HARI KEENAM 12 DISEMBER 2016 (1)
Miqat Tannaim - Tanah Haram - Hotel Al Maqam
- Masjidil Haram
Haji ARAM |
3.29
dinihari, terbangun. Lalu mengulangkaji surah Al
Bayyinah. 4.29 dinihari, azan Subuh pertama berkumandang. 5.14 pagi, turun, dan terus menyusuri dataran.
Angin pagi bertiup ke dataran. Terasa sejuk, tetapi selesa. 6.21 pagi, baru naik
eskalator King Fahd ke tingkat 1.
Surah Al Bayyinah, Ayat 8
Balasan
mereka di sisi Tuhan mereka ialah ‘Adn yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya
|
Fenomena Dinihari |
5.29
pagi, azan Subuh kedua bergema. 5.44 pagi, solat Subuh. Diikuti solat Jenazah.
7.09 pagi, laluan di pintu King Fahd menjadi sesak. Ramai yang turun melalui eskalator. Kadang-kadang
just follow the flow. Di dataran pula ribuan jemaah bersesak-sesak. Terpaksa
celah-mencelah.
Jalan
King Abdul Aziz juga turut sesak dengan bas dan teksi. Bas-bas menurunkan para
jemaah yang baru datang. Teksi-teksi pula sibuk mencari penumpang yang hendak
ke Miqat.
Suasana
pagi agak bising dan riuh-rendah. Di selang-seli dengan suara pejaja-penjaja
jalanan yang sibuk menawarkan barangan. Pagi-pagi lagi dah keluar mencari
pelanggan. Lebih-lebih lagi di laluan yang strategik. Mungkin hanya the early
bird catches its prey.
6.32
pagi, masuk lobi hotel. Terus ke dewan makan di tingkat M. 6.34 pagi, breakfast
bersama-sama keluarga Adis. 6.56 pagi, naik lif.
Kemudian masuk bilik 1006 untuk berehat. Kadang-kadang
bagaikan mengejar waktu. Demikian dalam waktu kesempitan memang sukar mendapat
kesempatan.
7.05
pagi, Jalan King Abdul Aziz di depan hotel
sesak dengan para jemaah. 11 buah bas sedang menunggu untuk membawa para jemaah,
termasuk group SV07, ke Miqat
Tannaim. 7.37 pagi, bertolak dengan bas no. 5 yang berdaftar 2810GDA.
Doa di baca oleh petugas Rayhar, Uztaz Ahmad Hamizi.
Lalu diaminkan oleh para jemaah.
Dibentengi Bukit |
Perjalanan
agak lancar. Lalu melintasi hotel-hotel di sepanjang Jalan
King Abdul Aziz. Ketika ini matahari mula memancar. Kelihatan bagaikan
berlari-lari dicelah-celah bangunan. Bangunan-bangunan pula kelihatan seolah-olah
dibentengi bukit-bukit batu.
Lakaran Abstrak |
8.05
pagi, melalui tebing-tebing batu yang membentuk lakaran-lakaran abstrak.
Jalur-jalur kelihatan melintang dan menegak. Kadang-kadang terasa hampir,
bagaikan dapat disentuh. Ada pula di antara bukit-bukit batu terpaksa dipotong
untuk memberi ruang kepada pembangunan.
Masjid Tannaim |
Miqat Tannaim |
8.08
pagi, sampai di masjid Tannaim. Yang berjarak 7
km dari Masjidil Haram. Para jemaah terus masuk
ke dalam masjid. Melakukan solat sunat
dan berniat Umrah. Sempat juga solat hajat. Seterusnya mencari sudut
fotografi untuk kenang-kenangan. Di luar masjid, penjaja-penjaja pula sibuk
menawarkan pelbagai barangan.
Masjid Tannaim dikenali juga
sebagai masjid Siti Aisyah. Susulan dari Siti Aisyah melakukan
miqat Umrah di masjid ini, atas arahan Rasulullah SAW.
Siti Aisyah semasa itu hanya melakukan ibadat
Haji tanpa Umrah kerana kebetulan didatangi haid.
Diriwayatkan
juga, semasa perjuangan Nabi SAW. Dua sahabat baginda, Zaid
bin ad-Datsinnah dan Hubaib bin Adiy menjadi
pengintip di Mekah. Malangnya,
kedua-duanya ditangkap. Mereka dipaksa
untuk kembali ke ugama asal. Namun mereka menolak. Akhirnya mereka disiksa dan
dibunuh.
Zaid bin Datsinnah telah dibunuh di Tannaim oleh Umayyah bin Khalaf.
Beliau rela mati demi mempertahan akidah Islamiyah serta kecintaannya
terhadap Rasulullah SAW. Hinggakan Abu Sufyan merasa hairan dan kagum. “Aku belum pernah
melihat orang yang mencintai seseorang seperti cintanya sahabat-sahabat Muhammad.”
Demikian masjid Tannaim, dari
dahulu hingga sekarang menjadi tumpuan ribuan Jemaah. Masjid
terpaksa dibina semula oleh Raja Fahad bin Abdul Aziz.
Melibatkan kira-kira 100 juta riyal. Keluasan masjid menjadi lebih kurang 6000 meter persegi. Dilengkapi dengan
berbagai kemudahan. Antaranya parkir, tempat wuduk dan toilet.
8.44
pagi, bertolak sambil bertalbiah. 8.48 pagi, jalan menjadi sesak. Banyak
kenderaan keluar dan masuk ke Tannaim. Suasana menjadi riuh-rendah dengan
bunyi deruan enjin. Kadang-kadang sambut-bersambut dengan bunyi hon kenderaan.
Berdoa |
Kedamaian Hati
|
Mencari ketenangan |
8.55
pagi, masuk Tanah Haram. Uztaz membaca doa.
Diaminkan oleh para jemaah. 9.11 pagi, masuk terowong
Alsouq Alsagheer, di bawah dataran Masjidil
Haram. 9.15 pagi, sampai di hotel Al Maqam.
Terus naik bilik 1006. Saat ini perlu
berhati-hati untuk tidak melanggar 13 pantang larang.
Doa masuk Tanah Haram
اَللهُمَّ
هذَاحَرَمُكَ وَأَمْنُكَ فَحَرِّمْ لَحْمِىْ وَدَمِىْ وَشَعْرِىْ وَبَشَْ عَلَى
النَّارِ
وَاَمِنِّىْ مِنْ عَذَابِكَ يَوْمَ تَبْعَثُ
عِبَادَكَ وَاجْعَلْنِيْ مِنْ أَوْلِيَائِكَ وَأَهْلِ طَاعَتِكَرِى
Ya Allah, kota ini adalah Tanah Haram-Mu dan
tempat yang aman-Mu, maka hindarkanlah daging, rambut dan kulitku dari neraka.
Dan selamatkan diriku dari siksa-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali
hamba-Mu, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang selalu dekat dan taat
kepada-Mu.
|
Sehati |
Rasa Kebersamaan |
Laluan Kesejahteraan |
9.41
pagi, menunggu di lobi. 9.18 pagi, bersama-sama keluarga
Adis menyusuri dataran. Kemudian masuk pintu 89 Masjidil
Haram. Lalu menyimpan selipar di rak 31-G. 9.53 pagi, baru turun ke
dataran ka’bah melalui tangga King Abdul Aziz.
9.56 pagi, niat Tawaf di Hajarul Aswad. Seterusnya melakukan tawaf 7 pusingan.
Jejak Laluan |
Mendamba Jiwa |
Dalam Kehambaan |
Hajarul Aswad |
Jemaah
semakin ramai. Ramai juga yang berhenti untuk lambaian dan kucupan. Akibatnya,
kesesakan berlaku di Hajarul Aswad. Ada yang
keluar dan ada yang masuk, bagaikan bertali arus. Tolak-menolak berlaku. Malah berebut-rebut
untuk mengucup Hajarul Aswad.
Abdi Diri |
Memanjat Doa |
Memohon Hajat |
Hajarul Aswad hanyalah batu. Berasal dari syurga. Yang mula-mula ditemui oleh Nabi Ismail. Lalu Nabi
Ibrahim meletakkannya di Baitullah.
Dikatakan dulunya batu ini seputih salju. Bersinar dengan terangnya. Hingga
menerangi seluruh jazirah Arab.
Ka'bah |
Lambaian Ka'bah |
Naungan Ka'bah |
Namun
sinarnya semakin malap. Akhirnya berwarna hitam, kerana dosa manusia.
Sebaliknya makin ramai pula para jemaah berebut-rebut untuk menciumnya. Lalu untuk
memudahkan para jemaah menciumnya, Hajar Aswad
tersebut diletak di sisi luar Ka’bah. Yang mana
di kawal oleh petugas keamanan.
Hadis Riwayat Ahmad
Rasulullah
SAW bersabda, “Hajarul Aswad adalah batu dari syurga. Batu tersebut lebih
putih dari salju. Dosa orang-orang musyriklah yang membuatnya menjadi hitam.”
|
Hadis Riwayat Tirmidzi
Rasulullah
SAW bersabda, “Demi Allah, Allah akan mengutus batu tersebut pada hari kiamat
dan ia memiliki dua mata yang bisa melihat, memiliki lisan yang bisa
berbicara dan akan menjadi saksi bagi siapa yang benar-benar menyentuhnya.”
|
Post a Comment