HARI KEEMPAT 30 APRIL 2018 (2)
Scenic Railway Bottom station
- Scenic Walkway - Scenic Cableway Bottom
Station - Scenic Cableway - Skyway East Station
- Echo Point Lookout - Lembah Jaminson - Scenic Skyway
- Scenic World Top Station - Restoran EATS270
- Leura Village – Restoran Thai - Masjid Auburn
Gallipoli - Hotel Travelodge
|
Sungguh mendebarkan
apabila kereta api turun melucur 415 meter. Lebih mencemaskan lagi apabila melalui
tebing curam 64º. Bagaikan tergantung-gantung. Kemudian melalui terowong, yang tiba-tiba
muncul di hutan hujan purba di Jamison Valley.
Sesungguhnya,
inilah pengalaman yang mencabar. Once in our life time. Sometimes an exciting
truth is the unexpected thrill. Bagaimana cemasnya menjunam ke curam sejauh 415 meter. Bagaimana pula debaran mendaki gunung pada sudut 64º. Inilah yang dikatakan, "experience is a brutal teacher"
|
Langkah Mendaki |
|
Wonder Of Nature |
|
The Magical Beauty |
|
Unexpected Step |
Akhirnya,
12.21 petang, sampai di Scenic Railway Bottom station.
Masing-masing keluar dari coach. Kemudian naik tangga bertingkat. 12.24 petang, lalu menyusuri laluan
Scenic Walkway. Lorong papan sejauh 2.4 km. Berliku-liku mengikut
kontur lereng gunung.
|
Kuda Gangsa |
|
Arca Pelombong |
|
2.4 km Walkway |
|
Sudut Sejarah |
|
Suara Rimba |
|
Aroma Rimbunan |
Terasa begitu tenang dan damai sekali di bawah rimbunan
hutan hujan purba. Terpesona
dengan keindahan flora dan keharmonian faunanya. Terasa segar dan selesa ketika menikmati aroma rimba
yang lembut. Lalu hanyut dalam melodi suara-suara rimba. Terasa bagaikan
bersatu dengan alam hutan hujan purba.
|
Laluan Walkway |
|
Rahsia Purba |
|
Sudut Alam |
|
Laluan Sejarah |
Di
sepanjang jalan, dapat pula menerokai unsur-unsur sejarah perlombongan arang
batu. Termasuk replika pintu masuk ke lombong
arang batu. Di samping pondok dan arca
gangsa pelombong dengan kudanya. Lalu tidak sedar apabila sampai di Scenic Cableway Bottom Station.
|
Feeling Wonder |
|
Mencari Ruang |
|
Sudut Memori |
|
Catch The Moment |
|
Feeling Thrilled |
12.43 petang,
masuk dalam kabin Scenic
Cableway. Ruang kapasitinya hanya untuk 84 orang penumpang. Kemudian turun perlahan-lahan ke Lembah Jamison. Terasa bagaikan melalui puncak-puncak
rimbunan hutan hujan purba.
|
Celah Rimbunan |
|
Lakaran Zaman |
|
Ombak Rimbunan |
|
Thrill Of Excitement |
Seterusnya naik ke puncak gunung. Melalui celah-celah rimbunan hijau. Kadang-kadang hampir dengan tebing-tebing curam. Bagaimanapun masing-masing terpesona dengan panorama. Kelihatan sayup-sayup Three Sisters, Orphan Rock dan Mountain Solitary. Begitu indah dan mengasyikkan.
|
Skyway East Station |
12.46 petang,
sampai di Skyway East Station. Lalu menyusuri boardwalk, laluan papan. 12.56 petang, berada di Echo Point Lookout. Tebing tinggi yang mencuram ke lembah hutan purba Jamison Valley. Kelihatan bagaikan ombak-ombak
rimbunan hijau. Merentasi lembah yang luas hingga sayup-sayup ke tebing-tebing tinggi.
|
Echo Of Love |
|
Point Lookout |
|
Three Sisters |
|
Three Brothers |
Sungguh
mengkagumkan. Demikian ciptaan ilahi, Jamison Valley dengan
rahsia dan mistri jutaan tahun. Sukar diterokai rimba yang tebal dan padat. Hanya indah dan mempersonakan dari jauh. Namun gelap dan menggerunkan di dalamnya.
|
Laluan Skyway |
|
Talian Kecemasan |
|
Rimbunan Purba |
|
Ruang Perlepasan |
|
Menerokai Keajaiban |
1.05 petang,
menunggu giliran. 1.13 petang, naik Scenic Skyway.
Terasa berdebar-debar. Tiba-tiba meluncur di antara puncak tebing, setinggi 270
meter di atas jurang. Lalu merentasi puncak lembah kanopi hutan hujan purba.
|
Cermin Siling |
|
Lantai Elektra-Kaca |
|
Catch A Glimpse |
|
A Moment Of Wonder |
|
Feeling Challenged |
Terasa
keseronokan yang unik dengan aura yang menakjubkan. Kelihatan lembah Jamison di
bawah kaki melalui lantai kabin elektro-kaca. Cermin siling pula turut merakam ragam para penumpang. 1.17 petang, balik semula ke Scenic World Top Station. Kemudian Keluar dari stesen.
|
Restoran EATS270 |
|
Silhouette Of EATS270 |
1.23
petang, masuk restoran EATS270 untuk sky high
lunch. EATS270, bermaksud makan di ketinggian
270 meter di Katoomba, Blue
Mountain. Inilah satu pengalaman once in our life time, di atas Jamison
Valley, rimbunan hutan purba. Lalu dihidangkan
dengan makanan segera pasta and chips.
|
A Moment To Remember |
|
A Day To Dream |
Restoran EATS270 terletak di lereng gunung dengan panorama yang begitu indah dan
dramatik. Udara gunungnya agak dingin dan segar dengan aromanya yang lembut. Angin gunung dari
celah-celah rimbunan sekali-sekala memuput sambil membelai mesra. Lalu mencipta a moment to remember and a day to dream.
Lepas bersantai di restoran, baru bergerak ke Coach Parking. Terpaksa meninggalkan keindahan Blue Mountains. 2.09 petang, naik
bas. Lalu menuruni laluan yang sama. 2.19 petang, melintasi
Kompleks Mountain Heritage.
2.21 petang, masuk Megalong Street. Kemudian berhenti di tepi jalan Leura Village. Yang mana terkenal dengan jolokan “Garden
Village”, desa dalam taman. Angin dari pergunungan turut membelai mesra. Bagai meraikan rombongan Veteran Poto. Terasa kehadiran bagaikan guest of honour.
|
Cinta Leura |
|
Aroma Maple |
|
Aura Autumn |
Leura adalah
kawasan pinggir bandar di kawasan Perbandaran Blue
Mountains. Di ketinggian 985 meter (3,232 ft) dari aras
laut. Dengan suhu 17ºC, terasa agak sejuk. Namun selesa dan nyaman. Lebih-lebih
lagi aroma autumn begitu lembut dan menyegarkan.
Leura dikatakan desa paling indah di Blue Mountains. Dikenali
sebagai “Syurga Pekebun” dengan taman-tamanya yang indah. Jalan-jalannya pula dihiasi rimbunan ceri dan maple yang kekuning-kuningan. Begitu indah dengan warna-warni pertengahan musim luruh.
|
Hiasan Alam |
|
Anugerah Ilahi |
Bandar
kecil ini agak unik dan panoramik. Suasana begitu mesra penomena dan enviromental friendly. Terasa selesa dan nyaman ketika menyusuri kaki lima kedai-kedai. Yang
mana menawar pelbagai pilihan cita rasa. Termasuk restoran, kedai kraf,
barangan antik, cenderamata dan pakaian.
Demikianlah suasana perkampungan di pergunungan. Masih lagi mengamalkan taradisi dan budaya
Leura. Malah pada bulan Oktober setiap tahun, Festival Taman Leura dan Leura
Village Fair diadakan. Ianya point of interest yang menjadi tarikan pelancong.
|
Leura Arcade |
|
Pelbagai Cita Rasa |
2.28
petang, meninjau kedai Black Health Jewellary dan Leur Maharani Boutique. 2.34
petang, masuk Aspects Of Leura Arcade. Ketika ini suhu 18ºC. Angin dingin dari
pergunungan masih memuput. Terasa dingin, namun begitu selesa.
|
Warna-Warni Autumn |
2.58
petang, akhirnya bertolak. Meninggalkan jejak dan ingatan di Leura Village. Masing-masing keletihan. Mata pun turut
layu. Ada juga yang sempat melabuhkan mimpi dalam dendangan dangdut yang menghanyutkan.
|
Auburn Gallipoli |
Seterusnya
masuk Oskland Road dan Gros
Road. Kemudian mengikuti lalui A6 Bankstown
Wollongong. Masa terus berlalu di jalanan. 4.10 petang, berhenti
berhampiran masjid Auburn Gallipoli di Dartbook Road. Seterusnya menyusuri laluan ke masjid. 4.33 petang, turun ke basement
untuk mengambil wuduk.
|
Masjid Gallipoli |
|
Jejak Muslim |
Kemudian
masuk dewan solat dengan memakai stokin. Tanpa stokin terpaksa sembahyang di birai
dewan solat. 4.48 petang, selesai solat jamak takhir. Seterusnya mencari sudut
fotografi di perkarangan masjid.
|
Sudut Memori |
Masjid Auburn Gallipoli adalah masjid bercirikan seni bina Uthmaniyah.
Terletak di Auburn, pinggir bandar Sydney. Dikatakan lebih dari 500 orang jemaah
menghadiri solat setiap hari. Kira-kira 2000 jemaah menghadiri solat Jumaat. Terutamanya
warga Australia Turki.
5.06 malam,
baru bertolak. Kelihatan awan kelabu mula mengisi ruang langit. Bagaimanapun sisa-sisa
senja masih lagi melatari kaki langit. 5.16 malam, waktu maghrib di perjalanan.
Malam mula berlabuh. Kereta-kereta sudah pun memasang lampu.
|
Restoran Thai |
|
Selera Thai |
5.30
malam, masih lagi di Harris Road. 5.53 malam,
berhenti. Lalu berjalan kaki ke restoran Thai.
Kemudian naik upstair. Malam ini dinner di mini dewan makan. Menjamu
ikan masak 3 rasa, tomyam cendawan, ayam bakar dan kari daging. Berselera sekali.
Akhirnya tersendwa. Kekenyangan yang luar biasa.
6.37
malam, bertolak semula. Masuk Golven Street.
Kelihatan ramai pedestrian lalu-lalang di kaki lima. Akhirnya berhenti
di Commonwealth Road, hampir dengan hotel Travelodge.
6.54
malam, naik lif ke aras 11. Kemudian terus masuk bilik
1118. Berehat sebentar untuk melepaskan lelah sehari suntuk. Selepas
mandi, 7.12 malam, solat jamak takhir. Malam semakin larut, akhirnya terlena. Lalu hanyut diselimuti mimpi-mimpi indah.
font-size: 13.0pt;
Post a Comment