Qalam Perjalanan

HARI KETIGA : 24 MAC 2014 (2)
 Gunung Fuji - Rimba Aokigahara
(Besaksi Di Mata Bersemi Di jiwa)



Sebenarnya banyak mitos dan mistik tentang Gunung Fuji. Rahsia dan keajaiban yang tersembunyi.  Kononnya  belum lagi terungkap. Segala-galanya tentang Fujiyama, menjadi daya tarikan untuk pendakian.





320,975 Pendaki

Menurut statistik rasmi oleh Taman Negara Jepun, bilangan pendaki mencapai rekod 320.975 pendaki pada tahun 2010. Berkurangan Pada tahun 2011 akibat  gempa bumi dan tsunami . Walau bagaimanapun bilangannya pulih sedikit pada tahun 2012. Pada tahun 2015 hanya 234.217 pendaki.


 4 Laluan Fuji

Laluan Yoshida


Untuk pendakian terdapat 4 laluan ke puncak Gunung Fuji. Antaranya, Laluan Yoshida yang paling pupular.  Laluan lain termasuklah  Laluan Fujinomiya, Laluan Subashiri dan Laluan Gotemba. Bulan pendakian yang paling baik ialah bulan Julai iaitu ketika musim panas.



Ketinggian Dan Masa Pendakian

Secara purata lebih kurang 6 jam 20 min untuk mendaki. Untuk menuruni masanya 3 jam. 20 min. Pendakian yang paling ideal adalah pada waktu malam. Mungkin lebih tenang. Tidak ada bahaya angin ribut atau taufan.  


Lautan Awan
Fenomena "Ungkai"

Malah lebih berkesempatan untuk menjadi antara yang pertama melihat matahari terbit di Lautan Pasifik. Kalau lebih bernasib baik pendaki dapat melihat fenomena “unkai”,  bermaksud matahari terbit dari “lautan awan”. Keindahan yang sukar dipercayai. Sukar dilukis dengan warna dan sukar ditutur dengar kata. Demikian "bersaksi di mata bersemi di jiwa"


Kapasiti Pondok

Juga terdapat lebih 40 pondok disediakan. Kesesakan berlaku ketika musim mendaki pada bulan Julai. Bayangkan 40 pondok untuk 700 pendaki. Pasti tak lena sepanjang malam. Ia lebih selesa pada bulan September, tetapi kurang transpot ke tapak pendakian. Lebih-lebih lagi taufan kerap berlaku pada bulan September.


Mountaineer
Skilful Climbing

Purata suhu di puncak gunung pada musim mendaki itu ialah antara 5-8C. Kadang-kadang jatuh di bawah paras beku jika angin kencang. Bukan sahaja  berasa teramat dingin, tetapi pendaki terdedah kepada sindrom hipotermia. Suhu badan akan menjadi lebih rendah dari suhu normal.

Namun peribahasa Jepun ada mengungkapkan kata-kata: “If you come to Japan and don't climb Mt. Fuji, you're a fool; but if you climb it more than once, you're an even BIGGER fool".  Mungkin bermaksud cukuplah sekali mendaki. Kali kedua belum tentu lagi bernasib baik.


Rimba Mistri 

Bagaimanapun di barat laut di kaki Gunung Fuji terdapat rimba mistri Aokigahara. Seluas 35 kilometer persegi. Dianggarkan berusia 1200 tahun. Disebut juga "Sea Of Trees"  atau "Hutan Lautan".  Demikian dikatakan, ketika angin memuput rimbunan pepohon kelihatan berombak-ombak bagaikan lautan.

Dikenali juga sebagai "Sucide Forest". Tempat yang sunyi, agak gelap dan padat dengan tumbuhan-tumbuhan. Menjadi lokasi yang paling popular untuk membunuh diri di Jepun.


Sucide Forest
Rimba Aokigahara

Pada tahun 2003, 105 mayat ditemui. Melebihi rekod sebelum ini 78 mayat pada tahun 2002. Pada tahun 2010, dianggarkan lebih 200 orang telah cuba membunuh diri. Hanya 54 mayat dijumpai. Kebanyakannya menggantung diri atau mengambil dadah berlebihan.


Suicide Forest

Boleh dikatakan Rimba Aokigahara adalah "the perfect place to die". Tempat yang paling popular kedua di dunia untuk membunuh diri selepas Jambatan Golden Gate. Walau bagaimanapun pihak berkuasa Jepun tidak lagi  melaporkan jumlah membunuh diri, untuk mengelakkan tempat ini menjadi lebih popular.


The Forest
The Forest



Kerana popularnya "Suicide Forest", ia menjadi lokasi filem horor Hollywood The forest”. Kolaborasi antara Negara Jepun dan Amerika Syarikat. Yang membuat penggambaran di rimba mistri Aokigahara. Dibintangi oleh Natalie Dormer yang merupakan bintang di serial Game of Thrones.





Post a Comment

Powered by Blogger.