Qalam Perjalanan





HARI KE 8, 12 DISEMBER 2015 (5)



"Gule-Gule" Untuk Galata Bridge
 
 
1.45 petang, naik atas jembatan melalui tangga. Di mana bas sedang menunggu. Udara terasa dingin dengan suhu  7C. Sekali-sekala terasa angin dingin dari muara Golden Horn, menggigit-gigit. Pedih. 2.21 petang, meneruskan perjalanan. Jalan semakin menurun. Dan kelihatan tram sebelah-menyebelah.  Hanya ucapan “Gule-gule” untuk Galata Bridge.






Peta Dan Pelan Grand Bazaar


Kelihatan Galata Bridge semakin jauh di belakang. Akhirnya hilang dari pandangan. 2.47 petang,  jalan mula sesak. Dan kenderaan mula bergerak perlahan-lahan. 2.54 petang, menyusuri daerah Fatih, dan terus ke kawasan Grand Bazaar.  Yang disebut Kapalıçarşı yang bererti Covered Bazaar, atau Büyük Çarşı yang bermakna Grand Bazaar.


 
Bazar Tertutup Yang Terbesar Dan Tertua Di dunia


Grand Bazaar dibina pada pada tahun 1455. Merupakan bazar bertutup yang terbesar, dan tertua di dunia.  Meliputi kawasan seluas 54,653 meter persegi. Yang dilitupi oleh 20 kubah saduran plumbum.  Bazar ini menempatkan hampir 5,000 gerai, yang dihubungi oleh 60 lorong yang berselirat. Menjadi lorong teka-teki yang mengelirukan dan menyesatkan. Empat pintu gerbang menjadi laluan masuk untuk 250,00 hingga 400,000 pengunjung setiap hari. Keramaian dan dan kemeriahan menjadi tarikan yang luar biasa. 



Berjalan Kaki Ke Pintu Gerbang Pertama


Dari bas kami terpaksa berjalan kaki ke Grand Bazaar. Bersantai, sambil melalui lorong di celah-celah kedai. Hinggalah sampai ke pintu gerbang pertama.  Melihat persekitarannya, seolah-olah Grand Bazaar ini  berada di dalam bangunan . Di tepi bazar terdapat banyak kios yang menjual serba aneka barang. Di saat ini kelihatan orang ramai sudah mula berpusu-pusu memasuki Grand Bazaar.


Di Persekitarannya terdapat banyak kios


Mengikut sejarah, bazar ini telah menjadi pusat perdagangan. Yang penting sejak 1461 lagi. Terdiri daripada bumbung melengkung dengan dua bangunan berkubah. Yang mana mula-mula sekali dibina di antara 1455 dan 1461. Dibina  atas perintah Sultan Ahmed Al-Fatih, selepas menakluki Konstantinopel. Di sekitar bangunan lama Byzantine yang menjadi sebahagian daripada Old Bedesten (Bazaar Lama) hari ini,


Bazar ini diperbesarkan pada abad ke-16. Semasa pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni. Dan pada tahun 1894 telah menjalani pemulihan besar-besaran akibat gempa bumi. Ia berkembang menjadi lebih besar. Dan lebih luas sepanjang abad, dengan tambahan beberapa bahagian. Termasuk rumah penginapan. Pada mulanya terdiri daripada dua gudang sahaja. Yang dikenali sebagai Cevahir Bedesten dan Sandal Bedesten.


Hanya Terdiri Daripada Batu, Batu Bata Dan Kayu

Pada awal pembangunan, Grand Bazaar hanya terdiri dari batu, batu bata, dan kayu. Kini sepenuhnya dibina daripada batu dan batu bata. Bata telah digunakan untuk gerbang berkubah. Batu-batu bongkah yang dipotong telah digunakan pada pangkal gerbang. Dan dindingnya pula telah dibina daripada batu bata atau batu.


Bangunan tertua adalah Cevahir atau İç Bedesten. Bangunan kedua tertua adalah Sandal Bedesten.  Kedua-dua bazar adalah contoh tipikal seni bina Uthmaniyah klasik. Cevahir Bedesten, pada mulanya dibina untuk perdagangan kain. Yang dipisahkan daripada yang lain oleh empat pintu. Kemudian berkembang menjadi pasaran untuk emas dan batu permata. Di tengah-tengahnya pula menempatkan sebuah bank.


Sekarang Grand Bazaar mencapai keluasannya. Selepas lorong-lorong terbuka ditutup dengan bumbung berkubah. Manakala bangunan-bangunan yang berasingan disambungkan antara satu sama lain. Di samping memasukkan Rumah-rumah tumpangan atau "Han"  ke dalamnya. Rumah penginapan ini terdiri daripada bangunan dua atau tiga tingkat, yang mempunyai sejarahnya tersendiri.


Tidak Diselenggarakan Dengan Baik


"Han", nama Turki untuk penginapan pengembara di zaman pertengahan. Atau karavan yang datang melalui luluan sutera. Hans yang tersembunyi boleh ditemui di sepanjang bazar. Ditandai dengan nama-nama kecil di depan lorong dan pintu. Kebanyakannya terletak berhampiran dinding luar. Boleh dimasuki melalui lorong-lorong sempit yang agak tersembunyi. 



Sesetengahnya tidak diselenggarakan dengan baik. Ada yang tidak lagi berfungsi sebagai penginapan. Walau bagaimanapun masih lagi mengekal  struktur lamanya untuk mengembalikan nostaligia zaman pertengahan. Menyediakan sudut cafe, kedai roti dan kedai gunting rambut.  Yang ditinggalkan pula dijadikan bengkel pertukangan tradisional.




Hanya 4 Pancuran Yang Tinggal


Selepas  pemulihan akibat gempa bumi 1894, papan tanda  dan paparan windows mula digunakan. Sebelumnya terdapat 29 rumah tumpangan. Tetapi kini hanya 17 masih tinggal. Begtu juga pada mulanya terdapat 5 masjid, 1 sekolah, 7 mata air, 10 telaga, 1 bekas air dan 1 wuduk air pancut. Tetapi hari ini hanya 1 masjid dan 4 mata air yang tinggal.


 
Orang Ramai bagaikan Bertali Arus


Melangkah sahaja ke dalam Grand Bazaar, kami terus menjelajah lorong demi lorong. Yang bagaikan berselirat dengan gerai-gerai yang beranika jenis. Orang ramai pula bagaikan bertali arus. Kadang-kadang bersentuh bahu. Bagaimanapun kami terpaksa berjalan dalam beberapa kumpulan kerana bimbang tersesat. Nasib baik lorong-lorong disusun mengikut pelan grid. Dan kedai-kedai pula dikumpulkan mengikut jenis barangan.


250,000 Hingga 400,00 Orang Setiap Hari


Tidak hairanlah,  5000 gerai menjadi tumpuan untuk memilih serba anika barangan. Ia dibuka setiap hari antara 9:00 pagi hingga 7.00 malam. Kecuali hari Ahad dan semasa cuti umum, atau agama. Dengan keluasannya 54,653 meter persegi dapat pula memberi ruang untuk 250.000 orang hingga 400.000 orang setiap hari.  Kebanyakannya  pelancung dari luar negara. Di samping  penduduk tempatan dari seluruh pelusuk turki  


Barangan yang dijual pada awalnya hanyalah barangan tekstile. Kemudian pada awal abad ke 17, pasar ini mula berkembang. Dan menjadi terkenal di wilayah Mediteranian. Bahkan, hingga pertengahan abad ke 19, kualiti dan kuantiti barangan yang dijual di pasar ini tidak dapat ditandingi di seluruh Eropah.


5,000 Gerai Menjadi Tumpuan


Kebanyakannya daripada barangan khas turki. Terdapat karpet dengan berbagai macam bentuk dan ukuran, pashmina dan pakaian muslim. Terdapat juga tas, sandal, sarung bantal, alas meja, sulaman, barangan dari seramik, aneka jenis lampu. Termasuk berbagai macam aksesoris siap pakai, alatan eletrik dan perabot, barangan tembaga. Selainnya manik tasbih, senjata bertatah, lukisan khat, cermin, paip air dan sebagainya.


Dahulunya barangan direka dan dibuat sendiri oleh peniaga. Tetapi malangnya pembuat selimut, selipar, serban dan tarbus tidak wujud lagi. Selain itu, semua barangan yang dibuat daripada kain, mangkok, dan lampu mempunyai sentuhan tradisi. Atau motif khas Turki dan unsur-unsur islamik. Warna dan bentuk lakaran melambangkan tradisi unik Turki. Setiap ciptaan itu mempunyai sejarahnya tersendiri,  yang mewakili zamannya.


Gerai-Gerai Dikumpulkan Mengikut Barangan


Selain aksesoris khas turki, terdapat lorong-lorong yang  khusus menjual barangan kulit. Antaranya jaket, dompet, dan tas. Ada juga lorong perhiasan, lorong bumbu dan rempah. Termasuk juga makanan terutama turkish delight, dan aneka jenis teh. Terutamanya  apple tea serta kopi khas Turki. Berbagai aneka manisan juga terdapat di sini, terutama baklava Semuanya dibungkus dengan kemas untuk dijadikan ole-ole.


Tidak dapat ditandingi Seluruh Eropah


Di bahagian tengah Grand Bazaar ada kawasan yang bernama Cevahir Bedesten. Kalau dilihat dari atas, kawasan ini adalah di bawah kubah yang paling tengah. Pentingnya Cevahir Bedesten ini adalah kerana menempatkan barangan yang bernilai. Terutamanya emas dan batu permata. Termasuk juga barangan antik yang unik. Antaranya syiling lama, jam tangan, guci, lampu aladin, kaki lilin dan sebagainya. 


 
Tersembunyi Bengkel Pertukangan Tradisional

  

Bagaimanapun terdapat lorong-lorong yang tidak menjadi laluan pelancungan. Malah jarang sekali  diterokai. Lorong-lorong ini menyimpan berbagai kisah kehidupan silamnya. Di satu sudut, rumah tumpangan yang telah ditinggalkan, tersembunyi bengkel pertukangan tradisional. Tukang konvensional masih lagi meneruskan kerja yang diwarisi turun temurun. Kerja-kerja  melebur emas dan gangsa  untuk membuat barangan kemas dan hiasan,


Kini Grand Bazaar menjadi satu destinasi pelancongan yang paling penting. Dan paling popular. Di samping barangannya, lokasinya begitu  strategik. Seni bina silamnya begitu menarik. Dan sejarahnya pula berabad-abad lamanya. Hinggakan kemasyhurannya melangkaui masa. Dan merentasi pelusuk dunia.


Selain daripada itu, panorama di persekitarannya. Terutama di atas bumbung. Telah menjadi latar belakang visual unik bagi pembuat filem antarabangsa. Bukan sahaja kerana struktur bangunan lamanya, malah  kebudayaan dan sejarah yang pelbagai telah mewarnai keunikan. Yang memberi sentuhan yang menakjubkan.




Adegan Motosikal Berbahaya Di Atas Bumbung



Penggambaran  James Bond, Skyfall telah diadakan di Grand Bazaar. Adegan motosikal berbahaya di atas  bumbung Grand Bazaar telah berjaya dilakukan. Dua stuntmen telah melakukan adegan cemas untuk Daniel Craig, selaku James Bond.  Tanpa sedikitpun mengalami kemalangan.





Episod Cemas Berlaku Di Atas Bumbung


Dalam filem Taken 2, persara CIA, Bryan Mills dan isterinya dijadikan tebusan oleh bapa kepada seorang penculik. Untuk membalas dendam kerana kematian anaknya. Penculik telah menyiksa Bryan Mills dan isteri. Episod cemas ini berlaku di atas bumbung Grand Bazaar.




Akhirnya 2.56 petang, kami  keluar melalui pintu gerbang bazar.  Melangkah ke masjid Nuruosmaniye. Hanya lebih kurang 10 langkah daripada pintu Grand Bazaar. Orang ramai kelihatan sudah berada di sekitar kawasan masjid. Agak sesak juga.  Memang strategik kedudukan masjid. Lebih-lebih lagi terletak di laluan utama ke bazar.


"Nuruosmaniye" Bermaksud "Cahaya Osman"

 
Masjid Nuruosmaniye,  terletak dalam kejiranan Çemberlitas di daerah Fatih di Istanbul. Dianggap sebagai salah satu contoh terbaik masjid dalam gaya seni arkitektur Uthmaniyah. Ia dibina di salah satu daripada tujuh bukit di Istanbul. Bukit yang dulu menjadi benteng semulajadi. Kini melatari keindahan Bumi Istanbul.


Contoh Terbaik Gaya seni Arkitektur Uthmaniyah


Masjid ini dibina atas  perintah Sultan Mahmut I, bermula pada 1748 dan disiapkan oleh penggantinya Sultan Osman III pada tahun 1755. Dua orang Arkitek yang mereka bentuk masjid ini, ialah Mustafa Aga dengan dibantu oleh Simeon Kalfa seorang arkitek minoriti Greek.


Ia dinamakan Masjid Nuruosmaniye, yang bermaksud "Cahaya Osman", selepas Osman III. “Cahaya” pula kerana banyak tingkap yang membolehkan cahaya masuk di dalam dewan masjid. Masjid ini terletak berhampiran pintu masuk ke Grand Bazaar.  Dan hanya beberapa meter ke Tiang Constantine dan Masjid bersejarah Gazi Atik Ali Pasha






Yang dibina Oleh Maharajah Rom Constantine


Tiang Constantine, juga dikenali sebagai  Burnt Pillar.  Lajur monumental Roman yang dibina atas arahan Maharaja Rom Constantine pada tahun 330. Manakala Masjid Atik Ali Pasa  dibina oleh  Sinan. Yang seolah-olah  replika Hagia Sophia. Bagaimanapun ia masih merupakan contoh seni bina Uthmaniyah. Dihiasi dengan beberapa seni Islam yang indah. Termasuk kaligrafi dan jubin. 




Atik Ali Pasa Bagaikan Replika Hagia Sophia



Kedudukan masjid Nuruosmaniye ini  di tengah-tengah bangunan kompleks. Yang termasuk madrasah, dapur umum, perpustakaan, kubur, sabil, dan mata air. Selain kedai-kedai di sekitar bangunan. Terasa agak sibuk. Lebih-lebih lagi di laluan pejalan kaki  dari CaÄŸaloÄŸlu Meydani dan Nuruosmaniye Caddesi ke Grand Bazaar. Tetapi  dikatakan lebih selesa dan  aman apabila berada di dalamnya.


Kami terus melangkah  ke halaman Masjid Nuruosmaniye. Terasa berada dalam separuh,  bulatan. Terdapat dua menara. Masing-masing mempunyai dua balkoni. Ia mempunyai kubah tunggal. Yang dikatakan tiada ruang dalam dewan solat. Tetapi dibesarkan kepada empat gerbang. Yang mempunyai diameter 25 meter dengan ketinggian 43 meter. 




Deretan Paip Di Tepi Masjid Untuk Berwuduk



Kemudian kami terus ke deretan paip air di tepi masjid untuk berwuduk. Ada yang terpaksa menunggu giliran, kerana air paip tidak mencukupi. Terasa bagaikan ais apabila air mencurah ke tapak tangan. Angin dingin sekali-sekala menyelinap masuk ke kawasan masjid. Menambahkan lagi sejuknya hingga  ke tulang hitam. 


Tingkap menyediakan banyak Cahaya


3.08 petang, berada dalam masjid. Terpesona dengan perhiasan di dinding utamanya.  Terdapat ukiran batu yang khusus untuk mihrab dan mimbar. Ukiran batu bulan sabit, dimaklumkan terletak di puncak menara. Di sudut timur dewan solat, terdapat ruang solat untuk sultan. Dengan banji antara tiang-tiang. Manakala kewujudan banyak tingkap memaksimumkan penyaluran  cahaya.  Sewajarnyalah diberi nama Nuruosmaniye atau "Cahaya Osman".


Sebenarnya kompleks Nuruosmaniye ini mempunyai perpustakaan manuskrip. Selain beribu-ribu jilid yang mengandungi koleksi yang dimiliki oleh sultan. Seksyen ini ditutup kepada orang ramai. Kecuali untuk penyelidik dengan kebenaran khas. 



4.27 petang, sore sudah lama berlabuh. Tetapi Grand Bazaar tak surut-surut dibanjiri orang ramai. Begitu juga hiruk-pikuk dan kesibukannya tak reda-reda. Memandangkan ada yang tidak puas menjelajah, kami diberi masa untuk aktiviti bebas. 4.46 petang terdengar azan maghrib. 6.12 petang, azan isyak berkumandang dalam hiruk pikuk bazar, . Akhirnya 6.12 petang, kami terpaksa meninggalkan Grand Bazar.




Baby Ameera
(Our Little Wonder)


Let the shoot
get the weather
and let the root
get the water.
The ‘shoot’
will make the future
and the ‘root’
will make the culture.



Masa kini
membuat janji
dan masa depan
membina harapan




 

ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia

Post a Comment

Powered by Blogger.