HARI PERTAMA:
22 MAC 2014
Sultan Mahmud
Airport – KLIA Sepang
- Tan Son Nhat
International Airport
(Jejak Kembara
Memacak Dunia)
Lokasi KLIA
8.35 pagi, naik MAS MH1327 dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Lebih kurang 45 minit kapal
terbang mendarat di KLIA. Hilang rasa debaran apabila menuruni tangga. Dan
terasa lega apabila berpijak di bumi nyata. Mungkin kerana banyak memikirkan perkara
yang negatif membuatkan hati terasa cemas. Kadang-kadang terperangkap dalam
flight fright syndrome. "Cemas di mata lemas di jiwa".
Aras 5 |
KLIA Sepang |
9.46 pagi, terus ke balai ketibaan. Suasana agak riuh dengan orang ramai. Bising
dengan ulang suara dari juru maklumat penerbangan. Yang menunggu flight dan
yang baru tiba, masing-masing tenggelam dengan informasi penerbangan. Dalam
urusan penerbangan informasi flight, dan jadual perlu sentiasa dalam fikiran.
Kalau tidak perjalanan akan tergendala.
Food Garden |
Taste Of KLIA |
KLIA
telah dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Dari segi kapasiti, dapat menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun. Dan mengendalikan 1.2 juta tan metrik kargo. Dari segi penumpang
asing, ia menduduki tempat yang ke-13 di dunia. Demikian, KLIA benar-benar
telah memenuhi slogannya, "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke
Dunia".
Mini Forest |
Jungle Boardwalk |
Di sini juga terdapat Jungle Boardwalk
yang berkonsepkan “Lapangan terbang dalam hutan,
dan hutan dalam lapangan terbang". Suasana yang mana dapat memberi ketenangan kepada penumpang. Di
samping memperkenalkan suasana hutan Hujan Khatulistiwa kepada pelancong luar
negara.
Hotel Transit |
Hotel YouniQ |
9.40 pagi,
terus ke Hotel YouniQ di Bandar Baru
Salak Tinggi Business Park. Transit hanya untuk beberapa jam. Jadual flight sebenarnya bermula pada
8.50 malam. Tak banyak aktiviti untuk dilakukan. Hanya turun untuk lunch
dan bersiar-siar. Sekadar menunggu masa.
5.50 petang, group Poto Travel And Tours
berkumpul di Kaunter L. Aras 5, Bangunan Terminal Utama. Ketua rombongan En.
Zaiful memberi sedikit informasi sebelum berangkat. Kemudian kami diberi
sedikit kesempatan to break the ice. Walaupun hanya bersua muka, dan mengukir
senyuman. Maklumlah pertama kali berjumpa,
untuk berborak masih lagi kurang idea.
Kesempatan
ini juga memberi ruang untuk memastikan semua keperluan dah standby. Apa-apa
pun perlu positif. Fizikal perlu bersedia. Manakala minda perlu berfokas ke arah "jejak kembara memacak
dunia". Inilah cabaran yang menanti untuk
diterokai. Kembara untuk meluaskan pandangan dan menambah pengalaman. To
discover the moment of truth, and to uncover the truth of wisdom.
Aras Perlepasan |
Terminal Stelit |
Proses
check-in dan drop baggage selesai. No
problem, kerana berat bagasi tak sampai pun
30 kg. Begitu juga hand luggage tak sampai 7 kg. 6.40 petang, Kami
terpaksa melalui Airport Security Check, sebelum turun tangga international.
Seterusnya naik aerotrain untuk pergi ke bangunan Terminal Stelit A. Bagunan seluas 143,404 meter persegi ini khusus untuk mengendalikan
penerbangan-penerbangan antarabangsa.
Aerotrain |
Laluan Antarabangsa |
Aerotrain ini beroperasi dalam jangka antara masa 3 dan 5 minit. Perjalanan antara
Bangunan Terminal Utama dan Terminal
Satelit A mengambil masa lebih kurang dua minit. Dan setiap tren boleh
memuatkan 250 penumpang dalam satu masa. Mampu membawa seramai 3,000 penumpang
sejam pada kelajuan maksimum 56 km/j.
Terminal Satelit A |
Zon Duty Free |
Di
Terminal Satelit A terdapat pelbagai jenis kedai bebas cukai dan butik-butik
berjenama yang berprestij. Antara jenama-jenama tersebut adalah Burberry, Dunhill, Mont Blanc dan Mango. Yang membuka butik lapangan terbang pertamanya
di benua Asia. Selain itu terdapat juga minuman alkohol dan minyak wangi, jam
tangan dan produk tembakau.
Terminal
ini juga memuatkan Hotel Transit Airside. Juga beberapa ruang menunggu untuk
syarikat-syarikat penerbangan. Antaranya Dynasty Lounge untuk China Airlines,
Golden Lounge untuk penumpang antarabangsa Malaysia Airlines dan Silver Kris
Lounge untuk Singapore Airlines.
Penggunaan
ruang perniagaan di Terminal Satelit A telah dimaksimumkan. Meningkatkan keuntungan daripada sewa tapak
perniagaan. Dan peratusan hasil jualan daripada 35% kepada 50%. Proses
pembaharuan, telah memperkenalkan Jungle Boardwalk yang pertama di dunia. Aras
mezzanine telah diperluaskan untuk menampung kedai-kedai makanan, dan galeri
pemantauan.
Jadual
flight jam 8.50 malam Bagaimanapun masa
transit berbaki hampir sejam lagi.
Kesempatan ini memberi ruang untuk
saling berinteraksi. Seterusnya break the iron curtain. Di samping melakukan
aktiviti sambil lewa. Melepak sambil berbual-bual atau hanyut dalam whatsApp messenger. Sebaliknya, ada pula yang sempat melelapkan mata.
Take Off |
8.50
malam, kami terpaksa berbaris untuk pemeriksaan tiket dan pasport. Kemudian
masuk melalui aerobridge. Terus ke pintu kapal terbang. Kami dimaklumkan Vietnam
Airlines akan membawa kami ke Ho Chi Minh City. Masing-masing teruja walaupun keletihan. Demikian, keseronokan
kadang-kadang memberi sedikit kekuatan.
Menongkah Udara |
Bird Eye View |
Agak
selesa juga dalam kabin. Termasuk ruang aisle. Susun atur kerusi 3x3, tidak
membataskan seat legroom. Akhirnya,
dengan penuh debaran, Vietnam Airline memecut meninggalkan landasan. Dan terus
menyusuri lebuh raya angkasa. Yang dihiasi dengan kelompok-kelompok awan altokumuluas. Kelihatan bagaikan terapung-apung. Begitu indah melatari ruang
angkasa.
9.23
malam, paramugari mengedarkan minuman ringan. Sudah pasti makanan halal. Suasana dalam kapal terbang dicerahkan
sedikit. Tak banyak aktiviti dalam flight. Di depan tempat duduk disediakan
skrin untuk yang minat menonton movie. Tetapi ramai yang memilih untuk
melelapkan mata. Toilet juga terbuka untuk yang memerlukan, tetapi kena ikut
giliran.
Ho Chi Minh City |
9.35
malam, selepas 1 jam 50 minit, kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Tan Son Nhat. Wah, ini kali pertama kaki menjejak bumi Vietnam.
Yang terkenal dengan, "Khamer Rouge Killing Fields". 9.45 malam kami
berkumpul di balai ketibaan untuk transit 2 jam 55 minit sebelum berlepas ke
Lapangan Terbang Narita. Saat yang paling membosankan, anxiety of nothingness.
Tan Son Nhat |
Busiest Airport |
Kami
hanya meninjau, tak boleh pergi jauh. Dalam status transit “immediate
connecting”,
apa-apa pun unexpected situational problem boleh berlaku pada jadual flight.
Bagaimanapun kami cuba menfaatkan ruang masa untuk merapatkan lagi
hubungan Kata orang tua-tua, " tak
kenal tak berbual, tak mesra tak bersenda". 12.30 pagi, selepas selesai
urusan flight, kami meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Narita. Bye
Vietnamese.
Post a Comment