HARI KEEMPAT 10 DISEMBER 2016 (2)
Masjid Bir Ali - Wadi Qudaid - Hotel Al Maqam
- Masjidil Haram
Masjid Al Haram |
Keluasannya masjid kira-kira 26 meter. Termasuk ruang terbuka di dalamnya. 34 ribu meter terdiri dari jalan-jalan, parking lot dan astaka. Masjid ini juga dilengkapi dengan 512 toilet dan 566 kamar mandi. Antaranya dikhususkan untuk jemaah yang kurang upaya.
Dari Jerndela |
Dalam Perjalanan |
12.16 pagi, meneruskan perjalanan. Kira-kira 450 km lagi ke Tanah Haram. Sepanjang perjalanan, hanya melepaskan pandangan dari jendela bas. Tiada kelihatan rimbunan hijau. Hanya dataran gersang yang seluas mata memandang. Dipinggiri bukit-bukit batu yang kaku dan pilu.
Wadi Qudaid |
2.33 petang, tidak sedar bas berhenti di Wadi Qudaid, hentian rehat. Lebih kurang 100 km lagi
ke Mekah. Demikian, lembah
Qudaid menyimpan kisah mukjizat Rasulullah SAW.
Penghijrahan dari Kota Mekah ke Madinah tanpa bekalan yang mencukupi. Lalu terjadi a
gift of miracle.
Di sinilah terjadinya peristiwa yang luar biasa. Ketika Rasulullah SAW bersama rombongannya singgah di rumah Ummu Muabbad. Rasulullah SAW ingin membeli daging dan kurma. Kebetulan tiada apa yang dapat di tawarkan oleh Ummu Muabad.
Dia hanya memiliki seekor kambing betina yang tua dan kurus. Namun Rasulullah SAW meminta izin untuk memerah susu kambing itu. Dengan rasa kehairanan, Ummu Muabbad mempersilakan Baginda untuk memerah susu kambingnya
Tanpa disangka-sangka, dari kambing yang kurus itu Rasulullah SAW berhasil mendapatkan susu yang cukup untuk rombongannya. Malah, Ummu Muabbad pun mendapatkan susu yang melimpah-limpah.
Semeja Sehidangan |
2.42 petang, ambil wuduk. Kemudian terus ke masjid untuk solat takdim dan qasar. 2.55 petang, lunch bersama keluaga Adis. Makan semeja satu hidangan. Agak berselera juga. Mungkin, kadang-kadang keletihan membuat kita rasa berselera.
Jejak Wadi Qudaid |
3.31 petang, naik bas. Masing-masing nampak ceria, dan bertenaga. Seterusnya bas bergerak. Lalu memasuki sempadan Kota Mekah. Diiringi talbiah dari Group SV07, melaung dengan penuh kesayuan. Seiring dengan bunyi deruan bas.
Ù„َبَّÙŠْÙƒَ اَللّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ , Ù„َبَّÙŠْÙƒَ لاَØ´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ ,
Ø¥ِÙ†َّ اْÙ„ØَÙ…ْدَ ÙˆَالنِّعْÙ…َØ©َ , Ù„َÙƒَ ÙˆَالْÙ…ُÙ„ْÙƒُ لاَØ´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ.
"Labbaik Allahumma labbaik, labbaika laa syariika laka labbaik, innal hamda wanni’mata, laka wal mulk, laa syariika lak."
“Aku penuhi panggilan-Mu Ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala kekuasaan hanyalah untuk-Mu, tiada sekutu bagi-Mu”
|
4.02 petang, dari jauh kelihatan sayup-sayup
Jam Menara Diraja. Yang menjadi mercu tanda Kota Mekah.
4.15 petang, semakin hampir. Lalu uztaz membaca doa untuk memasuki Tanah Haram. Seterusnya diaminkan oleh group SV07.
Hotel Al Maqam |
4.47 petang, lampu-lampu jalan sudah pun dinyalakan. 4.54 petang, terpaksa melalui pemeriksaan polis. 4.55 petang, memasuki
terowong Alsouq Alsaheer, di bawah dataran Masjidil Haram. 501 petang, baru sampai di hotel Al Maqam, di Jalan King Abdul Aziz. Bersebelahan dengan hotel Al Massa. Seterusnya naik ke tingkat M untuk menerima kunci bilik.
5.34 petang, naik lif. Dd Aram dan Ayahde masuk bilik 1006. Manakala Umi, Antiya dan Kakcik bilik 1102. 5.39 petang, azan Asar dari Masjidil Haram bergema, dibawa angin senja. Turun ke dataran. Masuk dalam masjid. Terasa sayu dan syahdu melihat Ka'bah dari jauh. 6.04 petang, balik ke hotel. Berehat, menyimpan tenaga untuk tawaf Umrah malam ini.
8.24 malam, berkumpul bersama Group SV07 di dataran. Bersesak-sesak. Kemudian masuk Masjidil Haram untuk Tawaf Umrah. Diketuai oleh Uztaz. Kemudian turun tangga King Fahd, bersetentangan dengan Rukun Yamani.
Jelas kelihatan Ka’bah.
Begitu hampir sekali. Tiada kata diucap. Hanya debaran perasaan. Terharu dan
sayu, Benarkah diri ini “Ad-Dyuyoof Ar-Rahman”?
Tiba-tiba diselimuti rasa kehambaan dan keinsafan. Ya Allah, kami benar-benar menyaksi dan kami benar-benar
merasai Kebesaran Mu.
"Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, keagungan, kehormatan dan wibawa pada Baik (Ka'bah) ini. Dan tambahkanlah pula pada orang-orang yang memuliakan, mengagungkan, menghormatinya diantara mereka yang berhaji atau yang berumrah dengan kemuliaan, keagungan, kehormatan, dan kebaikan."
|
Ya Allah, aku hendak melakukan Tawaf Baitullahil Haram tujuh keliling Tawaf Umrah kerana Allah Taala.
|
Berdoa |
9.24
malam, selesai Tawaf. 9.36 malam, solat sunat Tawaf dan solat hajat. Lepas tu
minum air zamzam. Seterusnya naik tangga King Fahd. Kemudian Group SV07 bersama
Uztaz naik Bukit Safa melalui Bab Safa.
Selepas Tawaf |
Naungan Kabah |
Lepas Sai |
Seterusnya membaca doa sambil melihat Ka’bah. Berjalan 7 kali berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Sampai di lampu hijau yang lelaki berlari-lari anak.
“Ya Allah,
aku mengerjakan Saie antara Safa dan Marwa sebanyak 7 kali kerana Allah Ta’ala.”
|
Selepas Tahalul |
10.28 malam, baru selesai Sai. Berakhir di Bukit Marwah. Hilang rasa letih apabila dilakukan beramai-ramai. 10.34 malam, berTahalul. Syukur Alhamdulillah, bebas dari 13 pantang larang. 10.56 malam, duduk berehat selepas Tahalul.
"Ya Allah berilah keampunan kepada orang-orang yang
bercukur dan kepada orang-orang yang bergunting."
11.47
malam, keluar dari Masjidil Haram. Di dataran agak lega sedikit. Tidak seramai mula-mula masuk ke dataran.
Masing-masing hanyut dalam menikmati suasana malam yang begitu indah. Cahaya
dari Masjidil Haram dan hotel As safa menerangi dataran.
Bagaikan Penunggu |
Royal Clock Tower |
Kelihatan jam besar atau Royal Clock Tower di kompleks Abraj Al Bait. Tersergam bagaikan penunggu Masjidil Haram. Menjadi mercu tanda, yang dapat dilihat sejauh 17 km. Namun di sebaliknya, kompleks ini menjadi pertikaian. Ianya bagai menenggelamkan ‘kebesaran’ Ka’bah.
Kompleks yang sebesar dan setinggi 601 meter. Memiliki menara setinggi 743 meter. Menjadikannya bangunan menara jam terbesar di dunia. Mengalahkan "Big Ben" di London. Malah menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.
Celah-Mencelah |
Kesesakan Dataran |
12.04 malam, menyusuri laluan ke hotel Maqam. Kadang-kadang terpaksa celah-mencelah, terutama dekat dengan hotel di atas terowong Alsouq Alsaheer. Yang menjadi laluan bas dan teksi. 12.17 malam, naik lif ke tingkat 10. Masuk bilik 1006. Tanpa mukadimah, Dd Aram dan Ayahde terus tidur. Sleep like a log.
Post a Comment