Bermalam Di Hotel Vienna 3 bintang adalah satu pengalamam. Walaupun
mimpinya sama, tetapi permulaanya agak berbeza.
Hotel 7 tingkat ini mempunyai 86 bilik. Menyediakan privasi, keselamatan dan
perkhidmatan yang terbaik untuk
pelancong.
Hotel Vienna |
Jakan Shanghai |
Hanya
terletak dalam jarak berjalan kaki ke Solitary Beauty Peak, Stesen Kereta
Api, Li River Cruise, Pusat Dewan
Pameran Antarabangsa, Gunung Nanxi dan Ronghu Lake. Termasuk juga Fubo Shan, Taman Tujuh
Bintang, Folded Brocade Peak, Xishan Park, Bukit Belalai Gajah, Pusat Pameran
Antarabangsa dan Puncak Kecantikan.
Selepas sarapan, kami bersemangat untuk
menjelajah bumi Guilin. Destinasi pertama kami pada pagi ini ialah mengunjungi
Silver Cave di Yangshuo. Terletak di Bandar Maling dalam jajahan Lipu.
Kira-kira 85 km ke selatan pusat bandar Guilin.
Gunung Karst |
Landskap Guilin |
Dalam perjalanan
kami dapat menyaksikan keindahan landskap
semulajadi Guilin. Begitu mempersonakan.
Kadang-kadang kami hanyut dalam kemesraan alam yang bagaikan mengalu-alukan kedatangan
kami.
Akhirnya kami
berada di depan Silver Cave. 1 jam 15 minit perjalanan
terasa singkat, apabila berada dalam keindahan. Di hadapan Silver Cave terdapat dataran
tinjau. Yang memaparkan keindahan. Bagaikan lukisan
alam dengan warna warni semula jadi, yang mempersonakan dan mengasyikkan.
Silver Cave |
Selepas membayar entrance fee kami masuk ke dalam. Inilah gua karst yang tebesar di Guilin. Stalaktit kristal bergantungan di bumbung gua bagaikan bintang Milky Way. Lampu-lampu yang berwarna-warni memancarkan cahaya perak dan sinaran berlian. Benar-benar mengkagumkan.
Kami bagaikan
terleka dalam dalam dunia fantasi landskap
karst. Tidak terasa letih kaki dilangkah dan tidak terasa lelah nafas disedut.
Suasana yang agak lembab dan dingin memberikan keselesaan dalam mendaki dan
menuruni lorong-lorong gua. Lorong-lorong ini berliku-liku memasuki 12 buah bukit.
Sejauh
kira-kira 2.1 km. Ia dianggap sebagai fenomena
yang menakjubkan dari keajaiban alam semula jadi. Kami tidak melepaskan peluang
once in our life time untuk merakam keajaiban
secara dekat. Keunikan Stalaktit dan stalagmit yang membentuk tiang, menara, langsir,
riak tasik, air terjun, awan senja dan kanopi lelangit.
Warna Fantasi |
Diperindahkan lagi dengan lampu
berwarna-warni. Dari pelbagai sudut, di
bumbung di dinding dan di lantai, cahaya yang terpantul dan terbias memberikan
warna fantasi. Menyerlahkan lagi keajaibannya. Bagaikan taman cahaya syurga,
sinarannya dan kilauannya menawan setiap
pandangan dan memaut setiap perasaan.
Menawan Pandangan |
Mengikut Lagenda, semasa
pemerintahan Qing Dinasti Kangxi, seorang
tentera pemberontak yang kalah berlindung di Silver
Cave. Mereka
membawa bersama khazanah yang kekal tersimpan dalam gua. Akhirnya menjadi kepercayaan, bahawa orang yang telah melawat
gua ini akan menjadi kaya. Walaupun
hanya sebuah mitos tetapi ia menarik lebih ramai pengunjung.
Memukau Penglihatan |
Gua ini terbahagi
kepada tiga bahagian: gua atas, dewan besar, dan gua yang lebih rendah.
Berjalan-jalan melalui galeri, melihat
secara dekat keindahan dan merasakan kedinginan stalaktit dan stalagmit.
Pengunjung akan mendalami dan memahami asal-usul nama “Silver Cave” itu. Malah
dapat mengalami kebenarannya.
Stalaktit dan stalgmit di dalam gua boleh
dibahagikan kepada empat jenis mengikut usia: tua, matang, dewasa, dan muda. Yang
tua warna jerami pucat dan yang matang agak
cerah sedikit. Yang dewasa bersinar dengan warna krim, manakala yang berwarna perak lebih muda.
Ahli geologi dari seluruh dunia menerima Silver Cave sebagai khazanah seni karsts. Fanatik atau tidak, keindahanannya pasti akan memukau setiap hati yang merasai. Mempersonakan setiap mata yang menikmati. Bagaikan menyerahkan diri kepada keindahannya, dan menerima hakikat “a thing of beauty is ajoy forever”.
Post a Comment