Qalam Perjalanan

SABTU: 25/5/2013
Sultan Mahmud Airport - KLIA 
- Hotel Empress
 (Kaki Menapak Hati Melonjak)


 
Lokasi KLIA


4.05 petang, bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud  ke KLIA. 5.00 petang, flight  Mas MH1335 mendarat dengan selamat. Hilang debaran apabila kaki menjejak  KLIA. Memang tak boleh nak elak. It is human nature, apabila terapung-apung di udara hampir sejam, pelbagai perkara negatif menerjah masuk dalam fikiran.


KLIA Sepang



Selepas mengambil beg-beg di bahagian Luggage Claim, kami terus ke aras 5 untuk menguruskan kepulangan Faiz ke Kuala Trengganu. This is a last minute happening. Bagaimanapun keputusan pulang itu lebih baik. Namun perasaan sedih ini berbaur dengan keseronokan.



Volgograd  Medical University


Mungkin ini yang dikatakan takdir. Apa yang dirancang tak semestinya menjadi. Hanya Kakcik yang ikut serta. Faiz terpaksa balik kerana berurusan dengan Yayasan Terengganu. Syukur Alhamdulillah, Faiz terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Volgograd State Medical University, di Rusia. Tahniah, Faiz


Faiz naik flight malam. Terasa kesihan, tetapi bangga kerana berpeluang meneruskan pengajiannya ke Rusia. Bagaimanapun kami pula terpaksa pergi ke Hotel Empress di Jalan ST 1C/7, Sepang.  Penginapan transit. Sebenarnya perjalanan bermula esuk.


Hotel Empress 


Hotel Empress Terletak di tengah-tengah Koridor Super Multimedia, nukleus lembah silikon Malaysia. Hanya lebih kurang 8 minit dari KLIA dan Terminal Penerbangan Tambang Murah. Menjadikannya tempat  persinggahan yang sesuai untuk transit.


3-Star Hotel

Tak banyak aktiviti yang dapat kami lakukan di Hotel Empress. Kadang-kadang tak sabar untuk menanti esuk, kerana segala-galanya bermula esuk. Jadi kami hanya biarkan masa berlalu. Malam hanyalah menyimpan keriangan untuk esuknya.



 HARI PERTAMA: 26 MEI 2013
KLIA - Guangzhou Baiyun Airport 
Guilin Liangjiang Internasional Airport



Guangzhou Baiyun Airport

9.00 pagi, kami check-out awal dari hotel. Schedule penerbangan ke Guangzhou ialah 1.25 petang, tetapi kami dikehendaki berkumpul di Kaunter J Aras 5 pada 10.25 pagi.  Sampai di KLIA, kami terus ke aras 5 untuk berjumpa dan berkenalan dengan ahli rombongan. Seterusnya mendengar taklimat dari tour leader, En. Ridhuan.


Tiket To Ride
Aerotrain KLIA

11.45 pagi, kami turun tangga international. Seterusnya naik Aerotrain untuk pergi ke bangunan Terminal stelit A.  Bagunan seluas 143,404 meter persegi ini  khusus untuk mengendalikan penerbangan-penerbangan antarabangsa. Kira-kira 3 minit kami sampai di Terminal Satelit A.


Balai Perlepasan
Break The Silence


Di Terminal Satelit A terdapat pelbagai jenis kedai bebas cukai dan butik-butik berjenama yang berprestij. Hanya window shopping. Seterusnya kami terpaksa ke ruang menunggu. Jadi terpaksa melepak lagi. Bagaimanapun inilah kesempatan untuk break the silence. Lebih cepat kami saling kenal,  lagi seronok kembara yang akan kami lalui.



Flight CZ350

China Eastern Airlines


Akhirnya, 1.15 petang, kami naik flight CZ350 China Eastern Airlines. Lalu terapung-apung di awan biru selama 4 jam. Memang mendebarkan, tetapi inilah kembara. Setiap langkah itu hanya jangkaan yang belum pasti. Inilah dikatakan cabaran. The wonder of expectation.


Guangzhou Airport
Solat Jamak Takhir

5.30 petang, kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun. Menjejak sahaja kaki di bumi Guangzhou, sudah terasa perubahan. Iklim subtropika dengan suhunya sekitar 26C, tidaklah terlalu panas. Bagaimanapun dari segi masa tidak ada apa-apa perubahan.


Immediate Connecting

Kami terpaksa melalui pemeriksaan kastam, yang agak membosankan. Nasib baik bagasi kami dihantar ke penerbangan sambungan. Dengan status immediate connecting”, kami terpaksa menunggu 3 jam 35 minit di dewan transit, anxiety of nothingness. Bayangkan, keresahan dan kepuasan dalam menunggu. Anyway, inilah cabaran.

Kepuasan Menunggu
 The Unexpected

Sepatutnya kami naik flight jam 9.05 malam, tetapi terpaksa delay. kerana ribut kencang berlaku di laluan ke Guilin. Di saat ini, kesabaran itu sangat penting. Jadi perlu menerima hakikat, bahawa sabar itu ujian ketika sukar. Inilah “ujian musafir di laluan takdir”.  So just anticipate the unexpected.


Lokasi Guilin Airport

Guilin Liangjiang Airport

Hampir 2 jam delay. Akhirnya, 11.15 malam, flight CZ3260 China Eastern Airlines membawa kami terus ke Guilin. Jam 12.20 malam, kami mendarat selepas lebih kurang 1 jam dalam flight.  Dari jauh lagi sayup-sayup kelihatan kerlipan lampu-lampu jalan dan bangunan menghiasi bumi Guilin.


Guilin Liangjiang Internasuional Airport, merupakan lapangan terbang yang disediakan untuk bandar Guilin, di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China. Ia terletak di Liangjiang, kira-kira 28 km ke barat daya pusat bandar.

Pada tahun 2014,  Guilin Liangjiang Internasional Airport adalah lapangan terbang ke-33 paling sibuk di China dengan 5,875 327 penumpang. Sekitar 4 juta penumpang transit melaluinya setiap tahun. Menjadikan lapangan terbang ini laluan untuk  ke salah satu daripada 48 destinasi domestik dan antarabangsa.


Selepas mendarat, kami terus melalui pemeriksaan kastam. Berbaris panjang, memang time wasting, meletihkan dan membosankan. Beg-beg pun turut berbaris,  untuk diperiksa. Terpaksalah bersabar. Inilah salah satu cabaran kembara yang terpaksa ditempuhi.


Dalam marah tak marah dan geram tak geram akhirnya selesai juga. Di luar balai ketibaan, local tour guide, mengenalkan dirinya sebagai "Crystal", mengalu-ngalukan ketibaan kami. Pengenalan singkat sudah memadai.  Tour guide  seterusnya membawa kami ke lot parkir  bas.




Hotel Vienna Guilin

Bas kemudian melucur keluar dari lapangan terbang. Meredah malam yang sudah lama berlabuh. Sedar tak sedar bas berhenti di hadapan Hotel Vienna Guilin, Jalan Shanghai. Kami terus ke lobi hotel untuk check-in. Hm, percaya tak percaya, malam ini kami akan melabuhkan mimpi di Guilin.

Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

Post a Comment

Powered by Blogger.