Qalam Perjalanan


HARI KELAPAN:  SABTU 25 MAC 2017 (1)
Hotel D’Season – Makam Sunan Ampel - Masjid 
Sunan Ampel



 Kamar 229

Bedroom  D'Season

Lobi D'Season

7.42 pagi, menikmati panorama dari bilik 229 D’Season. Keheningan pagi benar-benar memberi ketenangan. 7.59 pagi, turun ke lobi. Lalu mendapatkan sedikit maklumat kembara dari "keturombo" Uztaz Seberi.  7.10 pagi, breakfast. Dish with variety of choice. Bagaimanapun  terpaksa diet. Mudah-mudahan dapat mengurangkan risiko penyakit 3 serangkai.

Surah Al A’raf, Ayat 31
Makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan.

7.05 pagi, bertolak. Diiringi doa musafir, bacaan al Quran dan tazkirah. Sebagai penenang jiwa. Perjalanan seterusnya melalui beberapa jalan. Banyak simpang, dan banyak nama jalan. Kadang-kadang mengelirukan. Adakala jalan yang sama, tetapi nama lain-lain.


Sebagai “Kota Pahlawan”, jalan-jalan di Surabaya diabadikan dengan nama-nama pejuang nasional. Terdapat 118 nama pejuang. Yang disahkan oleh Keppres, iaitu singkatan  "Keputusan Presiden Indonesia".

7.28 pagi, setengah jam berlalu. Akhirnya bas masuk ruang  parkir khas untuk pelancong. Kelihatan ruang parkir hampir dipenuhi. Set veteran poto, kemudiannya bergerak masuk lorong. Melalui gerai-gerai yang menjual serba aneka makanan dan barangan.


Agak jauh juga untuk sampai ke destinasi. Walaupun kaki mula rasa tak selesa, keseronokan berjalan beramai-ramai mengatasi kesukaran. Benarlah kata pujangga. Apabila hati dah suka tidak ada lagi kesulitan. Dan apabila hati dah gembira tidak ada lagi keperitan.

Happiness makes the world go round





7.40 pagi, melintasi jalan. Kemudian naik jembatan kecil. Di kepala jembatan seorang peminta sedekah sudah menunggu. 7.43 pagi, memasuki gerbang Masjid Agung dan Makam Raden Rahmat Sunan Ampel. Terletak di Jalan KH Mas Mansyur Kelurahan Ampel. Di tengah kota Surabaya.




Cucu Raja Campa


Lorong Masjid


Lorong Gerai


Sunan Ampel lahir pada tahun 1401, dan wafat pada tahun 1481. Salahsilah keturunannya dari  maulana Ibrahim AsmarakandiBerasal dari Samarkand, Asia TengahSunan Ampel adalah cucu  Raja Kiyan di negeri CampaYang merupakan penganut kuat Mazhab Hanafi. 


Sunan Ampel datang ke Jawa pada tahun 1421 M untuk menggantikan ayahandanya, maulana Malik Ibrahim, Sunan Gresik yang wafat pada tahun 1419.  Sunan Ampel adalah salah seorang Walisongo yang menyebarkan ajaran Islam di Pulau Jawa. Ajarannya lebih berasakan falsafah “Moh Limo”, yang bermaksud tidak melakukan 5 kecelaan.

Moh Limo

Yakni moh main
(tidak mahu judi)
Moh ngombe
(tidak manu mabuk)
Moh maling
(tidak mahu mencuri)
Moh madat
(tidak mahu mengisap candu)
Moh madon
(tidak mahu berzina)



Street Business
T
Sebaliknya pendekatan intelektual dengan logical reasoning adalah alternatif penyebaran beliau untuk golongan “hard core”. Terutama penganut-penganut ugama Hindu dan Budha.

Pernah suatu ketika, seorang Sami Budha datang menemui Sunan Ampel. Kemudian terjadilah diskusi akidah.

Sami  Budha: "Setiap hari Tuan sembahyang menghadap ke arah kiblat. Apakah Tuhan Tuan ada di sana?”

Sunan Ampel: "Setiap hari Anda memasukkan makanan ke dalam perut agar Anda bisa bertahan hidup. Apakah hidup Anda ada di dalam perut?”

Sami Budha: Terdiam tidak menjawab, tapi dia bertanya lagi, “Apa maksud Tuan berkata begitu?”

Sunan Ampel: “Saya sembahyang menghadap kiblat, tidak bererti Tuhan berada di sana. Saya tidak tahu Tuhan berada di mana. Kalau manusia dapat  mengetahui keberadaan Tuhannya, lalu apa bedanya manusia dengan Tuhan? Kalau demikian buat apa saya sembahyang?”

Si Sami tergamam. Kata-kata Sunan Ampel bagai cetusan cahaya yang membuka jalan kebenaran. Akhirnya Si Sami masuk Islam karena terasa kagum dengan kemurnian ajaran Islam, sebagai “Rahmatan Lil Alamin”.


Gerai Aneka


Menyusuri Lorong


Bertali Arus

7.44 pagi, suasana sibuk dan sesak. Pengunjung  masuk dan  keluar bagaikan bertali arus. Kadang-kadang bersentuh bahu. Laluan yang agak sempit, menyebabkan pergerakan agak perlahan. So, just follow the flow




Masjid Ampel


Laman Masjid

Kiri dan kanan jalan sesak dengan gerai-gerai menjual beraneka barangan dan makanan. Terpaksa mencelah-celah orang ramai. Dan berhati-hati, agar tidak terlanggar jajaan peniaga.



Pintu Gerbang

Di Balik Pagar

Laluan Ke Maqam

Peniaga-peniaga bagaikan menjaja dagangan ala Arab. Sehingga suasana perniagaan bagaikan lorong-lorong kedai di Mekah tahun 1900-an. Tidak hairanlah terdapatnya makanan ala Arab:  kurma, nasi kebuli, dan roti maryam. 



Perkampungan Orang Arab


Malah  terdapat juga perkampungan orang Arab di sekitar kompleks makamHingga kini banyak bangunan warisan kampung Arab yang masih terjaga dengan baik. Terutama di beberapa jalan di sekitar kawasan Ampel



Gadis Arab Ampel

7.48 pagi, melalui tepi masjid Sunan Ampel. Yang dibina pada tahun 1540 di zaman MajapahitMerupakan  masjid tertua ke-3 di Indonesia. Beliau dibantu oleh sahabat karibnya Mbah Sholeh dan Mbah Sonhaji, serta santrinya. Masjid ini dibangun di atas sebidang tanah seluas 120 x 180 meter persegi.

Masjid ini menjadi tempat berkumpulnya para ulama dan wali. Yang datang dari berbagai daerah di Jawa.  Mereka membincangkan tentang  ajaran Islam dan  cara penyebarannya di Pulau Jawa.

Terdapat 5 Gapuro,  atau pintu gerbang yang merupakan simbol dari Rukun Islam. 5 Gapura ini  mengelilingi masjid. Antaranya: Gapuro Munggah, Poso, Ngamal, Madep, dan Paneksen.



Dibina Pada Tahun 1540


Didirikan dengan 16 tiang penyangga yang semuanya merupakan kayu jati. Ketinggian 17 meter, dan diamater 60 sentimeter. Di tiang-tiang ini terdapat ukiran-ukiran kuno peninggalan zaman Majapahit. Yang membawa maksud Keesaan Tuhan. Hingga kini masih kukuh, walaupun sudah berusia lebih dari 600 tahun.

Selain itu, memiliki 48 pintu yang masih asli, dengan diameter 1,30 meter, dan juga tinggi sekitar 2 meter. Yang menjadi ciri khas masjid ini adalah menara setinggi 50 meter. Masih utuh. Dahulunya, menara ini berfungsi sebagai tempat laungan adzan.


Dibena dengan gaya arkitektur Jawa kuno, dan nuansa Arab Islami. Masjid ini masih dipengaruhi oleh  budaya lokal, dan Hindu-Budha saperti mana pada arkitektur bangunannya.




Post a Comment

Powered by Blogger.