Qalam Perjalanan


Menyingkap Rahsia 



HARI KE 3 : 7 DISEMBER 2015
Cumalikizik
(Membuka Rahsia Di Desa Purba)




OTW To Cumalikizik

8.30 pagi, kami terpaksa meninggalkan Ulu Camii, dan meneruskan perjalanan. Jalan mula berliku-liku. Terasa semakin jauh ke pedalaman, semakin mengecil jalan yang  dilalui.  Pokok-pokok di kiri kanan jalan bagaikan mengalu-ngalukan kedatangan kami. Udara semakin terasa sejuk, tetapi terasa begitu nyaman dan aman.

Lonely Road
Tapak Warisan Dunia

9.45 pagi, lebih kurang sejam lebih baru kami sampai di pinggir desa Cumalikizik. Ianya sebuah desa purba yang  menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO. Digazetkan pada tahun 2014. Cumalıkızık adalah desa Uthmaniyah yang tertua di rantau Bursa. Masih lagi mengekalkan arkitektur silam Uthmaniyah.


Kaki Gunung
Gunung Uludug

Desa ini merupakan salah satu daripada tujuh buah desa. Di mana puak Kızık di Oghuz (Oguz) Turki yang telah berhijrah dari Asia Tengah. Ia bermula sejak tahun 1300 apabila Orhan Gazi pertama kali datang ke rantau ini. Lalu menerokai lembah di kaki gunung Uludug.


Daerah Yildrim
Desa Terpencil

Agak Terpencil di kaki gunung Uludug.  Dalam daerah Yıldırım Bursa,  iaitu 10 kilometer ke timur bandar Bursa. Cumalıkızık diwujudkan sebagai sebuah desa Vakıf. Sebagai khazanah sejarah, desa ini telah terpelihara selama berabad-abad. Dengan tinggalan-tinggalan sejarah, Cumalikizik berpotensi menjadi destinasi pelancongan yang popular.


Muzium Etnografi

Kebanyakan artifak sejarahnya  disimpan dalam Muzium Etnografi Cumalikizik. Bertempat di desa itu sendiri.  Mempamirkan koleksi purba yang disumbangkan oleh penduduk desa. Antaranya: lampu, alat pemanas, perkakas dapur, peralatan pertanian, senjata api dan peralatan memburu.

Selain Cumalikizik terdapat lain-lain desa yang kurang terpelihara, saperti Değirmenlikızık, Derekızık, Hamamlıkızık, Fidyekizik, Dallikizik dan Bayindirkizik. Kelompok-kelompok desa ini terletak berdekatan. Walau bagaimanapun desa-desa ini terselamat daripada kebakaran akibat Perang Kemerdekaan 1918-1922.


Perkampungan
Rumah Purba



Desa ini telah ditubuhkan pada awal kerajaan Uthmaniyah sekitar 1300. Mengikut ceritanya, sekumpulan puak Kizik mahu berhijrah dari wilayah puak Karaceli. Bagi mengelakkan pergaduhan antara puak Kizik dan puak Karaceli, Sultan Ertugrul Ghazi  (ayah Sultan Osman Ghazi, pengasas kerajaan Uthmaniyah) telah memerintahkan  7 orang lelaki kacak dari puak Kizik dikahwinkan dengan 7 orang perempuan cantik dari puak Karaceli


Cumalikizik's Woman
Warga Emas Cumalikizik

Daripada penyatuan ini, maka lahirlah 7 desa Kizik dan salah satunya ialah Cumalikizik. Mengikut versi lain, nama "Cumalikizik" adalah gabungan daripada "cumali" bererti "jumaat", manakala "kizik" bererti "desa". Asalnya ialah tempat di mana penduduk-penduduk daripada desa-desa lain berhimpun untuk mengadakan solat Jumaat. Akhirnya tempat perjumpaan itu menjadi desa yang diberi nama "Cumalikizik".


Menyusuri
Lorong Berbatu



Celah Rumah


Desa Cumalıkızık yang berusia 700 tahun, telah lama terpencil. Akhirnya terpaksa membuka pintu desanya untuk pelancongan, melalui Projek Agenda 21 Cumalıkızık Perlindungan-Pemeliharaan Wilayah Bursa. Namun sejarah desa ini akan tetap dilindungi dan dipelihara. Rumah-rumah purba dikekalkan, manakala pembinaan bangunan konkrit baru diharamkan.

    

Penjaja Kecilan
Memilih souvenir

Tawar-Menawar

Penduduk kampung juga disarankan untuk memodenkan bilik mandi dan dapur.  Membuka satu bilik home-stay untuk pelancong. Selain itu, berbagai kemudahan juga disediakan. Antaranya penginapan, restoran, tandas awam dan gerai-gerai. Semuanya diuruskan oleh penduduk tempatan untuk meningkatkan sosio-ekonomi mereka.

Demikian desa Cumalikizik bagaikan menyambut kami. Tetapi anih. Terasa aura mistri menyelubungi desa. Seolah-olah kami memasuki zon masa yang membawa  ke  abad 14 . Kelihatan jalan-jalan purbanya berturapkan batu. Begitu juga lorong-lorong sempit, yang diapit oleh rumah-rumah lama yang memaparkan seni bina silam Uthmaniyah.


Bertingkat

Kebanyakan rumah terdiri daripada tiga tingkat. Tingkat bawah daripada batu, biasanya digunakan sebagai bengkel dan stor makanan. Mereka tinggal di tingkat dua dan tiga. Tingkat dua dan tiga, diperbuat daripada kayu. Tingkat  dua dengan siling yang rendah didiami ketika musim sejuk, manakala tingkat atas sekali  dengan siling yang tinggi adalah kediaman musim panas.


Tanpa Kaki 5
Lorong Kedai

Rumah pula dibina tanpa menyekat pandangan rumah-rumah yang lain. Walaupun dibina berdekatan, mereka saling menghormati  privasi  masing-masing. Tingkap-tingkap semuanya menghadap ke  jalan, halaman atau masjid. Boleh melihat dari dalam rumah tetapi tidak dari luar. Demikian privasi dan keselamatan penghuninya terkawal.

Cara  rumah dibina dan bahan-bahan daripada batu dan kayu dapat memerangkap haba untuk pemanasan musim dingin. Tingkap-tingkap pula agak kecil tetapi berkisi dan berunjur, membolehkan angin dari gunung yang segar masuk ke dalam rumah.
 

Pengetuk Pintu 

Lambang Status



Di Setiap pintu utama terdapat pemegang dan pengetuk  yang diperbuat daripada besi tempa. Yang menariknya, pengetuk pintu ini saiz dan warnanya  berbeza. Mungkin  untuk tetamu lelaki dan perempuan.  Hanya mendengar bunyi ketukan, tuan rumah dapat mengenali  jantina tetamunya. Bentuk, saiz dan warna yang berbeza, mungkin melambangkan status penghuninya.
   
Rumah-rumah lama di kiri kanan lorong masih utuh.  Kelihatan jelas kayu dan dinding batu.  Satu dua rumah kelihatan baru dibaiki, tetapi ciri-ciri desa purba masih dikekalkan. Secara amnya, rumah-rumah  dibina berdekatan dan seolah-olah  bersambung antara satu sama lain. Saling berdekatan mungkin mewujudkan suasana selamat, dan aman. Malah mengiratkan lagi perasaan  persaudaraan dan kejiranan.

Selain daripada rumah-rumah purba, terdapat mandian Cumalıkızık,  dan air pancutan Zekiye Hatun yang dipercayai dapat menyembuhkan orang sakit dan penyakit kulit. Terdapat juga sebuah masjid di mana mata air Zekiye Hatun bersebelahan. Pada tahun 1969, tinggalan sebuah gereja Byzantine telah ditemui di tenggara desa.


Lorong Selesa
Lorong Sempit
Saluran Air

Daripada jalan utama ia bercabang menjadi lorong-lorong yang menghubungi setiap rumah. Lorong-lorong begitu sempit tanpa kaki lima. Kadang-kadang terpaksa melaluinya  seorang demi seorang. Di tengah-tengah jalan pula terdiri daripada batu-batu serenjang yang membentuk saluran untuk mengalirkan  air,  sama ada air hujan atau mata air . Air yang mengalir ini dikumpulkan dalam empangan di bahagian bawah desa untuk pengairan. 

Seterusnya kami cuba menjejaki lorong-lorong untuk sampai ke penghujungnya iaitu di kaki gunung Uludug. Bagai melalui celah-celah rumah purba, terasa seolah-olah aura mistri datang dari rumah-rumah tanpa penghuni. Terasa benar lengang dan sunyi. Udara bagai diselubungi keanihan. Akhirnya kami terpaksa berpatah balik. 


Terdpat satu dua gerai sahaja yang menjual souvenir dan buah-buahan.  Gerai-gerai lain ditutup dengan canvas. Mungkin hari ini pelancong dijangka tidak ramai. Ada juga yang membeli souvenir 'Cumalikitzik' untuk kenang-kenangan.


Restoran
"Cumalikizik kahvalti"

Biasanya restoran dibuka untuk  para pelancong. Tetapi kami tak sempat untuk mejamu selera. Lebih-lebih lagi menikmati selera "Cumalikizik kahvalti" yang popular. Ada juga pelancong yang menginap di desa ini. Kalau bernasib baik dapat melihat perarakan berkhatan. Setiap bulan biasanya Jun diadakan perayaan raspberry. di mana mereka  menghiasi desa. Dan membawa  bakul-bakul  yang penuh  dengan buah-buahan segar. 


Meraikan Tradisi
Perayaan Rasberry

Semasa  ulang tahun ke 700 desa Cumalikizik, mereka telah menyambutnya dengan perayaan rasberry secara besar-besaran. Desa Cumalizik menjadi tuan rumah untuk meraikan para kenamaan, dan beratus-beratus tetamu daripada pelusuk negara Turki. Berbagai acara diadakan, termasuklah nyanyian rakyat, tarian traditional dan anugerah petanian.


Gerai Arim Balim
 Turkish Tea 

10.40 pagi, selepas menjelajah lorong-lorong, kami singgah di gerai Arim Balim. Terasa nikmat apbila pekena Turkish tea panas dalam suhu 10C. Sambil minum sambil mengalami suasana tradisi silam Utmaniyah. Rasa tenang dan syahdu. Lebih-lebih lagi apabila diusap oleh angin dingin dari pergunungan.

Terasa lorong-lorong dan rumah-rumah bagaikan menyimpan mistri yang masih belum terungkap sepenuhnya. Berabad-abad lamanya, kisahnya tercatat  dari lembaran ke lembaran. Dan ceritanya meniti dari bibir ke bibir. Namun sejarah kian berlalu, dan kian meninggalkan runtuhan silam. 


 Suasana Tradisi



Walau bagaimanapun sejarah desa Cumalikizik diabadikan melalui paparan  filem dokumentari dan  siaran dalam program televisyen,  tentang seni bina rumah dan kehidupan penduduk dahulu dan kontemporari . Begitu juga beberapa movie menjadikan desa sebagai latar belakang, terutama movie seram dengan rumah berhantunya.


Transaksi Isyarat
Janji Jual-Beli
Variety Of Choices

Kami sempat singgah di gerai-gerai yang menjual pelbagai produk desa. Penjual-penjual  tempatan begitu ramah menyambut kedatangan kami. Walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris, gerakan jari dan mimik wajah mereka dapat menerangkan maksud yang hendak disampaikan.


Artifak Cumalikizik

10.59 pagi, selepas lebih kurang satu jam lebih, akhirnya kami terpaksa meninggalkan jejak-jejak sejarah Cumalikizik.  Khazanah sejarah yang tak ternilai. Benarlah ungkapan ini, "old is gold", "semakin tua semakin berharga dan semakin lama semakin istimewa". Bukan sejarahnya yang tersurat tetapi nilainya yang tersirat.


Harapan kami Cumalikizik akan kekal sebagai khazanah purba dan warisan generasi, "yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan". Sentiasa dalam pemeliharaan dan pemulihan. saperti yang dicadangkan dalam projek konservasi dan revitilazasi.



Projek Konservasi 


Mengikut projek ini, Cumalikizik termasuk dalam pelan jangka panjang. Antara objektif pojek  dalam  milimenium ketiga ialah kerjasama Cumalıkızık. Untuk  menggalakkan, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, standard kualiti yang tinggi dalam bidang pemuliharaan warisan, seni bina, perancangan bandar dan luar bandar.


Di samping menyokong pembangunan mampan. Demi persekitaran bandar dan luar bandar. Termasuk binaan dan alam semula jadi. Melalui pendekatan yang lebih jitu. Model ini meletakkan warisan dan faedahnya dalam arus kesedaran awam. Menjadikan warisan sebagai keutamaan bagi dasar-dasar awam.





Baby Arissa
(Our Little Secret)

When you look
at your feet
you will feel great
but when you look
at the sky
you will feel shy.
Let the day lead
your way
and let the night read
your right

Kalau siang
baik pandang-pandang
dan kalau malam
baik diam-diam.





ARAM
(Abdul Rashid Abdul Majid)
Teratak Seri Teratai

Post a Comment

Powered by Blogger.