HARI KETUJUH 13 DISEMBER 2016 (2)
Masjidil Haram - Rukun Hajaratul Aswad - Hotel Maqam
Demikian Rukun Hajarul Aswad menjadi keutamaan. Di mana terletaknya Maqam Ibrahim AS
dan Hajarul Aswad. Justeru para jemaah disunatkan
mencium atau mengusap Hajarul Aswad. Malah
boleh melambai serta mengucup dari jauh.
Equilibrium Of The Earth |
Arah Kiblat |
Sebaliknya
Rukun Yamani hanya sejajar dengan Rukun Hajarul Aswad. Jadi memadai mengusap atau
melambai. Kedua-dua rukun ini merupakan sudut Ka’bah
di bahagian timur. Yang menghadap ke
negeri Yaman.
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA
“Bahwa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah
lalu diusapnya Hajarul Aswad sambil membaca
Bismillah Wallahu Akbar.”
|
Hadis Riwayat Siti Aisyah RA
Rasulullah SAW bersabda, “Nikmatilah (peganglah) Hajarul
Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan
setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum
kiamat.”
|
Menurut Ibnu Umar,
menyentuh Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad dapat menghapuskan
kesalahan-kesalahan. Namun, Jabir bin Zaid mengingatkan para jamaah agar tidak
berdesak-desakan untuk mencapainya.
Hadis Riwayat Ibnu Umar RA
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya mengusap kedua-duanya, Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dapat menghapuskan dosa-dosa."
|
Hajarul Aswad |
Kucupan Hajarul Aswad |
Berebut-Rebut |
Para wanita sebenarnya tidak digalakkan. Menurut Aisyah, ‘’Apa perlunya bagi kaum wanita, dan apa perlunya memegang rukun Yamani? Biarkanlah berlalu.’’ Namun para wanita terutama dari Turki dan Pakistan turut bersesak-sesak dengan jemaah lelaki. Berebut-rebut dan tolak-menolak untuk menyentuh sudut Ka’bah ini.
Selain
menghapuskan dosa-dosa, Rukun Yamani juga memiliki keutamaan yang lain. Menurut
Ibnu Abbas, pada sudut Ka’bah
itu terdapat seorang malaikat yang mengucapkan, ‘’Aamiin’’.
Dua rukun
lagi, Rukun Syami dan Rukun
Iraqi tidak memiliki apa-apa keistimewan. Para jemaah hanya sekadar
melintasi. Lalu membaca doa. Kerana memiliki dua keutamaan, Rukun Hajarul Aswad menjadi tempat permulaan dan
tempat pengakhiran Tawaf.
Mengikut
sejarah, permulaan Tawaf telah ditentukan oleh Nabi Ibrahim AS. Yang meletakkan batu Hajarul Aswad di sudut timur Ka’bah.
Sebagai tanda permulaan Tawaf.
Diceritakan,
Hajarul Aswad pernah dicuri oleh Abu Tahir dari puak Qaramitah
pada tahun 930. Selama 22 tahun Ka’bah tanpa Hajarul Aswad. Selepas kematiannya, penggantinya Sanbur bin Hasan Al-Qurmuthi memulangkan semula batu
itu, dengan bayaran 50 ribu dinar.
Hajarul Aswad asalnya 1 bongkah. Namun pecah kepada 8 bongkah. Akibat pukulan
pahat seorang pengikut Hakim Al-Abinah dari Bani Fatimiyah. Akhirnya batu-batu itu disusun dan
dilekatkan atas arahan Raja Saudi Abdul Rahman
Al-Faizal.
Ketika Tawaf, tiba-tiba Kakcik
call. Gembira dan terharu.
Bagaimanapun bersetuju untuk Sai bersama-sama.
Selepas solat sunat Tawaf, minum air zamzam, iaitu sebaik-baik air. Kamudian mencari
tempat untuk solat Zohor.
Riwayat Adis Ibnu Abbas RA
Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan
dan penawar bagi penyakit.''
|
12.15
pagi, azan berkumandang. Serterusnya solat Zohor bersendirian. Lepas solat terus mencari pintu. Pintu 92 ditutup. 12.43 pagi, keluar melalui pintu 89. 1.14 pagi, lunch di tingkat M.
Sempat membayar dam 5 riyal kepada petugas Rayhar,
kerana gugurnya sehelai alis mata. Harga pantang larang sebelum selesai saie dan tahlul.
1.54 tengah
hari, turun ke dataran bersama Adis family.
Kemudian masuk pintu 94. 2.00 petang, Aram Dd menunggu berdekatan pintu King Abdul Aziz. Adis family yang
lain pergi Tawaf. 2.47 petang, baru selesai Tawaf. 3.19 petang, azan Asar berkumandang. Lalu solat Asar
bersebelahan Ayahde.
Bukit Safa |
Saie Umrah |
4.00
petang, mengerjakan Sai bersama-sama. 4.52
petang, baru selesai Sai. Kemudiannya bertahlul. 5.01 petang, naik tangga King Abdul Aziz. Mencari pintu
89 untuk keluar dari Masjid. Lalu menyusuri seluas dataran. Kemudian bersesak-sesak pulang ke hotel Maqam.
Laluan Saie |
Berulang-Alik |
Bukit Marwah |
Demikian,
Bukit Shafa dan Bukit
Marwah berjarak sekitar 450 meter. Menjadi salah satu dari rukun Haji dan rukun Umrah.
Kedua-dua bukit ini menjadi saksi
sejarah. Bagaimana seorang ibu berkorban untuk menyelamatkan anaknya dari
kehausan.
Mengikut
sejarah, Siti
Hajar dan anaknya Ismail ditinggalkan
oleh Nabi Ibrahim AS. Namun Siti Hajar gembira kerana menerima perintah dari Allah SWT. Lalu Nabi Ibrahim memasrahkan
segalanya kepada Allah SWT dan berdoa.
Surah Ibrahim, Ayat 37
Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan
sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat
rumah Engkau (Baitullah)
yang dihormati
|
Ditinggalkan
dengan hanya sedikit bekalan makanan dan air minuman. Akhirnya kehabisan
bekalan. Lebih-lebih lagi susu badan Siti Hajar makin
berkurangan. Lalu Siti Hajar terpaksa beriktiar
mencari air dari bukit ke bukit. Meninjau dari lembah ke lembah.
Berulang-Alik |
Mencari Sumber Air |
Tanpa
disedari, Siti Hajar sebenarnya telah
berulang-alik antara dua bukit. Semata-mata untuk mencari sumber air antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Perlakuan Siti Hajar
berlari antara dua bukit adalah
tanda pengorbanan besar seorang ibu untuk anaknya. Jadi Sai lebih merupakan manifestasi perngorbanan seorang ibu.
5.41
petang, solat Maghrib. Kemudiannya keluar ikut laluan yang sama. Sama-sama
bersesak dengan para jemaah. Lalu hanyut dalam kesesakan hingga ke hotel Maqam. 5.53 petang, naik lif ke tingkat 10.
Kemudian masuk bilik 1006 untuk berehat.
Dari Dataran |
Celah-Mencelah |
Laluan Hotel Maqam |
6.53
petang, turun semula ke dataran. Masih bersesak-sesak di pintu King Fahd. 7.11 malam, azan Isyak berkumandang. Bergema dan begitu syahdu. 7.24
malam, solat sunat. Seterusnya diikuti solat Isyak. Selepas itu terpaksa celah-mencelah
hinggalah ke hotel.
Royal Clock Tower |
Kompleks Abraj Al Bait |
Dataran Masjid |
7. 24
malam, saperti biasa dinner di tingkat M. Bersama-sama Adis Family. 7.40 malam, turun semula. menyusuri dataran. Masuk Abraj Al Bait, shopping mall. Sekadar window shopping. Terasa seronok apabila bersama dengan para jemaah yang lain. The more the merrier.
8.46 malam, turun dari kompleks Abraj Al Bait. Menyusuri jalan pulang , sambil menikmati keindahan kota Mekah. Sampai di hotel, terpaksa membeli ubat Jos Pan dari kedai farmasi. Bersebelahan hotel Maqam. Malam ini tidur tak berapa lena kerana terganggu oleh batuk.
8.46 malam, turun dari kompleks Abraj Al Bait. Menyusuri jalan pulang , sambil menikmati keindahan kota Mekah. Sampai di hotel, terpaksa membeli ubat Jos Pan dari kedai farmasi. Bersebelahan hotel Maqam. Malam ini tidur tak berapa lena kerana terganggu oleh batuk.
Post a Comment