Qalam Perjalanan

HARI KEEMPAT 29 MEI 2013
Flower City Square
(Kuntum Mengharum Kelompak Semerbak)


City Of Brick
 Huacheng Square

Selepas breakfast, bas membawa kami ke Huacheng Square atau Flower City Square. Terletak di CBD Bandar Baru Zhujiang, Guangzhou. Turun sahaja daripada bas kami terus ke Dataran Huancheng. Wow! Sungguh hebat. Setiap sudut seolah-olah dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi. Yang dihiasi pohon-pohon hijau dan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Bagaikan "Kelompak Semerbak  Kuntum Mengharum".


Underground
Mall Of The World

Dengan keluasannya 560,000 meter persegi. Huacheng Square adalah 10 kali lebih besar daripada Taman Rakyat Guangzhou. Di bawah datarannya pula terdapat pusat membeli belah bawah tanah yang besar, dikenali sebagai "Mall of the World". Ianya adalah sebahagian daripada kod  Flower City Square.



Rhythm Of Light
City Of Lights

Mall of the World dikelilingi oleh lebih daripada 40 infrastruktur ikonil seperti: Sukan Asia Park Haixinsha, TV Tower Canton, Muzium Guangdong dan Panggung Opera Guangzhou. Membentuk pusat paksi  baru di Guangzhou. Terdapat  3 tingkat bawah tanah yang mempunyai jaringan pengangkutan.



Flower Market
Peserta Kembara

Dengan keluasan 150,000 persegi, kompleks ini dibahagikan kepada tiga zon komersial. Zon Pertama, sasaran untuk belia bergaya dan fesyen untuk setiap generasi. Menawarkan fesyen, aksesori, dan elektronik untuk memenuhi trend masa hadapan dan cita rasa terkini.


Hamparan Square


Zon Dua adalah tentang kehidupan yang penuh bergaya. Menjadikan pembeli merasa seperti  berjalan di High Street Kensington.   Seni budaya inovatif yang mengelilingi Zon Dua menawarkan fesyen gaya  Eropah. Memaparkan trend terkini dan fesyen dari seluruh dunia. Di samping menawarkan pelbagai kafe dan bar.



Dancing Lights
Lautan Warna

Zon Tiga memberi tumpuan kepada pakaian premium dan barang kemas berjenama. Mengumpul jenama berkualiti dari seluruh pelusuk dunia. Menawarkan kemewahan dari  jenama yang ternama dan terunggul.


Trees Of Lights
Mekar Setahun

Untuk mengindahkan persekitaran, lebih daripada 600 pokok ditanam. Terdiri daripada pelbagai jenis, yang bunganya mekar sepanjang tahun.  Dengan bunga-bungaan yang pelbagai jenis ianya bagaikan lautan. Bangunan-bangunan seolah-olah terapung dalam lautan warna-warni.


Aroma Wangian

Terdapat beberapa bangunan yang terkenal di sekitar dataran, termasuk Muzium New Guangdong, Rumah Opera Guangzhou, Pusat Pembiayaan Antarabangsa Guangzhou, Perpustakaan Guangzhou, dan Istana Kanak-Kanak, Menara Guangzhou dan lain-lain bangunan. 



Colourful City
Pancutan Berirama

  Tasik buatan manusia di tengah dataran,  menampilkan mata air muzik dengan sistem lampu yang berwarna-warni. Sistem penyejukan kabus mendinginkan kawasan persekitaran.  Lima pulau bunga boleh didapati di kawasan utara dataran, termasuk 3 pulau  berbunga ceri dan 2 pulau berbunga pic. Semuanya dilengkapi dengan pohon willow hijau yang indah.


Merakam Futuristik

Kami tidak melepaskan peluang untuk mencari sudut-sudut fotografi. Terasa seolah-olah kami berada dalam alam futuristik. Rupa dan bentuk bangunan yang unik dan pelik bagaikan mendahului zamannya. Kami terasa kerdil dalam rimba batu-bata dan terasa keciciran dalam kota futuristik


Kota Futuristik

Bagaimanapun masa sangat terbatas. Untuk mendekati semua bangunan futuristik, mungkin kami terpaksa bermalan di Flower City Square. So, memadailah sekadar melepas rasa kagum di kejauhan.  Memang tak dapat dinafikan, rasa kekurangan dan ketinggalan, apabila melihat bangunan-bangunan serba canggih di negara orang.


Serba Canggih

Demikian selama bertahun-tahun, China seolah-olah  menjadi "taman permainan arkitek". Pembinaan yang melampaui batas masa, sehingga terabai  nilai-nilai tradisi  dan warisan budata. Malah menjadi kebimbangan, perlumbaan dalam pembinaan bangunan-bangunan pelik akan menghilangkan kesinambungan seni bina  tradisi China.


Terabai Warisan

1. Phoenix International Media Center, Beijing
2. Convention Center, Wuxi
3. Guangzhou Circle, Guangzhou
4. CCTV Headquater, Beijing
5. The Lotus Building, Wujin
6. Dalian Library, Dalian
7. Bayuquan Poly Theatre, Lianing
8. Hangzhoa Sport Park, Hangzhoa




Pada bulan Oktober 2014, Presiden Xi Jinping meminta dikurangkan bangunan "seni bina pelik"  yang hanya untuk pamiran dan kemegahan. Pada tahun yang sama, Naib Datuk Bandar Beijing berkata kerajaan perbandaran akan  mengawal selia bangunan dari segi saiz, gaya, warna dan bahan. 

Tanpa Tradisi

1. The Glaxy Sohu Complex, Beijing.
2. Gate Of The Orient, Sozhou.
3. The Sheraton Hot spring resort, Hushou
4. The Oriental Pearl TV Tower, Shanghai
5. The Phoenix Tower, Wuhan
6. Piano House, Hainan
7. China's Dubaan, Hainan
8. Beijing's National Grand Theater, Beijing


Pada tahun 2016, Majlis Negeri China mengeluarkan garis panduan untuk perancangan bandar baru. Menurut dokumen itu, "bangunan berbentuk ganjil atau seni bina pelik dilarang". Sebaliknya pembangunan perlu mengutamakan, "ekonomi, kehijauan dan keindahan". Bercirikan seni bina tradisi dan warisan  budaya China.

Menurut dokumen itu, "seni bina pelik" yang tidak "ekonomik, tidak berfungsi, tidak berestetika, atau tidak mesra alam" akan diharamkan. Lebih-lebih lagi dibina di tempat yang tidak strategik dan ekonomik. Tidak memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Hanya untuk menarik perhatian.


Post a Comment

Powered by Blogger.