Qalam Perjalanan



HARI KE 8, 12 DISEMBER 2016 (2) 



 
Santai Sambil Bergurau


10.22 pagi, kami turun dari bas. Dan terus berjalan mengikuti jalan-jalan  sempit. Angin sejuk bagaikan menggit-gigit jari dan muka. Walau bagaimanapun terasa seronok apabila jalan beramai-ramai. Santai  sambil bergurau, we really play our time.





Laluan Menyimpan Memori Pilu


Kedai-kedai di sepanjang laluan kelihatan agak lama. Cat di dinding nampak agak  pudar dimakan cuaca. Mungkin kawasan yang kami lalui ini adalah bandar lama yang kurang dikunjungi. Malah bagaikan terasa laluan itu seolah-olah menyimpan memori pilu di zaman silam.
 


 
Daun Maple Berguiguran Dan Berselerakan

 
10.42 pagi, selepas lebih kurang 20 minit perjalanan, kami sampai di pekarangan Masjid Suleymaniye. Mesjid yang Kedua terbesar di Istanbul. Yang melambangkan pencapaian yang hebat zaman Uthmaniyyah.  Ia dibina atas perintah Sultan Süleyman pada tahun 1550. Yang reka ciptanya berunsurkan seni bina Islam. 



 



Diagram Arkitektur



Sempat bergambar di perkarangan masjid. Berlantarkan laman  yang indah. Yang  dihiasi dengan pohon-pohon  maple. Daun-daun maple yang kering  berguguran, dan berselerakan di bawah pokok. Manakala angin musim luruh dari selat  Bosphorus bertiup dengan lembut. Begitu nyaman. Bagaikan  mengalu-ngalukan kedatangan kami.




Mengatasi Cabaran 355 Tahun


Kelihatan masjid tersergam. Hebat. Dan mempersonakan.  Mampu mengatasi cabaran pelbagai zaman.  Selama 355 tahun. Justeru,  ia disytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sudah pasti masjid ini melalui likuan-likuan sejarah yang panjang. Dan masih lagi menyimpan mistri dan rahsia dilipatan sejarahnya.



 
Kubah Tertinggi Dalam Empayar Uthmaniyyah



Masjid ini panjangnya 59 meter, dan  lebarnya 58 meter. Kubah utama adalah 53 meter tinggi. Mempunyai garis pusat 26.5 meter. Sewaktu ia siap dibinakan, kubah tersebut adalah yang tertinggi dalam Empayar Uthmaniyyah. Diukur dari asasnya. Tetapi masih lebih rendah dari tingkat lantai.  Dan lebih kecil pada garis pusat daripada Haghia Sophia.





 
Mempunyai Empat Menara



 

Kompleks ini mempunyai empat menara. Menara-menara tersebut mempunyai sejumlah 10 dewan solat  dan halaman. Kompleks masjid juga termasuk satu caravanserai, sebuah dapur awam yang membekalkan makanan untuk fakir miskin dan sebuah hospital. Di samping  empat Madrasah al-Quran, sebuah sekolah pakar untuk pengajian hadith, dan sebuah rumah mandi.






Kuburan Di Taman Belakang Masjid



 

Dalam taman belakang masjid ada dua makam.  Makam sultan Sulaiman 1 dan isteri baginda Roxelana (Haseki Hürrem). Termasuk anak perempuan  Mihrimah, ibu  DilaÅŸub Saliha dan adik-beradik perempuan Asiye. Sultan Suleiman II , Ahmed II dan Safiye anak perempuan Mustafa II, juga dikebumikan di sini.
 
  

Bagaikan Penunggu Langit

 

Dari segi lokasi, kedudukannya begitu strategik. Terletak  di atas bukit yang ketiga daripada tujuh bukit Istanbul. Ianya bagaikan penunggu langit yang setia. Malah dianggap sebagai  jambatan antara abad ke-16 dan masa kini. Melangkah sahaja  ke dalam masjid, ia bagaikan  pintu zon masa. Yang membawa kepada masa lalu, ke zaman silam Uthmaniyah.



Karya Arkitek Mimar Sinan



Masjid Sulaimaniye adalah karya arkitek Mimar Sinan. Di antara banyak karyanya, masjid Sulaimaniye ini menjadi begitu monumental. Malah diakui oleh Mimar Sinan sebagai karyanya yang termasyhur. Tambahan pula masjid ini  telah dibangunkan di Kota Edirne dari tahun 1551 - 1588.  

Demikian Kota Edirne menjadi gerbang, penghubung antara daratan Turki dengan Benua Eropah. Oleh karena itu, pilihan Edirne sebagai tempat pembangunan masjid dianggap pilihan yang sangat strategik. Lebih-lebih Sebagai laluan untuk menguasai wilayah barat.



Pembinaan Masjid Berdasarkan Mimpi




Tapak pembangunan masjid tersebut didasarkan pada mimpi Sultan Selim II. Menurut catatan Evliya Celebi, seorang penjelajah. Di dalam mimpinya, Nabi Muhammad SAW memerintah Sultan untuk membangunkan sebuah masjid di Erdine.

Mengikut ceritanya, Sultan Suleyman telah mewajibkan semua pekerja yang membina masjid itu dalam keadaan berwudhu. Malah Sultan Suleyman akan memecat sesiapa yang mengengkari arahannya. Demikian kemuliaan dan kesucian masjid sentiasa dipelihara, dari mula ia dibina hinggalah sekarang.




Kehebatan Hagia Sophia Dapat Dtandingi




Dengan terbinanya masjid ini, akhirnya kehebatan Hagia Sophia dapat ditandingi. Mimar Sinan berjaya mendirikan Masjid Selaimaniye yang memiliki kubah berdiameter 31 meter, setara dengan kubah Hagia Sophia.  Tinggi kubah utama dari lantai dasar Masjid  adalah 42 meter.




Dari Kaca Mata Pelukis



Masjid Sulaimaniye memiliki empat menara pada keempat sudutnya. Kubahnya berdiameter 26 m dengan ketinggian 51,8 m. Halamannya berbentuk persegi panjang dengan sebuah tempat wudhu berupa air pancuran (sardivan) di tengahnya. 

 

Pada keempat sudut masjid, berdiri empat buah menara setinggi 84 meter. Masing-masing menara memiliki tiga buah balkoni. Dua menara di antaranya memiliki tiga buah pintu tangga yang menuju langsung pada ketiga balkoninya. Terdapat tiga jalur tangga yang berbeda pada sebuah menara. Hal tersebut merupakan bukti lain dari kejeniusan seorang Mimar Sinan.



Dari Kaca Mata Fotografer




Ruang utama masjid terdiri dari dua lantai. Lantai dasar sebagai tempat solat utama, dan lantai atas berupa balkoni yang mengelilingi ruangan utama. Seni bina seperti ini adalah ciri khas masjid berarkitektur Turki Usmani.


 

Diterangi Oleh 384 Jendela




Masjid Sulaimaniye diterangi oleh 384 buah jendela. Ratusan jendela itu pula terbagi ke dalam lima tingkatan. Jendela-jendela pada tingkat terbawah dan tingkat kedua menerangi lantai dasar dan balkoni masjid. Barisan jendela pada tingkat ketiga dan keempat merupakan jendela-jendela clerestory (jendela pada dinding atas). Yang cukup banyak membiaskan cahaya ke dalam masjid. 


Pada tingkat kelima terdapat deretan jendela kubah yang menerangi dalaman kubah masjid. Mimar Sinan menggunakan kaca jendela berwarna terang untuk memberikan efek pencahayaan yang maksima.   Dalaman  masjid didominasi oleh marmar berwarna putih dan coklat muda dari Pulau Marmara Dan juga ubin Seramik yang berasal dari Kota Iznik


 
 
Kaligrafi Karya Hasan Celebi



Berbagai ornamen kaligrafi karya Hasan Celebi, hiasan arabes, dan muqarnas khas corak Usmani klasik. Turut menghiasi dalaman dan luarannya. Hampir seluruh lengkungan antarpilar yang terdapat pada Masjid Sulaimaniye terdiri dari balok-balok berbentuk lengkungan berwarna merah dan putih. Yang disusun secara berselingan.

Di dalam masjid, tepat di tengah ruang solat utama terdapat mahfil muazin. Bangunan menyerupai pawagam yang berfungsi sebagai tempat untuk mengumandangkan azan. Mahfil muazin di Masjid Sulaimaniye memiliki ketinggian 2,4. meterDitopang oleh 12 tiang kecil dengan lengkungan berukir. 





Marmar Merah Di Pintu Gerbang

 

Anihnya di pintu masuk, terdapat marmar merah di tengah-tengah  lantai yang dikelilingi  marmar putih. Mengikut cerita, marmar merah ini  adalah hadiah dari seorang raja RomawiRaja Romawi telah memintan Sultan Sulaiman untuk meletakkan marmar itu di dekat mihrab. Sultan begitu senang dengan hadiah tersebut, tetapi merasa curiga setelah ia merenunginya.

Akhirnya Sultan memanggil arkitek dan ahli geologi  untuk menyelidiki keistimewaan marmar itu. Rupa-rupanya di dalam mamar merah itu itu terdapat simbol-simbol salib. Sultan rasa tersinggung. Lalu mengarahkan agar meletakkannya di dekat pintu gerbang, untuk dipijak-pijak oleh ribuan kaki.


Dalam mengharungi zaman, masjid ini mengalami beberapa cabaran dan pembaharuan. Pada tahun1660 Masjid ini telah dimusnahkan oleh api. Dan telah dipulihkan oleh Sultan Mehmed IV. Sebahagian daripada kubahnya runtuh lagi semasa gempa bumi pada 1766. Masjid ini pernah tiga kali direnovasi iaitu pada 1849, 1960, dan 2010. Namun sekarang semakin kuat untuk menahan gempa hingga 8,0 skala richter






Baby Ameera
(Our Little Wonder)


Let the picture
keep your memory
and let the future
keep your destiny.

The memory
is your story
and the destiny
is your journey.



Yang berlaku
biar berlalu
dan yang mendatang
biar terancang




ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai






 
HARI KE 8, 12 DISEMBER 2015 (2)





Dilahirkan pada 6 November 1494. Merupakan Sultan Kerajaan Uthmaniyah yang kesepuluh. Dan paling lama memerintah. Dari tahun 1520 sehinggalah kematiannya pada tahun 1566. Di Barat, beliau dikenali sebagai Suleyman the Magnificent (Suleyman Yang Hebat).  Manakala di Timur, beliau dikenali sebagai Kanuni Sultan Suleyman Kanuni bermaksud "Pembuat Undang-Undang".


Miniatur Peperangan Suleyman The Magnificient



Diberi gelaran al-Qanuni, kerana jasanya di dalam memodenkan sistem perundangan kerajaan Uthmaniyah. Suleyman menjadi pemerintah terkenal di Eropah pada abad ke 16, mencapai kemuncak kuasa ketenteraan, politik dan ekonomi. Baginda sendiri telah memimpin tentera Uthmaniyah untuk menakluki kawasan Kristian di Belgrade, Rhodes, dan kebanyakannya di Hungary sebelum penaklukannya dipatahkan di dalam Perang Vienna pada tahun 1529. 





Beliau memberi perhatian yang lebih di Timur Tengah. Terutama dalam konflik dengan kerajaan Safavid di Parsi. Dan kebanyakan jalur rumput di  barat Algeria yang terletak di Afrika Utara. Semasa pemerintahannya, angkatan tentera laut Uthmaniyah telah menguasai kawasan laut  Mediterranean sehingga ke Laut Merah dan Teluk Parsi.



             

Sultan Suleyman telah memecahkan tradisi kerajaan Uthmaniyah dengan mengahwini Roxelana. Seorang gadis Eropah. Roxelana adalah kesayangan sultan.  Kemudiannya menjadi ketua permaisuri, dan isteri sah kepada Sultan Suleyman.  Dan ibu kepada Sehzade Mehmed, Mihrimah Sultan, Sehzade Abdullah, Sultan Selim II, Sehzade Bayezid dan Sehzade Cihangir. 




Beliau adalah salah seorang wanita yang paling berkuasa, dan berpengaruh dalam sejarah Uthmaniyah. Tokoh yang terkenal dan kontroversi semasa era yang dikenali sebagai Kesultanan Wanita. Ketika suaminya, Sultan Suleyman memerintah sebagai sultan Uthmaniyyah. Dia mencapai kuasa dan mempengaruhi politik Empayar Uthmaniyah melalui suaminya. Turut memainkan peranan yang aktif dalam hal ehwal politik Uthmaniyah





Menurut beberapa sejarawan, Roxelana dilahirkan sebagai Aleksandra Ruslana Lisowska, atau Anastasja Lisowska. Manakala nama samaran zaman kanak-kanak beliau adalah Nastia. Dalam kerajaan Uthmaniyyah, beliau dikenali  sebagai Haseki Hürrem Sultan (ketua pemaisuri). Juga dikenali sebagai Roxolena, Roxolana, Roxelane, Rossa dan Ruzica.


Beliau dilahirkan di bandar Rohatyn. Sebuah bandar utama Ruthenian Mazowieckie dalam Kerajaan Poland (hari ini di Barat Ukraine).  Pada tahun1520 Crimean Tatar telah menangkap beliau, semasa salah satu serbuan. Dan menjadikan beliau hamba.  Semasa di Konstantinopel  beliau dipilih  untuk menjadi harem Sultan Suleyman.


Cinta Sultan Suleyman pada isterinya Roxelana terluah dalam bait-bait sajaknya.


Takhta  saya sunyi, 
kekayaan saya, cinta saya, cahaya bulan saya.
   rakan saya yang paling ikhlas, kepercayaan saya, kewujudan saya, 
  Sultan saya, satu-satunya saya dan hanya cinta.


Yang tercantik di kalangan yang cantik ...
 musim bunga saya, cinta keriangan saya, siang saya, kekasih saya, 
bisikan dedaun ...
 tanaman saya, wangian, bunga ros saya, satu-satunya yang tidak 
   menyiksa saya di dunia ini ...


Roxena digambarkan sebagai "the most beautiful among the beautiful". Bukan sahaja menjadi asyik makhsyuk kepada Sultan Suleyman, malah menjadi godaan inspirasi kepada pelukis, penyajak dan pereka patung. Potretnya diabadikan dalam lipatan sejarah sebagai permaisuri yang tercantik di zaman Untmaniyah.


 
Patung Roxelana Rekaan Black Hill


Berbalik kepada Sultan Suleyman. Seawal usia 7 tahun, beliau telah dididik dengan ilmu kesusasteraan, sains, sejarah dan teologi. Di sampingn taktik ketenteraan di Istana Topkapi. Sewaktu kecil, beliau berkawan rapat dengan seorang hamba Pargal iaitu Ibrahim Pasha. Yang kemudiannya menjadi penasihat dan panglima tentera yang paling dipercayai sewaktu zaman pemerintahannya.


Pada usia 17 tahun, Sultan Suleyman menjadi gabenor Istanbul. Kemudian diangkat menjadi sultan pada usia 25 tahun. Mengganti ayahandanya Sultan Selim I, yang telah mangkat. Seterusnya beliau  telah memulakan beberapa siri ketenteraan. Di antaranya ialah dengan memadamkan pemberontakan di Damsyik pada tahun 1521.


Sultan Suleyman telah membuat persiapan untuk menakluki Belgrade daripada kerajaan Hungary. Yang gagal dicapai oleh moyangnya iaitu Mehmed II. Tentera Uthmaniyah telah mengelilingi Belgrade, dan memulakan pengeboman dari pulau yang terletak di Danube. Dengan hanya tentera sebanyak 700 orang dan tidak menerima sebarang bantuan dari Hungary, Belgrade berjaya ditakluki pada bulan Ogos 1521.


Berita penaklukan tentera Islam ke atas salah satu pertahanan kerajaan Kristian telah menimbulkan kebimbangan ke seluruh Eropah. Duta Empayar Rom  ke Konstantinopel telah berkata, "Penaklukan Belgrade telah menjadi permulaan kepada peristiwa penting yang akan menghuru-harakan  Hungary" .


Jalan ke Hungary dan Austria sudah terbuka, tetapi Sultan Suleyman telah mengalihkan perhatiannya ke Pulau Rhodes.  Yang merupakan pangkalan tentera Kesatria Hospitaller. Tentera Kesatria ini telah melakukan aktiviti perlanunan berdekatan Asia Minor dan Levant. Yang menimbulkan masalah kepada  kerajaan Uthmaniyah



Penaklukan Pulau Rhode


Pada musim panas tahun 1522, Sultan Suleyman telah menghantar armada laut sebanyak 400 kapal. Pada masa yang sama memimpin tentera sebanyak 100,000 orang. Lalu melintasi Asia Minor ke arah kedudukan yang bertentangan dengan pulau. Selepas berlakunya Perang Rhodes selama lima bulan, akhirnya Rhodes telah berjaya ditakluki .

 
 
Menewaskan Raja Louis II Di Mohacs

 
Oleh kerana perhubungan di antara Hungary dengan kerajaan Uthmaniyah retak, Sultan Suleyman telah menyambung kempennya di timur Eropah dan pada 29 Ogos 1526. Beliau berjaya menewaskan Raja Louis II (1506–1526) di dalam Pertempuran Mohács. Pertahanan Hungary telah dimusnahkan. Dan Empayar Uthmaniyah telah berjaya menguasai kawasan timur Eropah.


Di bawah pimpinan Charles V iaitu Maharaja Rom dan adiknya Ferdinand yang merupakan Archduke Austria, Habsburgs telah mengambil alih Buda dan Hungary. Sebagai hasilnya, pada tahun 1529, Sultan Suleyman sekali lagi mara melalui lembah Danube dan dapat menawan Buda pada msuim luruh di dalam Perang Vienna.




Jajahan Di Bawah kuasa Sultan Suleyman



Di dalam tahun 1540, pembaharuan konflik di Hungary memberi peluang kepada Sultan Suleyman  untuk membalas dendam di atas kekalahannya di Vienna. Pada tahun 1541, Habsburgs sekali lagi terlibat di dalam konflik dengan kerajaan Uthmaniyah dengan melancarkan perang ke atas Buda. Mereka berjaya menawan tentera Habsburg.


Ferdianand dan adiknya Charles V telah dipaksa untuk membuat persetian lima tahun dengan Sultan Suleyman. Dengan memastikan musuh utamanya di Eropah telah dimusnahkan, Beliau telah membentuk Empayar Uthmaniyah. Sebagai peneraju utama di dalam landskap politik Eropah.


Pada tahun 1553, Sultan Suleyman  telah mengarahkan Perdana Menterinya Ibrahim Pasha. Mengetuai tentera ke  Asia untuk mengambil semula Bitlis. Dan menakluki Tabriz tanpa sebarang halangan. Selepas beberapa tahun baginda dan Ibrahim Pasha membuat beberapa serangan ke atas Baghdad. Akhirnya komandernya menyerah diri. Dan mengesahkan Sultan Suleyman Isebagai pemimpin dunia Islam. Pengganti kepada kerajaan Abbasiyah.


Sultan Suleyman juga telah memulakan kempen perang yang kedua. Sasaran terhadap Shah Tamasp pada tahun 1548-1549 dalam usahanya menewaskan kerajaan Safavid. Pada tahun 1553 baginda  telah memulakan kempen perang yang ketiga. Dan terakhir ke atas Shah. Pada tahun 1554, satu penyelesaian telah dibuat di mana di dalamnya termasuk kempen Sultan Suleyman  di Asia.



Peperangan Di Laut


Di Lautan Hindi, Sultan Suleyman  telah mengetuai beberapa angkatan laut untuk mengusir orang Portugis. Dan mengadakan semula perhubungan perdagangan dengan India. Kerajaan Uthmaniyah telah menakluki Aden di Yaman pada tahun 1538. Lalu dijadikan pangkalan laut untuk menghapuskan pengaruh Portugis di semenanjung barat India.


Bagaimanapun tentera laut Uthmaniyah gagal menewaskan Portugis di dalam Perang Diu pada bulan September 1538. Tetapi mereka kembali ke Aden. Di mana mereka mempertahankan bandar itu dengan 100 buah meriam. Dari pangkalan ini, baginda dan Ibrahim Pasha membuat keputusan untuk mengambil alih seluruh negara Yaman dan ibu kotanya Sa'na.


Penduduk Aden menentang penaklukan kerajaan Uthmaniyah. Dan mempelawa Portugis untuk mentadbir bandar ini sehingga ianya dirampas Piri Reis  di dalam Penaklukan Aden (1548). Dengan mengawal Laut Merah, Sultan Suleyman berjaya menguasai laluan perdagangan India. Di samping mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan India sepanjang abad ke 16.


Pada tahun 1564, Sultan Suleyman  telah menerima hadiah daripada Aceh. Yang meminta sokongan kerajaan Uthmaniyah  dalam usahanya untuk menentang Portugis. Sebagai hasilnya ekspedisi tentera Uthmaniyah ke Aceh,  membolehkan Aceh menerima sokongan ketenteraan yang lebih kukuh.


Sultan Suleyman merupakan pentadbir yang mementingkan hak kesamarataan. Tanpa mengira pangkat dan darjat. Malah, di bawah pentadbiran baginda , umat Islam dan orang Yahudi dapat hidup dengan aman dan damai.


Kaedah pemilihan yang ketat dalam perlantikan gabenor membantu baginda untuk melaksanakan undang-undang Islam dengan berkesan. Tanpa memilih populariti atau status sosial seseorang. Baginda sendiri akan merisik tentang keperibadian bakal gabenor yang dilantik untuk memastikan wakil atau gabenor benar-benar bersih dan cekap. Kebijaksanaan baginda dalam mentadbir kerajaan Uthmaniyah banyak dibukukan.


 
Pentadbiran Yang Mementingkan Hak Kesamarataan



Sultan Suleyman digelar Al-Qanuni kerana jasa baginda dalam mengkaji dan menyusun semula sistem undang-undang kerajaan Uthmaniyah. Dengan perlaksanaannya secara teratur, dan Tanpa kompromi. Berikutan keadaan masyarakat Islam Turki Uthmaniyah ketika itu mempunyai latar belakang dan sosio budaya yang berbeza.


Sejarawan Lord Kinross mencatat bahawa "Ia tidak hanya merupakan pemimpin tentera yang besar, memimpin dengan pedang, seperti ayah dan datuknya, tetapi berbeza dari mereka kerana ia juga memimpin dengan pena. Ia merupakan legislator ulung, berdiri di depan mata rakyatnya sebagai penguasa yang berjiwa besar dan pengamal keadilan yang murah hati”,


Hukum utama empayar adalah Shari'ah. Sultan tidak berkuasa mengubah hukum Islam tersebut. Undang-undang lain yang dikenali sebagai Kanuns (undang-undang kanonik) bergantung pada kehendak Sultan Suleyman sendiri, dan meliputi bidang jenayah, pemilikan tanah, dan percukaian. 


Sultan Suleyman mengumpulkan semua keputusan yang dikeluarkan oleh sembilan sultan Uthmaniyah sebelumnya. Setelah menghilangkan duplikasi dan memilih menolak yang bertentangan, baginda mengeluarkan undang-undang, yang disusun secara hati-hati agar tidak melanggar undang-undang dasar Islam.


Sultan Suleyman, disokong oleh Mufti Agung Ebussuud, berupaya mereformasi undang-undang agar dapat disesuaikan dengan perubahan dalam empayar. Ketika undang-undang Kanun mencapai bentuk akhirnya, undang-undang tersebut dikenali sebagai kanun-i Osmani, atau "undang-undang Utsmaniyah". Undang-undang Sultan Suleyman diterapkan selama lebih dari tiga ratus tahun.


Dalam usahanya untuk mengukuhkan Uthmaniyah , beliau juga membuat penyusunan dan kajian tentang budaya masyarakat Islam Turki Uthmaniyah yang datang dari Eropah, Parsi, Afrika & Asia Tengah untuk diselaraskan dengan kehendak undang-undang Syariah Islamiyah. Undang-undang Kanuni baginda telah memperbaiki bentuk empayar Uthmaniyah selama berabad selepas kematiannya.


Selain merupakan penyair dan tukang emas Sulaiman juga telah menjadi penaung kesenian, dan zamannya telah mencapai zaman keagungan kerajaan Uthmaniyah di dalam bidang kesenian, kesusasteraan dan pembangunan seni reka bentuk. Beliau boleh bertutur di dalam lima bahasa iaitu Bahasa Turki Utsmaniyah, bahasa Parsi, Arab, Serbia dan Chagatay (dialek bahasa Turki berkaitan dengan bahasa Uighur).


Sultan Suleyman berjaya mencipta gaya seni berbeza yang menjadi warisan artistik yang khas. Baginda sendiri adalah seorang penyair yang handal, karyanya ditulis dalam bahasa Parsi dan Turki dengan nama samaran muhibbi (Pecinta). Beberapa kalimat dalam puisi baginda dijadikan peribahasa Turki, salah satunya yang terkenal adalah: "Semua orang ingin menyampaikan maksud yang sama, tetapi ada banyak versi ceritanya."

Ungkapan terkenal
Orang berfikir kekayaan dan kuasa sebagai nasib yang paling besar,
Tetapi dalam dunia ini  kesihatan adalah kuasa yang terbaik.
Apa yang lelaki memanggil kedaulatan adalah perselisihan duniawi 
dan peperangan yang berterusan;
Ibadah kepada Allah adalah takhta tertinggi dan puncak kegembiraan)


Selain Sultan Suleyman, banyak seniman lain yang juga memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan sastera Utsmaniyah, termasuk di antaranya Fuzuli dan Baki. Sejarawan Sastera E. J. W. Gibb mengamati bahawa "tidak pernah ada dalam sejarah dunia dorongan yang sedemikian besar terhadap perkembangan puisi kecuali pada masa kekuasaan Sultan yang satu”.


Dalam bidang Pendidikan, sekolah digabung dengan masjid dan dibiayai oleh yayasan agama, sehingga memberikan pendidikan percuma bagi anak-anak Muslim. Di ibukotanya, Sultan Suleyman meningkatkan jumlah sekolah dasar menjadi empat belas, serta mengajarkan anak-anak membaca dan menuulis, serta prinsip- prinsip Islam.


Anak yang ingin mendapat pendidikan lebih lanjut dapat meneruskan pendidikannya ke salah satu daripada lapan madrasah. Pembelajaran yang sedia adalah tata bahasa, metafizik, falsafah, astronomi, dan astrologi. Madrasah tinggi memberikan pendidikan tingkat universiti, dan lulusannya menjadi imam atau pengajar. 


 Selain daripada itu, Sultan Suleyman juga terkenal kerana membiayai beberapa arsitektur monumental di kesultanannya. Beliau bercita-cita menjadikan Konstatinopel sebagai pusat peradaban Islam melalui pembangunan pelbagai objek termasuk jambatan, masjid, istana, dan lain-lain. 


Beberapa monumen yang paling termahsyur dibuat oleh arkitek  Mimar Sinan. Beliau bertanggung jawab membina tiga ratus monumen di seluruh kesultanan, termasuk dua mahakarya masjid Süleymaniye dan Selimiye-yang disebutkan terkini dibina di Edirne pada masa kekuasaan anak Suleiman, Selim II.


Sultan Suleiman juga melakukan pemulihan terhadap Kubah As-Sakhrah dan tembok bandar di Baitulmuqaddis (yang kini menjadi tembok Kota Tua Jerusalem), mengubahsuai Ka'bah di Mekah, dan membuat sebuah kompleks di Damsyik.


Demikian hebatnya Sultan Suleyman, bukan sahaja dari segi ketenteraan, malah pentadbiran baginda yang berpandukan kepada undang-undang. Kisah Suleyman The magnificient banyak ditulis di dalam  buku-buku


 


 
Baby Ameera
(Our Little Wonder)

Let the picture
keep your memory
and let the future
keep your destiny.

The memory
is your story
and the destiny
is your journey.



Yang berlaku
biar berlalu
dan yang mendatang
biar terancang





 
ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
 
Powered by Blogger.