HARI KE 8, 12 DISEMBER 2015 (5)
"Gule-Gule" Untuk Galata Bridge |
1.45 petang, naik atas jembatan melalui tangga. Di mana
bas sedang menunggu. Udara terasa dingin dengan suhu 7⁰C. Sekali-sekala terasa angin dingin dari muara Golden
Horn, menggigit-gigit. Pedih. 2.21 petang, meneruskan perjalanan. Jalan semakin menurun. Dan kelihatan tram sebelah-menyebelah. Hanya
ucapan “Gule-gule” untuk Galata Bridge.
Dari bas kami terpaksa berjalan kaki ke Grand Bazaar. Bersantai, sambil melalui lorong di celah-celah kedai. Hinggalah sampai ke pintu gerbang pertama. Melihat persekitarannya, seolah-olah Grand Bazaar ini berada di dalam bangunan . Di tepi bazar terdapat banyak kios yang menjual serba aneka barang. Di saat ini kelihatan orang ramai sudah mula berpusu-pusu memasuki Grand Bazaar.
Selepas pemulihan akibat gempa bumi 1894, papan tanda dan paparan windows mula digunakan. Sebelumnya terdapat 29 rumah tumpangan. Tetapi kini hanya 17 masih tinggal. Begtu juga pada mulanya terdapat 5 masjid, 1 sekolah, 7 mata air, 10 telaga, 1 bekas air dan 1 wuduk air pancut. Tetapi hari ini hanya 1 masjid dan 4 mata air yang tinggal.
Tidak hairanlah, 5000 gerai menjadi tumpuan untuk memilih serba anika barangan. Ia dibuka setiap hari antara 9:00 pagi hingga 7.00 malam. Kecuali hari Ahad dan semasa cuti umum, atau agama. Dengan keluasannya 54,653 meter persegi dapat pula memberi ruang untuk 250.000 orang hingga 400.000 orang setiap hari. Kebanyakannya pelancung dari luar negara. Di samping penduduk tempatan dari seluruh pelusuk turki
Selain daripada itu, panorama di persekitarannya. Terutama di atas bumbung. Telah menjadi latar belakang visual unik bagi pembuat filem antarabangsa. Bukan sahaja kerana struktur bangunan lamanya, malah kebudayaan dan sejarah yang pelbagai telah mewarnai keunikan. Yang memberi sentuhan yang menakjubkan.
Penggambaran James Bond, Skyfall telah diadakan di Grand Bazaar. Adegan motosikal berbahaya di atas bumbung Grand Bazaar telah berjaya dilakukan. Dua stuntmen telah melakukan adegan cemas untuk Daniel Craig, selaku James Bond. Tanpa sedikitpun mengalami kemalangan.
Dalam filem Taken 2, persara CIA, Bryan Mills dan isterinya dijadikan tebusan oleh bapa kepada seorang penculik. Untuk membalas dendam kerana kematian anaknya. Penculik telah menyiksa Bryan Mills dan isteri. Episod cemas ini berlaku di atas bumbung Grand Bazaar.
Masjid ini dibina atas perintah Sultan Mahmut I, bermula pada 1748 dan disiapkan oleh penggantinya Sultan Osman III pada tahun 1755. Dua orang Arkitek yang mereka bentuk masjid ini, ialah Mustafa Aga dengan dibantu oleh Simeon Kalfa seorang arkitek minoriti Greek.
Ia dinamakan Masjid Nuruosmaniye, yang bermaksud "Cahaya Osman", selepas Osman III. “Cahaya” pula kerana banyak tingkap yang membolehkan cahaya masuk di dalam dewan masjid. Masjid ini terletak berhampiran pintu masuk ke Grand Bazaar. Dan hanya beberapa meter ke Tiang Constantine dan Masjid bersejarah Gazi Atik Ali Pasha.
Tiang Constantine, juga dikenali sebagai Burnt Pillar. Lajur monumental Roman yang dibina atas arahan Maharaja Rom Constantine pada tahun 330. Manakala Masjid Atik Ali Pasa dibina oleh Sinan. Yang seolah-olah replika Hagia Sophia. Bagaimanapun ia masih merupakan contoh seni bina Uthmaniyah. Dihiasi dengan beberapa seni Islam yang indah. Termasuk kaligrafi dan jubin.
Kedudukan masjid Nuruosmaniye ini di tengah-tengah bangunan kompleks. Yang termasuk madrasah, dapur umum, perpustakaan, kubur, sabil, dan mata air. Selain kedai-kedai di sekitar bangunan. Terasa agak sibuk. Lebih-lebih lagi di laluan pejalan kaki dari CaÄŸaloÄŸlu Meydani dan Nuruosmaniye Caddesi ke Grand Bazaar. Tetapi dikatakan lebih selesa dan aman apabila berada di dalamnya.
Kami terus melangkah ke halaman Masjid Nuruosmaniye. Terasa berada dalam separuh, bulatan. Terdapat dua menara. Masing-masing mempunyai dua balkoni. Ia mempunyai kubah tunggal. Yang dikatakan tiada ruang dalam dewan solat. Tetapi dibesarkan kepada empat gerbang. Yang mempunyai diameter 25 meter dengan ketinggian 43 meter.
Kemudian kami terus ke deretan paip air di tepi masjid untuk berwuduk. Ada yang terpaksa menunggu giliran, kerana air paip tidak mencukupi. Terasa bagaikan ais apabila air mencurah ke tapak tangan. Angin dingin sekali-sekala menyelinap masuk ke kawasan masjid. Menambahkan lagi sejuknya hingga ke tulang hitam.
Peta Dan Pelan Grand Bazaar |
Kelihatan Galata Bridge semakin jauh di belakang.
Akhirnya hilang dari pandangan. 2.47 petang, jalan mula sesak. Dan kenderaan mula bergerak
perlahan-lahan. 2.54 petang, menyusuri daerah Fatih, dan terus ke kawasan Grand Bazaar. Yang disebut Kapalıçarşı yang bererti Covered Bazaar, atau Büyük Çarşı yang bermakna Grand Bazaar.
Grand Bazaar dibina pada pada tahun 1455. Merupakan bazar bertutup yang
terbesar, dan tertua di dunia. Meliputi kawasan
seluas 54,653 meter persegi. Yang dilitupi oleh 20
kubah saduran plumbum. Bazar ini menempatkan hampir 5,000 gerai, yang dihubungi oleh 60 lorong yang berselirat. Menjadi lorong teka-teki yang mengelirukan dan menyesatkan. Empat pintu gerbang menjadi laluan masuk untuk 250,00 hingga 400,000 pengunjung setiap hari. Keramaian dan dan kemeriahan menjadi tarikan yang luar biasa.
Berjalan Kaki Ke Pintu Gerbang Pertama |
Dari bas kami terpaksa berjalan kaki ke Grand Bazaar. Bersantai, sambil melalui lorong di celah-celah kedai. Hinggalah sampai ke pintu gerbang pertama. Melihat persekitarannya, seolah-olah Grand Bazaar ini berada di dalam bangunan . Di tepi bazar terdapat banyak kios yang menjual serba aneka barang. Di saat ini kelihatan orang ramai sudah mula berpusu-pusu memasuki Grand Bazaar.
Mengikut sejarah, bazar ini telah menjadi pusat
perdagangan. Yang penting sejak 1461 lagi. Terdiri daripada bumbung melengkung dengan dua bangunan
berkubah. Yang mana mula-mula sekali dibina di antara 1455 dan 1461. Dibina atas perintah Sultan Ahmed Al-Fatih, selepas menakluki Konstantinopel. Di sekitar bangunan lama Byzantine yang menjadi
sebahagian daripada Old Bedesten (Bazaar Lama) hari ini,
Bazar ini diperbesarkan pada abad
ke-16. Semasa pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni. Dan pada tahun 1894 telah
menjalani pemulihan besar-besaran akibat gempa bumi. Ia berkembang menjadi lebih besar. Dan
lebih luas sepanjang abad, dengan tambahan beberapa bahagian. Termasuk rumah
penginapan. Pada mulanya terdiri daripada dua gudang sahaja. Yang dikenali
sebagai Cevahir Bedesten dan Sandal Bedesten.
Hanya Terdiri Daripada Batu, Batu Bata Dan Kayu |
Pada awal pembangunan, Grand Bazaar
hanya terdiri dari batu, batu bata, dan kayu. Kini sepenuhnya dibina daripada batu dan batu bata. Bata telah digunakan
untuk gerbang berkubah. Batu-batu bongkah yang dipotong telah digunakan pada
pangkal gerbang. Dan dindingnya pula telah dibina daripada batu bata atau
batu.
Bangunan tertua adalah Cevahir atau İç Bedesten. Bangunan
kedua tertua adalah Sandal Bedesten. Kedua-dua bazar adalah contoh
tipikal seni bina Uthmaniyah klasik. Cevahir Bedesten, pada mulanya dibina
untuk perdagangan kain. Yang dipisahkan daripada yang lain oleh empat pintu. Kemudian
berkembang menjadi pasaran untuk emas dan batu permata. Di tengah-tengahnya
pula menempatkan sebuah bank.
Sekarang Grand Bazaar
mencapai keluasannya. Selepas lorong-lorong terbuka ditutup dengan
bumbung berkubah. Manakala bangunan-bangunan yang berasingan disambungkan antara
satu sama lain. Di samping memasukkan Rumah-rumah tumpangan atau "Han" ke dalamnya. Rumah penginapan
ini terdiri daripada bangunan dua atau tiga tingkat, yang mempunyai sejarahnya
tersendiri.
"Han", nama Turki untuk
penginapan pengembara di zaman pertengahan. Atau karavan yang datang melalui luluan
sutera. Hans yang tersembunyi boleh ditemui di sepanjang bazar. Ditandai dengan
nama-nama kecil di depan lorong dan pintu. Kebanyakannya terletak berhampiran
dinding luar. Boleh dimasuki melalui lorong-lorong sempit yang agak tersembunyi.
Sesetengahnya tidak diselenggarakan dengan
baik. Ada yang tidak lagi berfungsi sebagai penginapan. Walau bagaimanapun masih
lagi mengekal struktur lamanya untuk
mengembalikan nostaligia zaman pertengahan. Menyediakan sudut cafe, kedai roti
dan kedai gunting rambut. Yang
ditinggalkan pula dijadikan bengkel pertukangan tradisional.
Hanya 4 Pancuran Yang Tinggal |
Selepas pemulihan akibat gempa bumi 1894, papan tanda dan paparan windows mula digunakan. Sebelumnya terdapat 29 rumah tumpangan. Tetapi kini hanya 17 masih tinggal. Begtu juga pada mulanya terdapat 5 masjid, 1 sekolah, 7 mata air, 10 telaga, 1 bekas air dan 1 wuduk air pancut. Tetapi hari ini hanya 1 masjid dan 4 mata air yang tinggal.
Melangkah sahaja ke dalam Grand Bazaar, kami terus
menjelajah lorong demi lorong. Yang bagaikan berselirat dengan gerai-gerai yang
beranika jenis. Orang ramai pula bagaikan bertali arus. Kadang-kadang bersentuh
bahu. Bagaimanapun kami terpaksa berjalan dalam beberapa kumpulan kerana
bimbang tersesat. Nasib baik lorong-lorong disusun mengikut pelan grid. Dan kedai-kedai pula dikumpulkan
mengikut jenis barangan.
250,000 Hingga 400,00 Orang Setiap Hari |
Tidak hairanlah, 5000 gerai menjadi tumpuan untuk memilih serba anika barangan. Ia dibuka setiap hari antara 9:00 pagi hingga 7.00 malam. Kecuali hari Ahad dan semasa cuti umum, atau agama. Dengan keluasannya 54,653 meter persegi dapat pula memberi ruang untuk 250.000 orang hingga 400.000 orang setiap hari. Kebanyakannya pelancung dari luar negara. Di samping penduduk tempatan dari seluruh pelusuk turki
Barangan yang dijual pada awalnya
hanyalah barangan tekstile. Kemudian pada awal abad ke 17, pasar ini mula berkembang. Dan menjadi terkenal di wilayah Mediteranian. Bahkan, hingga pertengahan abad ke
19, kualiti dan kuantiti barangan yang dijual di pasar ini tidak dapat ditandingi
di seluruh Eropah.
5,000 Gerai Menjadi Tumpuan |
Kebanyakannya
daripada barangan khas turki. Terdapat karpet dengan berbagai macam bentuk dan ukuran,
pashmina dan pakaian muslim. Terdapat juga tas, sandal, sarung bantal, alas meja, sulaman,
barangan dari seramik, aneka jenis lampu. Termasuk berbagai macam aksesoris siap pakai, alatan
eletrik dan perabot, barangan tembaga. Selainnya manik tasbih, senjata
bertatah, lukisan khat, cermin, paip
air dan sebagainya.
Dahulunya
barangan direka dan dibuat sendiri oleh peniaga. Tetapi malangnya
pembuat selimut, selipar, serban dan tarbus tidak wujud lagi. Selain itu, semua barangan yang dibuat daripada
kain, mangkok, dan lampu mempunyai sentuhan tradisi. Atau motif khas Turki dan unsur-unsur
islamik. Warna dan bentuk lakaran melambangkan tradisi unik Turki. Setiap
ciptaan itu mempunyai sejarahnya tersendiri, yang mewakili zamannya.
Gerai-Gerai Dikumpulkan Mengikut Barangan |
Selain
aksesoris khas turki, terdapat lorong-lorong yang khusus menjual barangan kulit. Antaranya jaket, dompet, dan tas. Ada juga lorong perhiasan, lorong bumbu dan rempah.
Termasuk juga makanan terutama turkish
delight, dan aneka jenis teh. Terutamanya apple
tea serta kopi khas Turki. Berbagai aneka manisan juga terdapat di
sini, terutama baklava,
Semuanya dibungkus dengan kemas untuk dijadikan ole-ole.
Tidak dapat ditandingi Seluruh Eropah |
Di bahagian tengah Grand
Bazaar ada kawasan yang bernama Cevahir Bedesten. Kalau dilihat dari atas, kawasan
ini adalah di bawah kubah yang paling tengah. Pentingnya Cevahir Bedesten ini adalah kerana menempatkan barangan
yang bernilai. Terutamanya emas dan batu permata. Termasuk juga barangan antik yang unik. Antaranya syiling lama, jam
tangan, guci, lampu aladin, kaki lilin dan sebagainya.
Tersembunyi Bengkel Pertukangan Tradisional |
Bagaimanapun terdapat lorong-lorong
yang tidak menjadi laluan pelancungan. Malah jarang sekali diterokai. Lorong-lorong ini menyimpan berbagai
kisah kehidupan silamnya. Di satu sudut, rumah tumpangan yang telah
ditinggalkan, tersembunyi bengkel pertukangan
tradisional. Tukang konvensional masih lagi meneruskan kerja yang diwarisi turun
temurun. Kerja-kerja melebur emas dan gangsa untuk membuat barangan kemas dan hiasan,
Kini Grand Bazaar
menjadi satu destinasi pelancongan yang paling penting. Dan paling popular. Di samping
barangannya, lokasinya begitu strategik.
Seni bina silamnya begitu menarik. Dan sejarahnya pula berabad-abad lamanya. Hinggakan kemasyhurannya melangkaui masa. Dan merentasi pelusuk dunia.
Selain daripada itu, panorama di persekitarannya. Terutama di atas bumbung. Telah menjadi latar belakang visual unik bagi pembuat filem antarabangsa. Bukan sahaja kerana struktur bangunan lamanya, malah kebudayaan dan sejarah yang pelbagai telah mewarnai keunikan. Yang memberi sentuhan yang menakjubkan.
Adegan Motosikal Berbahaya Di Atas Bumbung |
Penggambaran James Bond, Skyfall telah diadakan di Grand Bazaar. Adegan motosikal berbahaya di atas bumbung Grand Bazaar telah berjaya dilakukan. Dua stuntmen telah melakukan adegan cemas untuk Daniel Craig, selaku James Bond. Tanpa sedikitpun mengalami kemalangan.
Episod Cemas Berlaku Di Atas Bumbung |
Dalam filem Taken 2, persara CIA, Bryan Mills dan isterinya dijadikan tebusan oleh bapa kepada seorang penculik. Untuk membalas dendam kerana kematian anaknya. Penculik telah menyiksa Bryan Mills dan isteri. Episod cemas ini berlaku di atas bumbung Grand Bazaar.
Akhirnya 2.56 petang, kami keluar melalui pintu gerbang bazar. Melangkah ke masjid Nuruosmaniye. Hanya lebih kurang 10 langkah daripada pintu Grand Bazaar. Orang ramai kelihatan sudah berada di sekitar kawasan masjid. Agak sesak juga. Memang strategik kedudukan masjid. Lebih-lebih lagi terletak di laluan utama ke bazar.
"Nuruosmaniye" Bermaksud "Cahaya Osman" |
Masjid Nuruosmaniye, terletak dalam kejiranan Çemberlitas di daerah Fatih di Istanbul. Dianggap sebagai salah satu contoh terbaik masjid dalam gaya seni arkitektur Uthmaniyah. Ia dibina di salah satu daripada tujuh bukit di Istanbul. Bukit yang dulu menjadi benteng semulajadi. Kini melatari keindahan Bumi Istanbul.
Contoh Terbaik Gaya seni Arkitektur Uthmaniyah |
Ia dinamakan Masjid Nuruosmaniye, yang bermaksud "Cahaya Osman", selepas Osman III. “Cahaya” pula kerana banyak tingkap yang membolehkan cahaya masuk di dalam dewan masjid. Masjid ini terletak berhampiran pintu masuk ke Grand Bazaar. Dan hanya beberapa meter ke Tiang Constantine dan Masjid bersejarah Gazi Atik Ali Pasha.
Yang dibina Oleh Maharajah Rom Constantine |
Tiang Constantine, juga dikenali sebagai Burnt Pillar. Lajur monumental Roman yang dibina atas arahan Maharaja Rom Constantine pada tahun 330. Manakala Masjid Atik Ali Pasa dibina oleh Sinan. Yang seolah-olah replika Hagia Sophia. Bagaimanapun ia masih merupakan contoh seni bina Uthmaniyah. Dihiasi dengan beberapa seni Islam yang indah. Termasuk kaligrafi dan jubin.
Atik Ali Pasa Bagaikan Replika Hagia Sophia |
Kedudukan masjid Nuruosmaniye ini di tengah-tengah bangunan kompleks. Yang termasuk madrasah, dapur umum, perpustakaan, kubur, sabil, dan mata air. Selain kedai-kedai di sekitar bangunan. Terasa agak sibuk. Lebih-lebih lagi di laluan pejalan kaki dari CaÄŸaloÄŸlu Meydani dan Nuruosmaniye Caddesi ke Grand Bazaar. Tetapi dikatakan lebih selesa dan aman apabila berada di dalamnya.
Kami terus melangkah ke halaman Masjid Nuruosmaniye. Terasa berada dalam separuh, bulatan. Terdapat dua menara. Masing-masing mempunyai dua balkoni. Ia mempunyai kubah tunggal. Yang dikatakan tiada ruang dalam dewan solat. Tetapi dibesarkan kepada empat gerbang. Yang mempunyai diameter 25 meter dengan ketinggian 43 meter.
Deretan Paip Di Tepi Masjid Untuk Berwuduk |
Kemudian kami terus ke deretan paip air di tepi masjid untuk berwuduk. Ada yang terpaksa menunggu giliran, kerana air paip tidak mencukupi. Terasa bagaikan ais apabila air mencurah ke tapak tangan. Angin dingin sekali-sekala menyelinap masuk ke kawasan masjid. Menambahkan lagi sejuknya hingga ke tulang hitam.
Tingkap menyediakan banyak Cahaya |
3.08 petang, berada dalam masjid. Terpesona dengan perhiasan di dinding utamanya. Terdapat ukiran batu yang khusus untuk mihrab dan mimbar. Ukiran batu bulan sabit, dimaklumkan terletak di puncak menara. Di sudut timur dewan solat, terdapat ruang solat untuk sultan. Dengan banji antara tiang-tiang. Manakala kewujudan banyak tingkap memaksimumkan penyaluran cahaya. Sewajarnyalah diberi nama Nuruosmaniye atau "Cahaya Osman".
Sebenarnya kompleks Nuruosmaniye ini mempunyai perpustakaan manuskrip. Selain beribu-ribu jilid yang mengandungi koleksi yang dimiliki oleh sultan. Seksyen ini ditutup kepada orang ramai. Kecuali untuk penyelidik dengan kebenaran khas.
4.27 petang, sore sudah lama berlabuh. Tetapi Grand Bazaar tak surut-surut dibanjiri orang ramai. Begitu juga hiruk-pikuk dan kesibukannya tak reda-reda. Memandangkan ada yang tidak puas menjelajah, kami diberi masa untuk aktiviti bebas. 4.46 petang terdengar azan maghrib. 6.12 petang, azan isyak berkumandang dalam hiruk pikuk bazar, . Akhirnya 6.12 petang, kami terpaksa meninggalkan Grand Bazar.

Baby Ameera
(Our Little Wonder)
Let the shoot
get the weather
and let the root
get the water.
The ‘shoot’
will make the future
and the ‘root’
will make the culture.
Masa kini
membuat janji
dan masa depan
membina harapan
(Our Little Wonder)
Let the shoot
get the weather
and let the root
get the water.
The ‘shoot’
will make the future
and the ‘root’
will make the culture.
Masa kini
membuat janji
dan masa depan
membina harapan
ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia
Post a Comment