Qalam Perjalanan


 
Tersesat Di Barat
Bertafakur Di Timur


HARI KE 8, 12 DISEMBER 2015 (4)


2 jam di Spice Bazaar, kami dapat mempelajari sedikit sebanyak budaya tempatan, terutama penjual-penjual yang tak lekang dengan senyuman. Kata-kata “apa khabar” juga tak lekang di bibir mereka apabila meraikan pelancung-pelancung dari Malaysia. Mungkin ini strategi pemasaran, tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat berinteraksi walaupun dengan satu dua perkataan.


 

Mempelajari Sedikit Sebanyak Budaya tempatan

 
Di samping itu, terasa seronok apabila menjelajah dari lorong ke lorong sambil melihat gelagat pembeli dan penjual. Walau bagaimanapun kami terpaksa meninggalkan Spice Bazaar yang hiruk pikuk dengan suara orang ramai dan alunan musik yang saling berebut station






Kami meneruskan perjalanan. 12.50 tengah hari, bas berhenti di hujung Jembatan Galata. Kami hanya melihat sekilas pandang  Jembatan Galata. Kami terpaksa bergegas  turun ke platform di bawah jembatan kerana  tempahan telah dibuat untuk makan tengah hari.

 

 
Menyelusuri Kaki Lima Restoran


1.05 petang, kami menyusuri kaki lima restoran-restoran di bawah jembatan Galata, di pinggir laut Golden Horn. Restoran-restoran bagaikan terapung-apung di laut dengan riak-riak gelombang memukul tebing kaki lima. Sekali-sekala terasa angin membelai dari Selat Bosphorus, agak sejuk tetapi sungguh nyaman. 

 

Yang Memisahkan Turki Kepada Eropah Dan Asia

 
1.15 petang, kami lunch di Sirena Restoran iaitu di sebelah barat, yang menghadap muara Golden Horn di Selat Bosphorus, yang memisahkan Turki kepada Eropah dan Asia. Jembatan Galata menghubungi bahagian kota lama dan baru dari kota Istanbul di bahagian Eropah, iatu daerah Eminonu dan Sirkeci, yang berpusat di Sultanahmet dengan daerah Karakoy (Galata) dan Beyoglu, Istanbul moden


Lunch Di Sirena Restoran


Jembatan Galata atau Galata Koprusu dalam bahasa Turki, terletak di muara Golden Horn, merentasi lautnya iaitu teluk kecil dari Selat Bosphorus. Ia menjadi simbol Turki moden, sebagai titik pertemuan antara Timur dan Barat yang menghubung antara dua peradaban dan kebudayaan yang berbeda.

 
Demikian, sejarah telah meletakkan Jembatan Galata sebagai penyambung antara dua tamadun. Melangkah ke timur ke arah Asia atau melangkah ke barat ke arah Eropah. Namun ianya lebih kepada laluan untuk ribuan kaki melangkah ke kota lama Konstantinopel.
 


Titian Untuk Menuju Ke Pintu Peradaban Purba


Sebagai laluan sejarah, Jembatan Galata menjadi titian untuk menuju ke pintu peradaban purba. Ke kota tua Konstantinopel dari daerah Galata. Demikian, Konstantinopel yang asalnya kota Yunani Kuno iaitu Byzantium. Telah diibina  pada tahun 667 SM. Yang telah seribu tahun melalui liku-liku sejarah yang panjang.

 
Kemudian ditukar  kepada Konstantinopel oleh Kaisar Romawi Konstantinus I pada tahun 330. Selama enam belas abad menjadi kota kekaisaran Romawi. Akhirnya diubah menjadi Islambul (Islam Keseluruhannya) apabila kota Konstantinopel jatuh ke tangan Sultan Ahmed Al-Fatih pada tahun 1453. Namun ditukar kepada Istanbul oleh Mustafa Kemal Ataturk.


 
Sejarah Yang Panjang Tak Dapat Dipadamkan


Istanbul adalah kota yang terletak di dua benua yang pernah menjadi kota kristian di zaman Byzantium dan Romawi. Walaupun taraf ibu kota telah di ambil oleh Ankara selepas Perang Kemerdekaan Turki, namun Istanbul tidak hilang imejnya.

 
Sejarahnya yang panjang tak dapat dipadamkan, malah banyak tinggalan sejarahnya seperti  Muzium  Ayasofia, Istana TokapiMasjid Suleiman dan lain-lain artifak sejarah bagaikan tugu yang terpahatnya keagungan zaman Uthmaniyah.



Dibina Pada Tahun 1836


Mengikut sejarah, Jembatan Galata ini dibina pada tahun 1836. Dibina semula lima kali dan mengalami beberapa perubahan di beberapa bahagian bangunannya, dan yang terakhirnya adalah versi kelima. Jembatan Galata selesai dibangunkan pada akhir tahun 1994 dengan memiliki panjang 490 meter dan lebar 42 meter.

 

Asalnya Dibina Daripada Kayu Pada Tahun 1845


Menurut Catatan daripada  edisi Baedeker The Mediterranean tahun 1911, jambatan yang menghubungkan daerah Istambul dan bandar Galata, asalnya dibina daripada kayu pada tahun 1845, dan dipanggil Sultan Valideh Bridge iaitu mengikut nama ibu sultan. Jembatan ini telah dibina semula pada tahun 1877

 
 
Telah Memasuki Fasa Teknologi Moden Abad 20

 
Sekarang Jembatan ini menjadi point of interest. Telah memasuki fasa teknologi moden. Yang mampu memenuhi keperluan metropolitan. Menyediakan  laluan kendaraan bermotor, satu laluan kereta trem di bagian tengah, dan dua laluan khas untuk pejalan kaki. Di bahagian tengah jembatan memiliki satu tingkat, yang membolehkan kapal, feri dan cruise melaluinya.
 
Di lantai bawahnya pula terdapat berbagai macam restoran dan cafe-cafe kecil yang menjajakan aneka ragam makanan khas Turki terutamanya balik ekmek (sandwich ikan yang sangat terkenal), simit dan misir serta aneka seafood

 
Menjadi Pesta Para Pengail Tempatan

 
Di atas jembatan pula, bagaikan  pesta  para pengail tempatan. Yang berjejeran di pinggir jembatan. Setia menunggu batang-batang joran. Mereka bersantai. Sambil berbual sambil melihat pemandangan laut yang luas terbentang. Dan membiarkan  angin dingin dari Selat Bosphorus membelai mesra.

 
 
Pengunjung Disajikan Dengan Panorama


Aktiviti mengail ini menjadi begitu popular hinggakan mural pendidikan dilukis oleh perbandaran Istanbul, menunjukkan nama-nama dan gambar-gambar ikan tempatan yang berlainan. Antara Ikan-ikan yang menjadi lauk-pauk penduduk tempatan antaranya ialah hamsi (ikan bilis), sardalya (sardin),  istavrit (tenggiri kuda)  Tekir (berjalur mullet merah), istavrit, barbunya (mullet merah) , mezgit (kapur sirih), lüfer (Bluefish), levrek (bass laut), Palamut (bonito), dan Kalkan (turbot).



Menjadi Lubuk Ikan-Ikan

 
Jembatan ini menjadi lubuk ikan. Ikan-ikan dari Selat Bosphorus memasuki telok Golden Horn kerana perbezaan suhu dan kemasinan antara Laut Hitam dan Laut Mediterranean. Lebih-lebih lagi cahaya malam dari lampu-lampu jembatan, restoran-restoran dan perahu-perahu penjaja menjadi tarikan beribu-ribu ikan dari Selat Bosphorus,


Malangnya, kebanyakan pengail adalah amatur. Kadang-kadang tidak mematuhi peraturan tangkapan dari segi saiz dan kematangan. Greenpeace Turkey, melalui kempen yang dikenali sebagai Seninki KAC Santim cuba mendidik para pengail supaya lebih bertanggungjawab iaitu melepaskan ikan-ikan kecil yang belum matang.





Bot Betlesen Dibenarkan Menjual Sandwic Ikan


Satu lagi tarikan yang  berhampiran jambatan ialah Eminonu bot yang terkenal dengan  sandwich ikan. Hanya tiga buah bot berlesen dibenarkan menjual balik ekmek atau sandwic ikan. Salah satu daripadanya ialah "Deniz Yildizi" yang mempunyai kubah di atas bot.


 
Sajian Ringan Yang Popular



Penjaja Jalanan Menawarkan Makanan Ringan



Selain itu terdapat beberapa orang penjaja jalanan menawarkan makanan ringan untuk para pengunjung dan juga para pengail. Ada yang membawa bakul penuh dengan kuih simit dan ada yang menggunakan kereta tolak tetapi kebanyakan pejaja hanya menunggu jajaan di tepi-tepi jembatan

  
Bagai Pesta Meraikan Perubahan Warna Senja


Dari atas jembatan, pengunjung disajikan dengan panorama alam yang begitu indah. Bagaikan lukisan  yang luas terbentang,  hingga ke kaki langit. Di laut Golden Horn beberapa buah kapal dan feri meredah laut. Lalu meninggalkan riak-riak yang memanjang bagaikan ekor. Burung-burung camar pula berterbangan. Bagai pesta untuk meraikan perubahan warna senja. Kami terpegun melihat keindahan alam di Teluk Golden Horn.

 

Masjid Baru Dibina Pada Tahun 1597


Di penghujung jembatan, masih terjangkau oleh pandangan, ialah Yeni Camii (Masjid Baru) atau Masjid Baru Ibu Ratu. Ia telah dibina pada tahun 1597 atas arahan Valide Sultan Safiye, ibu Sultan Mehmet III. Disiapkan dan dilengkapkan atas arahan Turhan Hatice selepas tertangguh selama 63 tahun.

 
Bagaikan Melengkapi Kindahan Senja


Lepas lunch kami sempat bergambar di pelantar peninjau. Dari pelantar kelihatan di kejauhan masjid Sulaimaniye Bagaikan melengkapi keindahan senja di muara Golden Horn. Ianya tersergam bagaikan penunggu yang menguasai ruang langit, daratan dan jalur laut. Yang telah sekian lama menyaksikan, dan mengikuti perjalanan sejarah yang panjang. Yang telah berlaku di laut dan di daratnya.



Masjid Sulaimaniye



Penunggu Yang Menguasi Langit, Darat Dan Laut



Bergambar Di Pelantar Peninjau



Baby Arissa
(Our Little Secret)



Pride
makes you stride
but regret
makes you retreat.
Too much stride
will make you elegant
but too much pride
will make you arrogant.



Terlalu bangga
membuatkan kita angkuh
tetapi terlalu kecewa
membuatkan kita patuh.




 


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai












Post a Comment

Powered by Blogger.