Kompleks
Abjad Al Bait. Terus ke Abjad Hypermarket.
6.02 petang, di kaunter bayaran. 6.13 petang, bertemu semula di food court. Kemudian balik semula ke hotel.
Demikian berulang-alik. Kompleks Abjad Al Bait sudah menjadi lokasi aktiviti sampingan.
"Sai" Kedai Ke Kedai |
Mencari Idaman |
7.11
malam, solat Isyak. 7.23 malam, keluar dari masjid terus ke dataran. Agak sesak
laluan ke hotel Maqam. 7.28 malam, saperti biasa dinner di tingkat M. Selepas tu
berehat di bilik. Kadang-kadang bagaikan mengejar waktu. Cuba mencari ruang-ruang
kesempatan. Bagaimanapun kadang-kadang kesempatan itu hanya kebetulan.
Abraj Hypermarket |
Kaunter Hypermarket |
Langkah Pulang |
9.40
malam, turun semula ke dataran. Masuk shopping Complex. 10.13 malam, di kedai
aksesori wanita. 10.40 malam, di kedai pakaian kanak-kanak. Sekadar membeli
ole-ole untuk cucu. 11.11 malam, akhirnya keluar dari kedai. Terus menuju dataran. Terasa huyung-hayang. Keletihan, kerana "sai" sepanjang kedai.
Laluan Pulang |
Hasil Shopping |
Laluan Al Maqam |
Melalui dataran terus ke Jalan
King Abdul Aziz. Para jemaah masih lagi memenuhi laluan. Bagaikan
bertali arus. Lalu celah-mencelah hingga ke hotel Maqam. Kemudian naik lif, dan terus masuk bilik. Kaki mula terasa
lenguh. Entah berapa puluh kilometer melakukan “sai”. Dari kedai ke kedai, sambil
“melontar riyal”. Akhirnya terlena dalam keletihan.
Post a Comment