HARI KELIMA : 7
APRIL 2019 (1)
Hotel Asian Park -
Sheikh Ul-Alam International Airport
- Indira Ghandi International Airport
(Di Mata Berlalu Namun Di
Jiwa Merindu)
Asian Park |
4 Bintang |
5.48 pagi, terbangun tetapi masih baring-baring.
Pagi ini terasa benar dingin, walaupun aircon off sepanjang malam. Jadi
terpaksa mandi air panas dari silinder Shamson. Bagaimanapun bilik 207 benar-benar memberi keselesaan. Lalu lena dengan
mimpi percintaan di Lembah Aru. Walaupun “di mata berlalu namun di jiwa merindu”.
Breakfast |
Hotel Deco |
Terasa segar dan bertenaga. Bersedia untuk
meneruskan kembara di bumi “Switzerland of India”.
7.14 pagi, turun lif untuk breakfast tetapi “di mata enak di mulut jelak”,
tak terliur. Bagaimanapun terpaksa makan untuk mengelakkan gastrik. 7.46 pagi,
mencari sudut-sudut fotogarfi di perkarangan hotel. Namun keluasan hotel
agak terhad.
Lobi Hotel |
Smile A Mile |
Naik lif semula. Membuat last check
dalam bilik. Kemudian menunggu time departure di lobi. Inilah kesempatan
untuk perkongsian pengalaman. Dramatic journey of yesterday’s memory. Tiba-tiba En. Shan masuk memberi isyarat, Toyota
Innova ready for the road. Masing-masing masuk kereta sewa. 8.59
pagi, baru bertolak. Sayonara Asian Park.
All Along |
Kejiranan Tradisi |
Jalan agak lengang. Namun hon Manzoor telah memulakan battle of the horn di Jalan Muniwarabad. Bagaimana jalan mula menjadi sesak
di simpang, kerana tiada sistem tarffic light. Siapa yang paling panjang
dan kuat bunyi hon pergi dahulu. Hanya yang berani menguasai jalan raya.
Rupa-rupanya hon dapat mengawal dan memudahkan perjalanan
Kempen Undi |
Election Commission |
9.07 pagi, naik flyover. Banners merah
menghiasi sepanjang flyover. Kempen untuk election commission of
India telah bermula dengan slogan “trusworthy voting”, tetapi diragukan.
Sejauh mana ianya walk the talk. Kadang-kadang dunia politik penuh dengan
political rhetoric dan political myth.
"No Problem" |
Kesesakan |
Bagaimanapun dalam keadaan sesak dan
bersimpang-siur Manzoor dapat memboloskan diri.
Sabas dan salut untuk Manzoor. Cekap menjangka
dan tangkas bertindak. Ungkapannya, “no problem”, menjadi popular sepanjang
perjalanan. Malah hon sentiasa di tangan kirinya untuk memecut.
Di sepanjang jalan tentera berkawal. Menjadi
phenomena biasa bagi penduduk Kashmir. Demikian juga bersesak-sesak sudah menjadi lumrah kehidupan. Malah bising bunyi hon sudah menjadi halwa telinga. 9.17 pagi, melintasi International Islamic
School. 9.24 pagi, masuk pagar airport
yang juga dikawal tentera.
GoAir G8129 |
Sheikh UI-Alam Airport |
Terpaksa melalui pemeriksaan imigrisen oleh
tentera. 9.28 pagi, keluar dari kawalan tentera. 9.31 pagi, sampai di airport.
Goodbye and thank you Manzoor, kerana
khidmat yang cemerlang. Layak sebagai first
class driver. 9.35 pagi, mendengar taklimat dari Latif.
Kemudian beratur untuk masuk pintu Sheikh Ul-Alam
International Airport.
Pintu dikawal oleh CRPF,
Peace Keeper Of The Nation. 9.45 pagi, melalui imigresen untuk security
check. 9.25 pagi, berkumpul di foreigner registration Counter.
Beberapa orang askar berkawal. “No photo shot”, selalu diperingatkan oleh home tour leader En. Sani.
9.56 pagi, beratur untuk check in
bagasi. 10.04 pagi, edaran boarding pas oleh pegawai airport
untuk fliers secara ingroup. 10.07 pagi, baru beratur untuk
pemeriksaan boarding pas. Melalui mesin Rapiscan dan body check.
10.16 pagi, naik eskalator ke dewan menunggu.
Sempat membeli chicken keema roll di
kios Masala Twist. Kemudian duduk berhampiran
Gate 6. Tiba-tiba pengumuman flight delay. Sedikit frust.
Kadang-kadang menjadi anxious of nothingness. 11.44 pagi, akhirnya
beratur untuk boarding pas dan pasport. Kemudian ikut lorong aerobridge
3. 11.47 pagi, pemeriksaan badan dan hand luggage sebelum masuk pintu pesawat.
Take Off |
11.54 pagi duduk di seat 31 B berhampiran toilet.
Saperti biasa dihidangkan dengan demonstrasi keselamatan. 12.15 tengah hari, enjin pesawat bagaikan
mengaum. Kemudian mula bergerak
perlahan-lahan. 12.22 tengah hari, terus bergerak ke landasan take off.
Tiba-tiba memecut. Makin laju, makin naik menongkah udara. Kemudian terus
meluncur ke lebuh raya angkasa.
Post a Comment