Santai Sambil Bergurau |
10.22 pagi, kami turun dari bas. Dan terus berjalan mengikuti jalan-jalan sempit. Angin sejuk bagaikan menggit-gigit jari dan muka. Walau bagaimanapun terasa seronok apabila jalan beramai-ramai. Santai sambil bergurau, we really play our time.
Laluan Menyimpan Memori Pilu |
Kedai-kedai di sepanjang laluan kelihatan agak lama. Cat di dinding nampak agak pudar dimakan cuaca. Mungkin kawasan yang kami lalui ini adalah bandar lama yang kurang dikunjungi. Malah bagaikan terasa laluan itu seolah-olah menyimpan memori pilu di zaman silam.
10.42 pagi, selepas lebih kurang 20 minit perjalanan, kami sampai di pekarangan Masjid Suleymaniye. Mesjid yang Kedua terbesar di Istanbul. Yang melambangkan pencapaian yang hebat zaman Uthmaniyyah. Ia dibina atas perintah Sultan Süleyman pada tahun 1550. Yang reka ciptanya berunsurkan seni bina Islam.
Diagram Arkitektur |
Sempat bergambar di perkarangan masjid. Berlantarkan laman yang indah. Yang dihiasi dengan pohon-pohon maple. Daun-daun maple yang kering berguguran, dan berselerakan di bawah pokok. Manakala angin musim luruh dari selat Bosphorus bertiup dengan lembut. Begitu nyaman. Bagaikan mengalu-ngalukan kedatangan kami.
Mengatasi Cabaran 355 Tahun |
Kelihatan masjid tersergam. Hebat. Dan mempersonakan. Mampu mengatasi cabaran pelbagai zaman. Selama 355 tahun. Justeru, ia disytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sudah pasti masjid ini melalui likuan-likuan sejarah yang panjang. Dan masih lagi menyimpan mistri dan rahsia dilipatan sejarahnya.
Masjid
ini panjangnya 59 meter, dan lebarnya 58 meter.
Kubah utama adalah 53 meter tinggi. Mempunyai garis pusat 26.5 meter.
Sewaktu ia siap dibinakan, kubah tersebut adalah yang tertinggi dalam Empayar Uthmaniyyah. Diukur dari
asasnya. Tetapi masih lebih rendah dari tingkat lantai. Dan lebih kecil pada
garis pusat daripada Haghia Sophia.
Kompleks
ini mempunyai empat menara. Menara-menara tersebut mempunyai sejumlah 10 dewan
solat dan halaman. Kompleks masjid juga
termasuk satu caravanserai, sebuah dapur awam yang membekalkan makanan untuk
fakir miskin dan sebuah hospital. Di samping empat Madrasah al-Quran,
sebuah sekolah pakar untuk pengajian hadith, dan sebuah rumah mandi.
Kuburan Di Taman Belakang Masjid |
Dalam
taman belakang masjid ada dua makam. Makam sultan Sulaiman 1 dan isteri baginda Roxelana (Haseki Hürrem). Termasuk anak perempuan Mihrimah, ibu Dilaşub Saliha dan adik-beradik perempuan Asiye. Sultan Suleiman II , Ahmed II dan
Safiye anak perempuan Mustafa II,
juga dikebumikan di sini.
Bagaikan Penunggu Langit |
Dari segi lokasi, kedudukannya begitu strategik. Terletak di atas bukit yang ketiga daripada tujuh bukit Istanbul. Ianya bagaikan penunggu langit yang setia. Malah dianggap sebagai jambatan antara abad ke-16 dan masa kini. Melangkah sahaja ke dalam masjid, ia bagaikan pintu zon masa. Yang membawa kepada masa lalu, ke zaman silam Uthmaniyah.
Karya Arkitek Mimar Sinan |
Masjid Sulaimaniye adalah karya arkitek Mimar Sinan. Di antara banyak karyanya, masjid Sulaimaniye ini menjadi begitu monumental. Malah diakui oleh Mimar Sinan sebagai karyanya yang termasyhur. Tambahan pula masjid ini telah dibangunkan di Kota Edirne dari tahun 1551 - 1588.
Demikian Kota Edirne menjadi gerbang, penghubung antara daratan Turki dengan Benua Eropah. Oleh karena itu, pilihan Edirne sebagai tempat pembangunan masjid dianggap pilihan yang sangat strategik. Lebih-lebih Sebagai laluan untuk menguasai wilayah barat.
Pembinaan Masjid Berdasarkan Mimpi |
Tapak pembangunan masjid tersebut didasarkan pada mimpi Sultan Selim II. Menurut catatan Evliya Celebi, seorang penjelajah. Di dalam mimpinya, Nabi Muhammad SAW memerintah Sultan untuk membangunkan sebuah masjid di Erdine.
Mengikut ceritanya, Sultan Suleyman telah mewajibkan semua pekerja yang membina masjid itu dalam keadaan berwudhu. Malah Sultan Suleyman akan memecat sesiapa yang mengengkari arahannya. Demikian kemuliaan dan kesucian masjid sentiasa dipelihara, dari mula ia dibina hinggalah sekarang.
Kehebatan Hagia Sophia Dapat Dtandingi |
Dengan terbinanya masjid ini, akhirnya kehebatan Hagia Sophia dapat ditandingi. Mimar Sinan berjaya mendirikan Masjid Selaimaniye yang memiliki kubah berdiameter 31 meter, setara dengan kubah Hagia Sophia. Tinggi kubah utama dari lantai dasar Masjid adalah 42 meter.
Dari Kaca Mata Pelukis |
Masjid Sulaimaniye memiliki empat menara pada keempat sudutnya. Kubahnya berdiameter 26 m dengan ketinggian 51,8 m. Halamannya berbentuk persegi panjang dengan sebuah tempat wudhu berupa air pancuran (sardivan) di tengahnya.
Pada keempat sudut masjid, berdiri empat buah menara setinggi 84 meter. Masing-masing menara memiliki tiga buah balkoni. Dua menara di antaranya memiliki tiga buah pintu tangga yang menuju langsung pada ketiga balkoninya. Terdapat tiga jalur tangga yang berbeda pada sebuah menara. Hal tersebut merupakan bukti lain dari kejeniusan seorang Mimar Sinan.
Dari Kaca Mata Fotografer |
Ruang utama masjid terdiri dari dua lantai. Lantai dasar sebagai tempat solat utama, dan lantai atas berupa balkoni yang mengelilingi ruangan utama. Seni bina seperti ini adalah ciri khas masjid berarkitektur Turki Usmani.
Diterangi Oleh 384 Jendela |
Masjid Sulaimaniye diterangi oleh 384 buah jendela. Ratusan jendela itu pula terbagi ke dalam lima tingkatan. Jendela-jendela pada tingkat terbawah dan tingkat kedua menerangi lantai dasar dan balkoni masjid. Barisan jendela pada tingkat ketiga dan keempat merupakan jendela-jendela clerestory (jendela pada dinding atas). Yang cukup banyak membiaskan cahaya ke dalam masjid.
Pada tingkat kelima terdapat deretan jendela kubah yang menerangi dalaman kubah masjid. Mimar Sinan menggunakan kaca jendela berwarna terang untuk memberikan efek pencahayaan yang maksima. Dalaman masjid didominasi oleh marmar berwarna putih dan coklat muda dari Pulau Marmara. Dan juga ubin Seramik yang berasal dari Kota Iznik.
Berbagai ornamen kaligrafi karya Hasan Celebi, hiasan arabes, dan muqarnas khas corak Usmani klasik. Turut menghiasi dalaman dan luarannya. Hampir seluruh lengkungan antarpilar yang terdapat pada Masjid Sulaimaniye terdiri dari balok-balok berbentuk lengkungan berwarna merah dan putih. Yang disusun secara berselingan.
Di dalam masjid, tepat di tengah ruang solat utama terdapat mahfil muazin. Bangunan menyerupai pawagam yang berfungsi sebagai tempat untuk mengumandangkan azan. Mahfil muazin di Masjid Sulaimaniye memiliki ketinggian 2,4. meterDitopang oleh 12 tiang kecil dengan lengkungan berukir.
Marmar Merah Di Pintu Gerbang |
Anihnya di pintu masuk, terdapat marmar merah di tengah-tengah lantai yang dikelilingi marmar putih. Mengikut cerita, marmar merah ini adalah hadiah dari seorang raja Romawi. Raja Romawi telah memintan Sultan Sulaiman untuk meletakkan marmar itu di dekat mihrab. Sultan begitu senang dengan hadiah tersebut, tetapi merasa curiga setelah ia merenunginya.
Akhirnya Sultan memanggil arkitek dan ahli geologi untuk menyelidiki keistimewaan marmar itu. Rupa-rupanya di dalam mamar merah itu itu terdapat simbol-simbol salib. Sultan rasa tersinggung. Lalu mengarahkan agar meletakkannya di dekat pintu gerbang, untuk dipijak-pijak oleh ribuan kaki.
Dalam mengharungi zaman, masjid ini mengalami beberapa cabaran dan pembaharuan. Pada tahun1660 Masjid ini telah dimusnahkan oleh api. Dan telah dipulihkan oleh Sultan Mehmed IV. Sebahagian daripada kubahnya runtuh lagi semasa gempa bumi pada 1766. Masjid ini pernah tiga kali direnovasi iaitu pada 1849, 1960, dan 2010. Namun sekarang semakin kuat untuk menahan gempa hingga 8,0 skala richter
Baby Ameera
(Our Little Wonder)
Let the picture
keep your memory
and let the future
keep your destiny.
The memory
is your story
and the destiny
is your journey.
Yang berlaku
biar berlalu
dan yang mendatang
biar terancang
(Our Little Wonder)
Let the picture
keep your memory
and let the future
keep your destiny.
The memory
is your story
and the destiny
is your journey.
Yang berlaku
biar berlalu
dan yang mendatang
biar terancang
ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Post a Comment